Kepala panas


Perhimpunan tidak rasmi hari ni. Asma'ul Husna dikumandangkan. Semua pelajar terkumat kamit mengikut. Ada yang ikut dalam hati je agaknya, sebab bibir tak bergerak langsung. Lepas tu guru bertugas buat laporan. Cikgu baru. Nampak sungguh dia gugup. Sekejap2 tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Berdiripun bergoyang-goyang. Boleh dikatakan selepas setiap ayat ada perkataan "ok". Selepas beberapa tahun nanti akan jadi yakin, berani dan oklah tu. Pandainya aku mengomen. Sendiripun tak betul juga. Terketar juga bila bercakap depan perhimpunan.

Lepas tu guru disiplin pula bercakap. teguran tentang pakaian PJK. Segelintir pelajar sudah mula memakai baju-t selain dari baju-t sekolah. Memang tak patriotik sungguh budak2 ni. Ada ke pakai baju yang tak ada lencana sekolah? Tudung pelajar perempuan juga ditegur. Ramai yag mula memakai tudung hitam, padahal sejak dulu2 lagi mereka dah pun tahu tudung waktu PJ hanyalah warna putih atau cream saja.

Penat je cikgu sains ajau, hitam itu penyerap haba yang baik. jadi kalau pakai tudung hitam, makin panaslah kepala.


1 comments:

Kasih

Rindukan zaman panas kepala waktu perhimpunan di SIS..lebih-lebih lagi rindu kelas matematik selepas kelas PJK, xcukup tanah berlari nak tukar baju sekolah masa tu,rindu sangat kat cikgu normah..semoga cikgu sihat,ceria selalu ye.. =)

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.