Pagi tadi kena bebel, petang ni 28 dari 30 orang, hadir kelas tambahan Add Maths. Sorang dah memang tak datang sekolah dari pagi dan sorang lagi demam, jadi terpaksa balik. Orait la tu. Ada sedikit kesedaran dalam diri. Semoga semangat itu berterusan hingga ke hujung bulan Oktober ni. Mudah-mudahan mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Kesimpulannya, sekali-sekala memang mereka perlu dibebel. Mereka perlu dikejutkan dari mimpi yang menghayalkan dan melalaikan. Mereka hanyut dan merasa terlalu selesa kerana tiada siapa yang menggesa. Tapi kalau setakat luaran saja, bukan kerana kehendak diri sendiri, maka, sia-sialah juga. "Kita boleh bawa kuda ke gigi air, tapi tak boleh paksa kuda itu minum air". .... begitulah pepatah Inggeris.
Semoga mereka ikhlas menerima ilmu yang diberi, bukan kerana terpaksa. Semoga mereka berupaya mencipta sejarah kegemilangan untuk diri mereka sendiri. Semoga mereka benar-benar ikhlas untuk mencuba meraih kecemerlangan dalam semua matapelajaran....... Insya Allah, mereka boleh!!!!! sebab mereka adalah kelompok pelajar yang suatu ketika dulu pernah mencipta kejayaan cemerlang dalam semua matapelajaran pada peringkat PMR, maka bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mereka mencipta kejayaan yang serupa buat diri mereka pada peringkat SPM. Aku cuma tumpang gembira bila nanti mereka berjaya....
Orang yang paling gembira tentunya ibu dan bapa mereka.........
Kalaupun tak dapat semua A, paling tidak memenuhi syarat ke Matrikulasi atau program Asasi, kalaupun tak dapat ke Matrikulasi, paling tidak memenuhi syarat untuk buat diploma di IPT atau dapat tawran pra-universiti, kalaupun tidak dapat tawaran diploma di IPT atau pra-universiti, paling tidak sijil laku untuk mencari rezeki.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan