Susah sangat ke nak duduk dengan teratur?

Hari ni pelajar T5 dikecualikan dari perhimpunan rasmi. Pukul 7.20 aku buat pengumuman supaya semua pelajar T5 berkumpul di dewan. Rasanya 7.30 pagi semua sudah tiba di dewan. Alangkah cantiknya kalau mereka semua pandai menyusun diri, bukan berterabur macam hari ni. Kolej Yayasan Pendidikan Cheras telah menawarkan diri untuk memberi taklimat tentang kolej mereka. Pukul 8.25 pagi slot mereka. 40 minit saja. Mereka tiba awal. Taklimat tentang IPTA dan Matrikulasi dari jam 7.45 pagi - 8.25 pagi terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Kalau mereka semua supporting, tentunya tak perlu pembesar suarapun taklimat boleh disampaikan. Walaubagaimanpun taklimat IPTS dapat diteruskan tepat jam 8.25 pagi apabila masalah teknikal dapat diatasi.

Cuma aku terasa sedikit kesal kerana hampir 50 minit masa terbuang begitu sahaja dan pelajar-pelajar itu tak dapat ape yang sewajarnya mereka dapat. Alangkah baiknya kalau masa itu terisi dengan jayanya. Namun tak apelah, setidak-tidaknya 40 minit berikutnya terisi juga dengan taklimat YPC.

YPC menawarkan program foundation percuma. (http://www.kolejypc.edu.my/press.htm)
Ijazah dari universiti luar negara.  2 program yang ditawarkan iaitu IT dan accountancy. Ada program diploma juga. Dibiaya PTPTN sepenuhnya.

1. Foundation in Business & Information Technology
2. Diploma in Business Information Technology
3. Diploma in Accountancy


4. BSc(Hons) in e-Business Technology and Management
   
(in collaboration with Liverpool John Moores University, UK)
5. BSc(Hons) in Information Technology & Multimedia Computing
   
(in collaboration with Liverpool John Moores University, UK)

















0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.