Terimalah Taubatku Ya Allah


Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
Ampunkan dosaku terimalah taubatku,
Sesungguhya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.



Rotan untuk mendidik



Ada 4 jenis ponteng. 1. Ponteng sekolah. 2. Ponteng kelas. 3. Ponteng Koku. 4. Ponteng Kelas Tambahan. Macam tulah yang disebutkan oleh GPK Koku dalam perhimpunan rasmi pagi tadi. Siap main kejau2 lagi waktu koku. Ada yang lari ikut pagau roboh, terus ke ladang kelapa sawit. Hilang tak dapat dikesan. Punyalah tak sukanya diorang dengan koku.

Makin dirotan, makin tak ada ape2 perubahanpun. Ponteng sekolah kena rota, ponteng kelas kena rotan, ponteng koku kena rotan, ponteng kelas tambahanpun kena rotan. Nak datang koku sampai tak sembahyang zohor, tak pulak kena rotan. Nak hadir kelas tambahan hingga tinggal sembahyang zohor, pun tak kena kena rotan jugak. Macam mana tu eh. Kalau ikut sunnah, anak yang dah berumur 10 tahun kalau tinggal sembahyang kena rotan. Tak ada pulak dalam sunnah kalau ponteng sekolah ke, ponteng kelas ke, ponteng koku ke, waima ponteng kelas tambahan boleh kena rotan.....??????!!!!!!! kesian..... aku semakin heran.......*%$#@!@#$%^&...

Tapi ape yang nak diherankan. Begitulah peredaran zaman. Yang muda sudah tidak disayangi, yang tua sudah tidak dihormati. Keihklasan sudah ditolak tepi. Yang penting hanya diri sendiri.


Menyingkap Tabir Sepertiga Malam

Dengan Tuhanpun aku nak berkira. Aku kira letih aku je. Aku kira tak cukup masa aku je. Aku kira kesibukan aku je. Nak buat sembahyang sunat sebelum atau selepas solat fardhupun susah, apatah lagi nak bangun malam untuk buat solat tahajud. Kalau ikut umur Nabi Muhammad SAW, tinggal 9 tahun je lagi aku hidup kat muka bumi ni. Takut dan sedih rasanya bila fikirkan mati. Banyak perkara duniawi yang meleka dan melalaikan aku!!!!!

Dari Abu Huraraih, Rasulullah SAW bersabda, "Yang akan dihisab daripada amal manusia pada hari kiamat ialah solat" Baginda menambahkan, "Tuhan kita (Allah) akan berkata kapada para malaikat, sedang Dia Maha Mengetahui, 'Lihatlah solat hambaku, apakah dia sempurnakan atau menguranginya?' Jika sempurna, maka ditulis baginya kesempurnaan. Jika kurang sesuatu daripadanya, Allah akan berkata, 'Lihatlah, apakah hamba-Ku itu memiliki amalan solat sunat?' Jika dia memiliki amalan solat sunat, Allah berfirman, 'Sempurnakan bagi hamba-Ku solat fardhunya dengan amalan solat sunat tersebut.' Kemudian amalan itu diambil atas yang demikian."

Punyalah pemurahnya Tuhan, bagi top up jika buat solat sunat. Itu belum lagi seperti sabda Rasulullah SAW lagi, "Siapa yang mengerjakan solat sunat dalam sehari sebanyak 12 rakaat, selain solat fardhu, Allah SWT akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga."

Kalau buat kira2 pandai aku, sebab aku memang pandai bab kira-mengira, setiap 12 rakaat solat sunat dapat sebuah rumah, kalau 24 dapat 2, 36 dapat 3 dan begitulah seterusnya. Banyaktu boleh dapat rumah. Heh, tak senonoh je aku ni, tadi kata sedih, bila ingat mati, ni boleh main-main lagi.

"Solat yang paling utama setelah solat fardhu ialah solat malam." HR Muslim

"Rasulullah SAW berdiri (solat malam) hingga pecah-pecah kedua kakinya." HR Syaikhani

Kalau nabi boleh bediri (solat malam) sampai pecah kaki, aku buat setakat 12 rakaat tu takkan tak boleh. Muhasabah dirilah nomah, rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, tak ingat-ingat lagi.....

Berfikir di luar kotak

oleh Sheikh Abdullah Azzam @ abala
Tahun 2
SK Terentang,
77000 JASIN.


Kepala panas


Perhimpunan tidak rasmi hari ni. Asma'ul Husna dikumandangkan. Semua pelajar terkumat kamit mengikut. Ada yang ikut dalam hati je agaknya, sebab bibir tak bergerak langsung. Lepas tu guru bertugas buat laporan. Cikgu baru. Nampak sungguh dia gugup. Sekejap2 tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Berdiripun bergoyang-goyang. Boleh dikatakan selepas setiap ayat ada perkataan "ok". Selepas beberapa tahun nanti akan jadi yakin, berani dan oklah tu. Pandainya aku mengomen. Sendiripun tak betul juga. Terketar juga bila bercakap depan perhimpunan.

