Berkawanlah dengan orang yang baik.


"Dah semua orang rajin belajar, sayapun rajin jugalah"
itulah statement seorang pelajar yang kini sedang menjalani latihan dengan tentera udara, bakal jadi pilot tentera. sekarang sedang buat diploma kejuruteraan dalam bidang tersebut. Tak sia2 dia ikut rajin belajar waktu sekolah dulu, katanya. ikut kawan yang baik, jadi baiklah. itulah kenyataannya. itulah kebenarannya. itulah hakikatnya. selaras dengan hadis nabi, tentang pentingnya memilih kawan.

kalau kawan mengajak pada keburukan, memang sejahat2 kawanlah tu. tinggalkan je lah kawan yang begitu. tak ada ruginya kalau tak berkawan dengan orang jahat begitu. tapi remaja memang suka cabaran. niat di hati nak ajak kawan kepada kebaikan, tapi malangnya diri sendiri yang terjerumus ke lembah kejahatan. niat tinggal niat saja. kesian. kadang2 hukum matematik kena guna juga. positif kalau darab dengan negatif, hasilnya memang negatif, tak kiralah walaupun negatif tu kecil saja.

Echo!!!!!









Nama Program: Ceramah Kerjaya
Tarikh: 23 Jun 2010
Masa: 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat: Dewan Iskandar
Sasaran: Semua pelajar tingkatan 5
Kehadiran: 149 orang

Input: Pelajar didedahkan tentang Kerjaya dalam Bidang Perhotelan dan Pelancongan. Selain itu pelajar juga didedahkan tentang peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Diploma Pelancongan dari UK hanya makan masa 1 tahun 3 bulan sahaja, berbanding diploma di Malaysia, 2 tahun setengah. Penceramah, Cik May dari World Point Academy, Kuala Lumpur. Tiada soalan dikemukan oleh pelajar kerana nampaknya ceramah yang telah disampaikan cukup jelas dan padat.

Kekuatan: The talks was short and sweet and the studens were quite attentive.

Kelemahan: The same old problem, echo in the hall

Cadangan: The same suggestion, but no action taken by the school because of no budget. Jadi tak perlu lah cadang ape2 selagi tak pulih2 dewan yang berdengung ni.






Cinta seorang perempuan, kekasih, tunang & isteri


Aku tersangat yakin bahawa jatuh bangunnya sebuah rumahtangga, semuanya terletak di tangan perempuan. Jika sekali seorang lelaki sudah melafazkan cintanya, jangan lagi dipersoal ape2, apatahlagi menaruh syak wasangka padanya. Jika ada orang kata, tak cemburu tandanya tak sayang, tapi pada aku cemburu itu menimbulkan seribu satu malapetaka yang tak terbayangkan.

Kalaupun dia cuba mencari cinta yang lain daripada kita, jangan dipersoalkan kerana dia telahpun terlebih dahulu memberikan cintanya pada kita. jadi yang kita perlu buat hanya jaga cinta itu. Hindari dari mendakwa-dakwi yang boleh menyebabkan dia rasa cukup bersalah, padahal dia telahpun melafaskan cintanya pada kita.

Jadi perempuan, kekasih, tunang dan isteri, ikhlaskan cinta kita pada manusia yang bernama lelaki, kekasih, tunang dan suami. cinta perempuan, kekasih, tunang dan isteri cuma ada 100%, tapi cinta lelaki walaupun sudah bergelar suami, boleh menjangkau 400%, itulah perbezaannya cinta perempuan dengan cinta lelaki.


Minggu Kerjaya


Minggu ni sepatutnya minggu kerjaya. tapi bos kata tak perlulah perasmian2. Maka tak adalah perasmian yang sepatutnya dijalankan pada hari Isnin. Lepas tu sepatutnya ada lawatan ke IPTA dan IPTS sekitar Melaka. Bos kata buat minggu lain. Ok lah. Helmi kata nak buat kolokium, nak panggil dua tiga IPT dan bagi talks sekali. Tak jadi juga. Akhirnya yang jadi ialah Academy Hotel dan Pelancongan dari KL yang jadi. Dia boleh datang hari Rabu, waktu kokurikulum.

