Seminar IPTS di Goldcoourse

26 Oktober 2010, pukul 12 tengahari minta balik cepat dari pengetua sebab nak pergi ke Seminar Kaunseling di Kelang. Seminar dijadualkan sehingga 29 Oktober 2010. Kira-kira 3 hari sajalah  aku tak ada kat sekolah. Balik rumah, kemas-kemas baju, sembahyang zohor, lepas tu tunggu anak saudara datang. Aku minta tolong dia hantar ke Jusco. Ng dah janji nak ambil kat situ. Tan pun tumpang Ng juga. Bertigalah kami ke Kelang.

Harapan tinggi menggunung dapat sesuatu dari Seminar. Biasanya di seminar kita dapat berkongsi idea tentang tugas hakiki kita. Pembentangan kertas-kertas kerja serta bengkel-bengkel membolehkan kita mendapat semangat baru serta ilmu baru untuk terus bekerja. Rasa sedikit kecewa kerana rupa-rupanya hampir 99% diisi dengan Taklimat IPTS. Serupa macam karnival Jom Masuk U. Aku bukanlah membangga diri, tapi kalau setakat taklimat IPTS aku boleh dapat dari internet. Rasa kecewa dan terasa macam buang masa sahaja. Nasib baiklah juga ada sikitlah ilmu tentang NLP, itupun hanya slot yang sangat pendek dan setakat introduction saja tentang NLP.

Apapun oklah juga. Orang dah berusaha menguruskannya, kita pandai kutuk saja. Positifnya dapatlah juga sesuatu selama 4 hari 3 malam di Goldcourse Kelang tu. Yang pasti dapat sebeban brosur dan poster dari hampir 27 IPTS yang dijemput untuk beri taklimat dan juga yang dilawati. Kalau nak download dari internet banyak jugalah guna kertas dan dakwat. Jadi terima kasih banyaklah AJK Kerja Seminar yang telah bertungkus-lumus, lebih-lebih lagi MGK Selangor, terima kasih tak terhingga.

Backdrop Seminar

Perwakilan dari Melaka, dari kiri En. Tan Chee Tat, En Zulhijri, Penolong Pengarah Kaunseling Melaka, Tn Hj Atan, NYDP MGKK sesi 2010/2012, Pn. Azizah, Pn Ng dan Pn. Normah. Tiada dalam gambar, En Jamil dan Pn. Norazlida.

En. Jasmi Bahrim, Penceramah NLP. "Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang saya mesti mempunyai 5 keadaan minda pada setiap masa:- 1. Tenang,  2. Seronok, 3. Positif, 4. Cerdas dan 5. Fokus.
Lawatan ke KDU

Lawatan ke UCTI

Lawatan ke HELP

Lawatan ke IMU



Lawatan ke UCSI

Hostel siswa-siswi UCSI. Bas Nombor Satu bersedia untuk membawa pulang peserta seminar selepas lawatan sehari suntuk. Sam wakil Study Malaysia yang menceriakan peserta seminar dalam bas nombor 1, tidak dapat dilupakan. Banyak ilmu energizer diperolehi darinya. "Roti canai, teh tarik, mee goreng" dan ilmu jari dari 1 jari jadi cacing, 2 jari tukar jadi arnab, 3 jari ditukar jadi kucing, 4 jari ditukar jadi ketam, 5 jari jadi burung dan akhirya dia tunjuk penumbuk iaitu tak ada jari jadi Doremon. Semua peserta seronok dan ceria dan gembira, walaupun sebenarnya benar-benar keletihan berjalan melawat dari sat campus ke satu campus.


Pelajar-pelajar sekitar Kelang dijemput untuk melawat booth-booth IPTS yang membuat pameran di ruang legar di luar bilik seminar.

27 Oktober 2010, 10.30 pagi - 11.40 pagi. Perkongsian pengalaman oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj Yahaya Ibrahim. Usia beliau dah 82 tahun. Beliau nampak sihat dan cergas kerana mengamalkan gaya hidup sihat. 1. Tidak merokok. 2. Makan seimbang 3. Bersenam 4. Bijak menangani stress. Persoalan yang beliau utarakan "What kind of desired human being you want to be?"

Ketika orang lain semua pergi makan tengahari, Pn. Ng, Bendahari MGK Melaka mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk mencari penaja bagi Diari MGK Melaka 2011. Syabas Pn. Ng!!!!!!

Hipnosis pada 27 Oktober 2010, jam 8.00 malam, disampaikan oleh En. Helminiry Had bin Hj Sabtu, dari Malaysian Academy of Hypnosis. Pn. Ng kata "Macam kena pukau saja, saya tak suka lah"

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.