Seminar IPTS di Goldcoourse

26 Oktober 2010, pukul 12 tengahari minta balik cepat dari pengetua sebab nak pergi ke Seminar Kaunseling di Kelang. Seminar dijadualkan sehingga 29 Oktober 2010. Kira-kira 3 hari sajalah  aku tak ada kat sekolah. Balik rumah, kemas-kemas baju, sembahyang zohor, lepas tu tunggu anak saudara datang. Aku minta tolong dia hantar ke Jusco. Ng dah janji nak ambil kat situ. Tan pun tumpang Ng juga. Bertigalah kami ke Kelang.

Harapan tinggi menggunung dapat sesuatu dari Seminar. Biasanya di seminar kita dapat berkongsi idea tentang tugas hakiki kita. Pembentangan kertas-kertas kerja serta bengkel-bengkel membolehkan kita mendapat semangat baru serta ilmu baru untuk terus bekerja. Rasa sedikit kecewa kerana rupa-rupanya hampir 99% diisi dengan Taklimat IPTS. Serupa macam karnival Jom Masuk U. Aku bukanlah membangga diri, tapi kalau setakat taklimat IPTS aku boleh dapat dari internet. Rasa kecewa dan terasa macam buang masa sahaja. Nasib baiklah juga ada sikitlah ilmu tentang NLP, itupun hanya slot yang sangat pendek dan setakat introduction saja tentang NLP.

Apapun oklah juga. Orang dah berusaha menguruskannya, kita pandai kutuk saja. Positifnya dapatlah juga sesuatu selama 4 hari 3 malam di Goldcourse Kelang tu. Yang pasti dapat sebeban brosur dan poster dari hampir 27 IPTS yang dijemput untuk beri taklimat dan juga yang dilawati. Kalau nak download dari internet banyak jugalah guna kertas dan dakwat. Jadi terima kasih banyaklah AJK Kerja Seminar yang telah bertungkus-lumus, lebih-lebih lagi MGK Selangor, terima kasih tak terhingga.

Backdrop Seminar

Perwakilan dari Melaka, dari kiri En. Tan Chee Tat, En Zulhijri, Penolong Pengarah Kaunseling Melaka, Tn Hj Atan, NYDP MGKK sesi 2010/2012, Pn. Azizah, Pn Ng dan Pn. Normah. Tiada dalam gambar, En Jamil dan Pn. Norazlida.

En. Jasmi Bahrim, Penceramah NLP. "Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang saya mesti mempunyai 5 keadaan minda pada setiap masa:- 1. Tenang,  2. Seronok, 3. Positif, 4. Cerdas dan 5. Fokus.
Lawatan ke KDU

Lawatan ke UCTI

Lawatan ke HELP

Lawatan ke IMU



Lawatan ke UCSI

Hostel siswa-siswi UCSI. Bas Nombor Satu bersedia untuk membawa pulang peserta seminar selepas lawatan sehari suntuk. Sam wakil Study Malaysia yang menceriakan peserta seminar dalam bas nombor 1, tidak dapat dilupakan. Banyak ilmu energizer diperolehi darinya. "Roti canai, teh tarik, mee goreng" dan ilmu jari dari 1 jari jadi cacing, 2 jari tukar jadi arnab, 3 jari ditukar jadi kucing, 4 jari ditukar jadi ketam, 5 jari jadi burung dan akhirya dia tunjuk penumbuk iaitu tak ada jari jadi Doremon. Semua peserta seronok dan ceria dan gembira, walaupun sebenarnya benar-benar keletihan berjalan melawat dari sat campus ke satu campus.


Pelajar-pelajar sekitar Kelang dijemput untuk melawat booth-booth IPTS yang membuat pameran di ruang legar di luar bilik seminar.

27 Oktober 2010, 10.30 pagi - 11.40 pagi. Perkongsian pengalaman oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj Yahaya Ibrahim. Usia beliau dah 82 tahun. Beliau nampak sihat dan cergas kerana mengamalkan gaya hidup sihat. 1. Tidak merokok. 2. Makan seimbang 3. Bersenam 4. Bijak menangani stress. Persoalan yang beliau utarakan "What kind of desired human being you want to be?"