Akupun bincanglah dengan GPK1 dan GPK Kokurikulum. Line clear. Sungguh mudah dan tidak langsung menyusahkan. Akupun jumpalah cikgu seman minta tolong pasangkan PA System, aku jumpa En. syafiq, juruteknik pusat access, untuk tolong pasangkan LCD, aku telefon En. Rosli, pekerja dewan, untuk tolong susunkan 200 buah kerusi di dewan. Semua berjalan lancar dan memberikan kerjasama yang mantap. Aku cuba telefon cikgu asrul nak pinjam camera. rupanya asrul g kursus kat BTP, tapi dia kata camera ada pada cikgu nazlin. aku telefon nazlin, nasib tak menyebelahi aku, nazlin kata bateri habis, charger asrul tak bagi. Tak apelah.

Pukul 2.00 petang akupun buatlah pengumuman. Semua pelajar T5 diminta berkumpul di dewan sekolah pukul 2.15. Lepas tu aku teringat camera lagi. Kebetulan aku nampak cikgu bahiyah, terus tanya, "ada camera tak? nak pinjam" memang rezeki murah hari ni. dapat pinjam camera nurul bahiyah. Penceramah yang ditunggu sepatutnya tiba pukul 2.30, tapi tersesat di Bandar Melaka, dia tiba 15 minit lewat.

Tanpa membuang masa, Hazlin selaku pengerusi majlis, mempersilakan penceramah menyampaikan ceramahnya. Diapun mulalah ceramah tentang kerjaya dalam bidang perhotelan dan pelancongan. sempat mengiklan hotel 7 bintang di dubai yang sewa biliknya 2000USD satu malam. Penceramah tu tunjukkan gambar bilik air hotel 7 bintang tu. Penceramah kata bilik air hotel tu lebih besar daripada bilik tidur dia sendiri. he he he. Telan air liur je la. Tapi semuanya tidak mustahil bila ada kelulusan dalam bidang perhotelan dan pelancongan. Lebih2 lagi bila dikaitkan dengan bidang keusahawanan. Bila dah jadi jutawan, setakat 2000USD semalam tu ape kisah. hujung jari je. huh...semua boleh dikuit bila ada duit... yang tak boleh hanyalah.........



Air yang tenang jangan disangka tiada bahaya

Sebaik saja aku tiba di pintu pagar rumah, van pejabat kesihatan jasin tiba. 3 orang turun depan rumah aku. aku belum sempat pun bukan pintu pagar. dia bagi salam aku jawab. dalam hati dup dap juga, 2 minggu cuti aku x buat ape2 pun aktiviti untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. aku teringat kolam ikan yang tinggal sekor je ikan, itupun dah berkelarah. kesian ikan tu. bimbang juga aku kalau diaorang terjumpa jejentik kat situ. huh kalau ada mesti kena saman.

"baru balik?" sapenya. aku senyum je. harap2 tak lama la diorang nak buat pemeriksaan. dah pukul 3 ni, aku belum solat zohor lagi.
"parkinglah dulu" kata pegawai kesihatan tu. akupun parkinglah. lepas tu dia pun mula interview.
"ada kolah?" aku jawab "tak ada, pakai baldi je dan ada shower"
"flush jamban semua berfungsi?"
"ok, sebab hari2 guna" balasku
"tempayan plastik kat tepi tu isi ape?"
"Ohhh. itu ada pasir dalam dia"
"Pasu bunga ni kena tengok2 juga, kalau tanah dia dah mampat, air boleh bertakung juga" dia mula memeriksa pasu2 aku. nasib baik aku tak pernah letak alas pasu. dan tanahnya masih ok, tak mampat pun. dia menoleh ke arah akuarium yang dah berkelarah tu. ikan ada sekor je. aku bimbang juga kalau dia jenguk ke dalam akuarium tu. lega. dia tak tengok pun. mungkin sebab dia nampak ada ikan berenang2. mesti tak ada jejentik kalau dah ada ikan. selamat.

