Baju kurung = Malaysia

Aku rasa orang boleh kenal kita dari baju yang kita pakai. Macam orang India, kalu dia pakai sari, dah tentulah dia orang India, orang Arab bila dia pakai jubah dan jilbab dia, dah tentu kita kata dia orang Arab. Macam tulah jugak orang kenal kami dari Malaysia dan kami orang Melayu, sebab aku pakai baju kurung. Huhh, Bangganya aku dengan baju kurung, identiti orang Malaysia!!!! Kalau aku pakai jubah ke, seluar jin dan baju-t ke, mesti diorang susah nak kenal. Betul tak. Masa pergi ke Mekah dulupun aku tak pakai baju lain selain baju kurung, supaya orang boleh kenal bahawa aku dari Malaysia. Kalau hilang atau sesat jalan, boleh lah orang hantar kat kedutaan Malaysia. he he.

Kat White Street, berhampiran rumah sewa Afiq, anak bujangku


Kat kawasan berhampiran Niagara Falls

Di sebuah hentian rehat, ketika dalam perjalan ke Washington, D.C.

Depan pagar White House

Nak bertolak ke New Jesrsy dari Hotel Days Inn di Virginia

Hotel Ramadaha di New Jersey

Di sebuah hentian rehat, dalam perjalanan ke Niagara Falls. Afiq letih memandu, nak tido kejap
Berhampran dengan pintu masuk ke Canada



Niagra Falls waktu pagi

Di Cave of the Wind, Niagara Falls. Basah kaki kain kena percikan air terjun. Baju ponco warna kuning tu dah buka, sebab dah tiba kawasan tak kena percikan air terjun lagi.


Di KLIA

Depan Hotel Gulfgate, di Bahrain

Di Allen Centennial Garden, Universiti Wisconsin, Madison


Hari Konvokesyen Muhammad Afiq, anak kesyangan mak dan ayah, di University of Illinois Urbana Champaign (UIUC) - 15 Mei 2011

Jalan2 di USA IV

Harini bertolak ke Niagara Falls. Lepas subuh terus check out. Pukul 5.30 pagi.

Oleh kerana dah bergerak subuh2 lagi, jadi mengantuklah Muhammad Afiq. Dia tido emak ngan ayah dia bergambau kat tempat hentian rehat ni.


Pemandangan yang cantik dari tempat rehat sebelum sampai ke Niagara Falls

Tiba di Hotel pukul 2.00 petang, tapi tak boleh check in sebab waktu check in pukul 3, jadi pergila cari makan dulu. Makan nasi goreng beriyani...he he...kami yang bagi nama sebab rupa dia macam nasi goreng, rasa rempah beriyani, telan je la sebab tak de pilihan lain.

Dah check in dan solat jamak qasar zohor dan asar kami pun turunlah nak gi kat air terjun Niagra

Ini baru tempat laluan pejalan kaki. belum tiba lagi kat kawasan air terjun,

Inilah dia kawasan air terjunnya, ingatkan nak masuk kat cave of the wind, tapi tempat jual tiket dah tutup pukul 5, lewat semint je, sebab jalan kaki dari hotel, kalau naik kereta sempat agaknya. Jadi bergambau je dulu dengan air terjun.

yang nampak macam tiang tu ialah bangunan tinggi tempat tengok air terjun. Pukul 7 petang dah tutup


Baliklah ke Hotel dulu tido semalam, esok datang lagi

Esoknya pergi bergambau sekali lagi dengan air terjun, sempat juga bergambau dengan bunga sebelum tiba kat kawasan air terjun tu. Afiq masih tido masa ni.



Pemandangan air terjun Niagara waktu 7 pagi

Sejuk dan nyaman

Pukul 9 pagi pergi dengan Afiq ke Cave of the Wind. Sorang kena bayau 11 USD. Kena pakai ponco dan selipar khas, dia bagi beg plastik nak isi kasut. nak turun ke tempat tu, naik lift, lebih kurang 50 meter tingginya turun ke bawah.

Dapatlah meraskan hembusan angin dan juga percikan air terjun

Afiq sempat, basahkan kepala dengan air terjun tu. Sejukkkk....Kaki ayah afiq naik cram menahan sejuk masa tiba kat tempat paling hampir dengan air terjun ni, nak bergambau punya pasal, tahan je la

Jalan2 di USA III

Hari ni pergi ke Kotaraya New York pulak. Afiq parking kereta berhampiran dengan stesyen keretapi bawah tanah. Bayar parking je 20 USD. Naik kereta ke New York kena bayar tol, lepas tu parking payah juga, jadi baik naik keretapi je kata Afiq.

Nak gi naik keretapi bawah tanah

Nak gi ke Bangunan Empire State guna GPS

Haa..dekat je bangunan tu

Sebelum tiba kat bangunan Empire State tu

Dekat jalan 33

Kat lobi Empire State Building




Kena beli tiket dulu nak naik lift nak tengok pemandangan bandaraya New York dari tingkat 86 dan tingkat 102 bangunan ni. USD 21 sorang. punyala mahal nak mampus...cekik darah betul....

Tiba kat tingkat 86....tapi sayngnya tak nampak ape2 sebab kabus tebal betul, nasib memang tak menyebelahi kami hari ni.

Bergambau je la, ramalan cuaca kata hari ni cerah, tapi ternyata mendung dan kabus tebal


Haaa...macam ni la pemandangan dari tingkat 86 bangunan empire state ni kalau cuaca cantik.

Ni pulak pemandangan dari bangunan empire state pada waktu malam. Ini gambau-gambau pinjam je.,.he he he.




Sebelum tiba ke tingkat 86

Dah tak nampak ape2 kat banguna empire state tu, kami pun turunla jalan2 kat kotaraya New York ni.

Tangkaplah gambau kat depan bangunan times square

Nak duduk la kejap...kaki dah letih ni...boleh tahan jauh jalan kat kotaraya NY ni

Berehat sebentar

Kat area Times Square la ni

Afiq amek gambau emak ayah dia, emak dia amek gambau dia, barulah jimat masa...

Masih kat area Times Square...



Kat broadway, ramainya orang beratur nak beli tiket wayang sebab ada diskaun




Times Square

Kat tangga Broadway

Cameraman yang selalu tak dapat masuk dalam gambau

New York yang sibuk dan ramainya manusia

Kat pusat rockefeller.







Kawasan sekitar bangunan rockefeller

Sempat gak masuk dalam gereja, tengok keindahan dalam bangunan dia. "Bagiku agamaku, bagi kamu agama kamu"

Nak naik keretapi semula, dah penat dah jalan, kaki dah tak larat, perut pun dah lapau

Dalam keretapi

Keretapi dari jalan 50 samapi kat jalan 33 je

Cari tandas dulu sebelum naik keretaapi ke New Jersy, masuk kat pasaraya, sebab tandas awam dia tutup

Tukau keretapi untuk ke Hobogan

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.