Ketika orang lain semua pergi makan tengahari, Pn. Ng, Bendahari MGK Melaka mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk mencari penaja bagi Diari MGK Melaka 2011. Syabas Pn. Ng!!!!!!

Hipnosis pada 27 Oktober 2010, jam 8.00 malam, disampaikan oleh En. Helminiry Had bin Hj Sabtu, dari Malaysian Academy of Hypnosis. Pn. Ng kata "Macam kena pukau saja, saya tak suka lah"

Suara kuat, bukan marah

Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 2.45 petang. Yang tak bestnya penceramah dan pendengar ceramah sama-sama bercakap. jadi tak tahu siapa mendengar siapa. he he he. Ada sorang penceramah lelaki yang kuat suaranya dan dia kata suara dia memang macamtu. dia bukan marah. ha ha ha. Aku dapat rasakan dia memang marah. Kalau murid-murid buat bising dan bercakap-cakap masa ceramah disampaikan, kita marah. Bila kita yang kena jadi pendengar, rupa-rupanya perangai kita serupa macam murid-murid juga. Maaflah kawan-kawan, bukan nak mengata tapi hanya nak berbicara yang sesungguhnya.  Memang pahit untuk menerima kenyataan, tapi lagi pahit bila kita dilabelkan orang yang tidak tahu menghormati dan menghargai orang.  Sebab itulah jangan marah kalau kita diperlakukan macam budak-budak sekolah juga, perlu ditegur dan diingatkan tentang tindak-tanduk kita yang salah.

Pukul 2.58 KSPPK datang untuk rasmikan mesyuarat agung pulak. KS yang khabarnya baru saja keluar hospital sanggup datang untuk rasmikan mesyuarat agung. Bededikasi sungguh..... KS berucap sampai pukul 3.20 saja. Lepas tu mesyuaratrpun terus dimulakan. Kalau berdasarkan kiraanku dari buku penyata tahunan yang diedarkan, kehadiran hanya lebih kurang 96 orang je. OK lah tu. Biasalah tak kira dalam ape organisasikanpun orang cuma pandai cakap belakang-belakang saja, tapi tak padai buat tindakan yang bijak dan betul demi organisasi sendiri. Nak buat macam mana, begitulah adanya. Begitu begini mesyuarat tamat pukul 4 petang. lepas tu Administrator L4 pulak bagi pra-taklimat. Boleh tahan panjang taklimat pra. 33 minit. En Zulhijri dapat cakap sekejap je, sebab semua orang dah sabar nak balik, terlalu letih dan panjang hari ni rasanya.


Terima kasih di atas perasmian


cafeteria kolej profesional mara

Blok surau Kolej Profesional  Mara Ayer Molek

Menanti nak masuk dewan taklimat

Perpustakaan, tempat taklimat diadakan

Pendaftaran

Program Jom Kenali IPMA diraasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka

Antara GBK yang hadir

GBK Sungai Rambai dan DARY

Memberi tumpuan

Perasmian Mesyuarat Agung MGK

yang hadir mesyuarat

setia menanti hingga ke petang

ucapan perasmian

Pengacara majlis  perasmian mesyuarat agung MGK  yang sentiasa bersedia. Beliau menggantikan orang lain yang tak buat persediaan apa-apa walaupun dah diberitahu lebih awal. Syabas Pn. Salina, memang GC tulen, ever ready.

Susah sangat ke nak duduk dengan teratur?

Hari ni pelajar T5 dikecualikan dari perhimpunan rasmi. Pukul 7.20 aku buat pengumuman supaya semua pelajar T5 berkumpul di dewan. Rasanya 7.30 pagi semua sudah tiba di dewan. Alangkah cantiknya kalau mereka semua pandai menyusun diri, bukan berterabur macam hari ni. Kolej Yayasan Pendidikan Cheras telah menawarkan diri untuk memberi taklimat tentang kolej mereka. Pukul 8.25 pagi slot mereka. 40 minit saja. Mereka tiba awal. Taklimat tentang IPTA dan Matrikulasi dari jam 7.45 pagi - 8.25 pagi terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Kalau mereka semua supporting, tentunya tak perlu pembesar suarapun taklimat boleh disampaikan. Walaubagaimanpun taklimat IPTS dapat diteruskan tepat jam 8.25 pagi apabila masalah teknikal dapat diatasi.