akupun tiba2 jadi ramah. "ada kes ke?"
"ada sorang meninggal semalam, kat bawah sana, tak tahu ke?"
"oh..tah tahu pulak"
"pasal denggi ke?" aku tanya lagi.
"ha ah, denggi berdarah"
"oooo......" melopong mulutku.
"semalam kitaorang dapat 8 tempat pembiakan nyamuk aedes, silap2 satu taman boleh kena"
bertambah melopong aku. Huh mengerikan. patutlah sejak semalam diaorang sembur asap busuk tu.

"terimakasih eh"
"sama2" balasku.

Diorangpun beredar ke rumah sebelah, beri salam, tak de sapepun jawab. ada orang tapi buat2 macam takde orang. sebab aku tahu memang ada orang. he he he. tido kot.

Selepas diorang pergi, ape lagi akupun check lah akuarium aku. Alhamdulillah, tak ade jejentik pun.

Suami tiba pukul 6 petang, aku kelentong dia, kena saman RM500 sebab orang kesihatan jumpa jejentik 10 ekor kat dalm akuarium tu. Mesti dia cuak juga, tapi dia smart, terus tanya, "mana surat samannya?"
aku senyum dan tunjuk brosur kementerian kesihatan yang diorang bagi tadi. suami senyum je. tak berjaya nak kelentong dia.

Api yang dingin dan tak membakar.

Pagi ni seperti pagi2 yang lain lah juga. Bangun, solat subuh, pastu tunggu 6.30 pagi nak buka radio IKIM sebab nak dengar tafsir Al Quran oleh Ust Zahazan. Ustaz ini pertama kali dulu aku dengar suara dia mendatar je, tapi sebenarnya aku suka, gaya penyampaiannya yang tenang dan jelas. Banyak buku rujukan dia akan sebut.

Biasanya kalau hari sekolah, aku dengar sambil memandu ke sekolah, kadang2 aku sampai kat sekolah sebelum pukul 6.30, jadi sempatlah dengar dengan penuh khusuk kat tempat parking. program tu biasanya 15 minit je. Jadi dah habis dengar barulah pergi punch card kat pejabat. Sejak akhir2 aku dengar kat rumah je. dah habis barulah pergi sekolah. Kalau missed rasa tak sempurna pulak hari tersebut.

Hari ni ustaz cerita tentang Nabi Allah Ibrahim yang dicampakkan ke dalam api yang menggunung oleh Namrud tapi baginda rasa sejuk je. Subhanallah.

Bumi demam


"Bumi asalnya sihat, kini demam akibat perbuatan manusia. Tanda kemusnahan di muka bumi ialah hujan semakin kurang dan kemarau yang panjang. Tanda kemusnahan serta kerosakan di lautan ialah hasil laut semakin kurang. Semua kemusnahan dan keroskan di darat dan di lautan ini berlaku kerana tindak tanduk manusia sendiri.

Sesiapa yang melakukan maksiat di muka bumi, dia telah membuat kerosakan. Semua ini kerana manusia terbabas dari ketetapan Ilahi. Wahai manusia, kamu sengaja mencari penyakit."

Itulah antara pendahuluan bicara oleh Dr Daniel Zainal Abdidin dalam satu program Halaqah.

Doktor ni kalau bercakap, penuh dengan fakta. Dia akan kaitkan contoh dalam negara mahupun luar negara. So well prepared. Aku suka sangat. Tak banyak orang yang suka membaca dan menganalisis seperti doktor ini. Aku benar2 kagum dengan ilmu yang Tuhan anugerah kat dia. Dia boleh hafal banyak fakta-fakta penting dan dia akan ulas secara saintifik. yang bestnya dia boleh bagi sekali dengan ayat2 Al-Quran yang berkaitan. Kata2nya penuh dengan nas dan dalil.