Lepas tu guru disiplin pula bercakap. teguran tentang pakaian PJK. Segelintir pelajar sudah mula memakai baju-t selain dari baju-t sekolah. Memang tak patriotik sungguh budak2 ni. Ada ke pakai baju yang tak ada lencana sekolah? Tudung pelajar perempuan juga ditegur. Ramai yag mula memakai tudung hitam, padahal sejak dulu2 lagi mereka dah pun tahu tudung waktu PJ hanyalah warna putih atau cream saja.

Penat je cikgu sains ajau, hitam itu penyerap haba yang baik. jadi kalau pakai tudung hitam, makin panaslah kepala.


Kad hutang

Gayah telefon minggu lepas. "Kak cuti Melaka Bandaraya Bersejarah nak gi IKEA? Aku jawab, "Boleh jugak" Aku cuma nak tengok je. Nak membeli tu tiada dalam planning kot. Jadi hari ni aku pun ikulah rombongan cik gayah ke IKEA, Damansara. Dah lama sangat aku teringin nak pergi tengok ape ada di sana.
Pukul 7.55 pagi bertolak dari rumah dengan kak long. tepat 8.15 pagi tiba depan Mc Donald, Air Keroh. Bila kaklong dah parking kereta Wiranya, aku toleh kat kereta sebelah. Rohani rupanya. Kalau tahu dia pergi aku tumpang tadi, tak payah kaklong bawa kereta.
Bas yg ditunggu tiba entah pukul berapa, aku tak tengok jam pun. Berhenti makan di R & R Seremban. Makan nasi lemak cik gayah. Ada ikan selar kuning goreng. Sedaplah jugak.

Tiba di IKEA pukul sebelas lebih kot. Home Furnishing rupanya. Macam2 barangan kelengkapan rumah ada. untuk ruang tamu, untuk bilik tidur, untuk dapur dan juga untuk bilik air. Semua boleh di pasang siap.

Mula-mula masuk IKEA macam rusa masuk kampung jugak lah. Orang ambil pensel dengan pita ukur, aku ambil. Tapi kertas nak tulis tak ambil. Orang ambil beg besar dan troli, aku ambil, tapi akhirnya, aku suruh kak long tinggalkan je sekerat jalan, sebab buat penat je menolak troly kosong. Akhirnya aku dengan kak long jalan-jalan je la. Memang aku berjaya manahan nafsu membeli hari ni. Kak long pun tak beli ape2, macam aku juga. Kalau diikutkan hati mahu setengah ribu RM habis hari ni, tak bawa duit tunai tapi bawa kad hutang. Alhamdulillah, terlepas dari beban hutang hari ni.




Merpati dan kuda

Burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman;
Hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan.















Batang selasih permainan budak,
daun selasih di makan kuda;
Bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun bertemu juga.








Bagai enau dalam belukar....


Individualistik!!! Mementingkan diri sendiri!!! Dalam kamus hidupnya tak ada bantu membantu untuk kejayaan bersama. Bagi dia kalau nak berjaya biar sorang-sorang. Orang lain pergi mampuslah. Aku tahu bahasa aku kasar. Tapi hati aku sakit betul dengan orang jenis ni. Kalau dah prinsip dia macm tu memang dia bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Enau itu lupa, tanpa bantuan pokok besar tempat dia memanjat, dia tak mungkin boleh sampai hingga ke atas. begitu angkoh dan sombongnya enau. Kalau pokok besar itu mati, dan rebah, dia juga turut mati dan rebah menyembah bumi.

Alangkah baiknya kalau dia bagai aur dengan tebing. Mesti orang kelilingnya suka dan gembira. Mesti kejayaan berganda dapat diraih bersama. Namun hakikatnya dia adalah enau yang sombong dan angkuh. Pergi jahanam lah dengan dia. Aku peduli ape. Tapi hati aku memang sakit tak terkira. Grrrrrr...... geram tak terkata. Boleh tak agaknya aku doakan dia cepat ........ he he he. Ustaz dah kata tak boleh. Aku adalah anak murid ustaz yang mendengar kata. Kalau ustaz kata tak boleh, aku tak akan buat. Itulah baiknya aku...






Setiap kata adalah doa

Dia tak suka dipuji. dia tak suka orang kata dia pandai, walaupun dia memang pandai sebab UPSR dulu dia dapat 5A. dia kerap tak datang sekolah sebab malas. tapi dalam hati dia mengharap dia dapat keputusan cemerlang dalam PMR. dia memang budak pandai. sebab walaupun dia kerap tak datang sekolah dia masih boleh lulus semua matapelajaran dalam ujian pengesanan. orang yang tak pernah ponteng sekolahpun gagal dalam beberapa mata pelajaran. dia lebih rela dikutuk pemalas, bodoh, goblok, stupid, bangang, bebal, dan yang sewaktu dengannya. orang macam ni pun ada juga.