Cuma aku terasa sedikit kesal kerana hampir 50 minit masa terbuang begitu sahaja dan pelajar-pelajar itu tak dapat ape yang sewajarnya mereka dapat. Alangkah baiknya kalau masa itu terisi dengan jayanya. Namun tak apelah, setidak-tidaknya 40 minit berikutnya terisi juga dengan taklimat YPC.

YPC menawarkan program foundation percuma. (http://www.kolejypc.edu.my/press.htm)
Ijazah dari universiti luar negara.  2 program yang ditawarkan iaitu IT dan accountancy. Ada program diploma juga. Dibiaya PTPTN sepenuhnya.

1. Foundation in Business & Information Technology
2. Diploma in Business Information Technology
3. Diploma in Accountancy


4. BSc(Hons) in e-Business Technology and Management
   
(in collaboration with Liverpool John Moores University, UK)
5. BSc(Hons) in Information Technology & Multimedia Computing
   
(in collaboration with Liverpool John Moores University, UK)

















Rangoli SMKIS

Hari Jumaat lepas, semua pelajar India SMKIS menunjukkan bakat terpendam mencipta rangoli. Banyak yang tersirat boleh diperolehi dari aktiviti yang dijalankan ini. Semua nilai murni terserlah.

1. Baik hati:-
  • Aspek belas kasihan
  • Bertimbang rasa
  • Murah hati
  • Saling faham memahami
  • Sedia memaafkan
2. Berdikari:-
  • Bertanggungjawab
  • Berupaya bertindak sendiri
  • Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
3. Hemah tinggi:-
  • Kesopanan
  • Mengakui kesalahan
  • Ramah mesra
4. Hormat-menghormati
  • Hormat dan taat kepada ibubapa
  • Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
  • Hormat kepada raja dan negara
  • Patuh kepada undang-undang
  • Hormat kepada hak asasi
  • Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
  • Hormat kepada keperibadian individu.
5. Kasih sayang:-
  • Sayang kepada nyawa
  • Sayang kepada alam sekeliling
  • Cinta kepada negara
  • Cinta kepada keamanan dan keharmonian
6. Keadilan

7. Kebebasan:-
  • Kebebasan di sisi undang-undang
  • Kebebasan dalam sistem demokrasi.
8. Keberanian:-
  • Berani dengan tidak membuta tuli
  • Berani kerana benar
  • Berani mempertahankan pendirian
  • Berani bertanggungjawab.
9. Kebersihan fizikal dan mental:-

  • Kebersihan diri
  • Kebersihan persekitaran
  • Pertuturan dan kelakuan yang bersopan
  • Pemikiran yang sihat dan membina
10. Kejujuran

11. Kerajinan

12. Kerjasama

13. Kesederhanaan

14. Kesyukuran

15. Rasional

16. Semangat bermasyarakat




Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat. Tahniah juga kepada semua guru-guru India yang  sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama memberi skongan moral kepada pelajar-pelajar ini, dan terutamanya Pn. Mageswari yang berjaya mengendalikan program ini dengan baik dengan mendapat sokongan dan sumbangan dari agensi luar. Tahniah!!!!!





Ada PTK esoknya. Tamat program kerusi meja siap disusun. Cayalah......

Sebelum pertandiangan dimulakan, segala bahan yang diperlukan diletakkan dengan teratur.

dari depan hingga belakang..... penuh satu dewan.......

mendengar taklimat dan perasmian

guru-guru SMKIS yang dedikasi

siap sedia untuk bertanding mencipta rangoli

perasmian

lilin dinyalakan tanda majlis rasmilah sudah....

para peserta mengambil tempat

kerjasama

kreatif

sabar

muafakat

idea

hati-hati

bahan-bahan yang dibawa sedniri....tentunya dengan izin mak dan ayah

warna-warni

mula menyusun warna

akhirnya

hasil usaha bersama








muafakat membawa berkat

cermat dan kemas serta penuh makna


tak menang takpe, penglibatan yang utama

gotong-royong membersihkan dewan dan meyusun kerusi meja untuk PTK esok....... huuuhhhh... penatnya mereka, namum gembira.






Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.