Pukul 7.55 pagi bertolak dari rumah dengan kak long. tepat 8.15 pagi tiba depan Mc Donald, Air Keroh. Bila kaklong dah parking kereta Wiranya, aku toleh kat kereta sebelah. Rohani rupanya. Kalau tahu dia pergi aku tumpang tadi, tak payah kaklong bawa kereta.Bas yg ditunggu tiba entah pukul berapa, aku tak tengok jam pun. Berhenti makan di R & R Seremban. Makan nasi lemak cik gayah. Ada ikan selar kuning goreng. Sedaplah jugak.
Tiba di IKEA pukul sebelas lebih kot. Home Furnishing rupanya. Macam2 barangan kelengkapan rumah ada. untuk ruang tamu, untuk bilik tidur, untuk dapur dan juga untuk bilik air. Semua boleh di pasang siap.
Mula-mula masuk IKEA macam rusa masuk kampung jugak lah. Orang ambil pensel dengan pita ukur, aku ambil. Tapi kertas nak tulis tak ambil. Orang ambil beg besar dan troli, aku ambil, tapi akhirnya, aku suruh kak long tinggalkan je sekerat jalan, sebab buat penat je menolak troly kosong. Akhirnya aku dengan kak long jalan-jalan je la. Memang aku berjaya manahan nafsu membeli hari ni. Kak long pun tak beli ape2, macam aku juga. Kalau diikutkan hati mahu setengah ribu RM habis hari ni, tak bawa duit tunai tapi bawa kad hutang. Alhamdulillah, terlepas dari beban hutang hari ni.

0 comments:
Catat Ulasan