Tak tahukah dia bahawa setiap patah perkataan yang keluar dari mulut sesiapapun untuk diri kita adalah doa, apatah lagi kalau patah2 perkataan itu keluar dari mulut ibu, guru, atau rakan2 seperjuangan.

Ada aku kisah kalau kau menyampah!!!!!


Aku teringin sangat nak tahu apelah agaknya kata-kata yang dilontarkan oleh seorang guru sehingga anak muridnya rasa teramat marah dan mengeluarkan kata yang tidak sepatutnya pada cikgu tu. Memang salah pelajar tu kerana tak buat kerja rumahnya. semua latihan cikgu tu dia tak nak buat. cikgu yang sangat perihatin memang rasa geram dan marah kerana pelajarnya tak mengikut kata. kalau latihan tak nak buat, macam mana nak jadi excellent.

Pribahasa Melayu ada kata, sayangkan anak, tangan-tangankan. Dah betullah ape yang cikgu tu buat. Marah itu tandanya dia sayang kat pelajarnya. Dia tak mahu pelajarnya tercicir dan merosot prestasinya. Kalau seseorang itu tak marah, itu tandanya dia tak ambil kisah dan tak ambil peduli. nak terlongkop ke, nak tertiarap ke, lantaklah, ape aku kesah.

Tapi itulah sebenarnya yang berlaku pada remaja. dia menyampah kalau orang tegur dia. dia cukup anti kalau orang membebel kat dia. dia sakit hati kalau orang marah dia. memalukan dia kononnya bila dia dimarahi depan kawan2nya. saham jatuh kot.

Kesabaran yang hilang

Hari ni buat program kemahiran belajar dengan pelajar 2 kawalan. ketiga-tiga kelas dikumpulkan di bilik tayang. bilik yang cukup selesa kalau bilangan sekitar 60 sahaja. jumlah mereka hampir 90 orang. padat tapi oklah.

Puan Hazlin ulang teknik mengingat yang pernah diberi setahun yang lepas dalam program yang serupa ketika mereka dalam tingkatan 1. lepas tu setiap pelajar diminta baca buku teks yang dibawa. pilih satu topik sekitar 2 muka surat. buat nota dan gunakan teknik mengingat yang sesuai. 30 minit masa diberi. baca. buat nota. guna teknik mengingat. gambaran ke, akronim ke, gantian kata ke, rantaian ke, atau ape2lah yang sesuai. janji boleh ingat apa yang dibaca.

Tiba masa untuk pembentangan. peluang diberi siapa yang sukarela nak bentang dulu. tak siapapun menyahut cabaran. hazlin minta sorang pengawas perempuan bentang, tak berani juga. akhirnya sorang pelajar lelaki menyahut cabaran. khiruddin namanya. oklah. tahniah. berani dan yakin.

Minta lagi sesiapa yang sukarela nak bentang. takde siapapun heran. akhirnya pelajar diminta tunjukkan nota yang telah dibuat pada rakan sebelah, terangkan pada rakan secara bergilir. riuh rendah seketika. ada yang nampak bersungguh menceritakan pada rakan. ada yang main2.

yang main2 diuji. "dua orang yang duduk belakang, sila kedepan." lambat2 dan dengan malasnya dua orang pelajar lelaki datang ke depan. "OK, cuba ceritakan semula ape yang kamu terangkan pada kawan sebentar tadi".

garu kepala, letak jari kat dagu. "tak ingat". Aku dah mula baranlah ni. "belum sampai 1 jam, ape yang dibaca, dah ditulis dalam bentuk nota, kemudian dah ceritakan pada kawan, tapi tak ingat ape2." "Tajuk pun tak ingat????!!!" . senyap... sah memang tak serius langsung dan tak ambil kisah. " Duduk bersila atas lantai sekarang... tengok semula nota yang kamu dah buat tu."

"Hah.. kamu pula". dua kali lima. mulutnya tiba2 bisu. "tak ingat juga?" dia angguk. Bertambah beranglah aku. "duduk sana, ingatkan!!!"

yang lain macam tikus jatuh ke beras. semua senyap dan tunduk. takut kena tunjuk untuk bentang di depan.

Pung pang pung pang, membebellah aku. mesti diorang bengang dengan cikgu yang sudah hilang kesabaran. aku gagal hari ni.







Yang menurut perintah

Hari ni sarapan roti canai segera lagi. Cecah sambal tumis ikan bilis yang diambil dari restoran Hawa, ha ha, rumah mak la tu. Suami minum air kopi guara, aku minum hi-goat. Kul 9 suami kena g sekolah bemban, mewakili bos menghadiri majlis perasmian mesyuarat PIBG. Aktiviti yang membosankan.... duduk2 tengok orang rasmikan majlis. namun apakan daya, arahan dan tugas yg perlu dipatuhi. itulah hakikatnya bila jadi pegawai kerajaan. sentiasa kena menurut perintah.

Alangkah bagusnya kerja sendiri. sape pun tak boleh perintah.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.