Samosa

Aku try buat samosa hari ini. Puas cuba macam mana nak lipat jadi segitiga,. Aku potong surat khabar untuk cuba. Mula2 dari bentuk segiempat sama tu aku cuba lipat, tak jadi. Aku potong pulak kertas surat khabar tu jadi segitiga dan cuba lipat, tak jadi juga. Akhirnya cari dalam dalam internet. Rupa2nya nak lipat jadi segitiga tu dari bentuk segiempat tepat. Kulit popia tu kena potong kepada tiga jalur. lipat bentuk segitiga dari satu hujung dan tamatkan pada hujung yang satu lagi. senang je rupanya. kalau orang india buat macam buat karipap jugaklah, cuma dibuat bentuk segitga dan digamnya atau dikapit macam hujung kulit karipap. agaknya lah. bila guna kulit popia yang dah tersedia dijual di pasaraya, kenalah potong jadi tiga jalur. Intinya aku buat macam inti karipap kentang campur daging. Nanti aku nak cuba inti sardin pulak.

Kesedaran sivik "zero"


Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lagilah. Maklumlah dah masuk tv, jadi punyalah ramainya orang nak jumpa ustaz. 2.30 petang tiba tempat dituju setelah bertanya pemandu teksi, taukeh gerai tepi jalan, orang yg kami jumpa tepi jalan dan last sekali tanya orang dalam kawasan perumahan yg alamtnya lebih kurang sama je dengan alamat ustaz tu. yg best nya panduan kakak ni ialah "....nanti jumpa gerai sop meletop.... ha.. dekat area situ lah...." kami carilah gerai sop meletop tu, tak jumpa pun. tapi alhamdulillah terus nampak nama jalannya seperti yg terdapat dalam alamat yang diberi. Masa sedang relax2 menunggu di bawah tulah barulah kami terpandang gerai sop meletop. he he he. betullah kata kakak tu. tak tipu. kul 7.00 baru selesai dan kamipun bertolaklah balik.

On the way singgahlah kat surau R&R Seremban. Cantik dan besau jugaklah surau dia. Kami berhenti buat solat jamak qasar maghrib dan isyak. dah pukul 7.45 masa tu. maghrib dah panjang jugaklah. cadang awalnya nak buat jamak takhirje kat hentian jejantas air keroh, tapi disebabkan abala, anak saudaraku yang berumur 8 tahun tu dah lapau, kami berhenti la di R&R Seremban. boleh solat dan makan sekali.

Masuk ke surau, terlihat pemandangan yang menggeramkan aku. tak reti bahasa betul diorang ni. ade ke patut, kasut dibawa masuk terus ke tepi tangga tempat laluan orang mengambil wudhu. dua buah rak kasut tertonggok kat pintu masuk, letak lah kasut kat situ. Huhh geram aku, rasa macam nak jadi pekerja R&R nak kutip semua kasut tu dan campakje kat luar pintu masuk. orang yang dah ambil wudhuk terpaksa lalu kat tempat yg telah dikotorkan oleh tapak kasut diorang yg dah memiijak hentah ape2. ngok betul. Kalau perasaan macam ni ketika berada di Mekah, kantoi la. ampunkan aku ya Allah, ampunkan mereka ya Allah.


Bangau oh bangau


Nama awak siapa?
Aku bangau...
Kenapa leher awak panjang, bangau?
Macam mana leher aku tak panjang, ikan tak mahu timbul.
Ape pulak kena mengena dengan ikan?
Yalah sebab aku makan ikan...
Ooooo
Kau tak nak tanya ikan ke kenapa dia tak mahu timbul?
Awak tanyakanlah bangau.
Aku dah pernah suruh orang tanya, ikan kata sebab rumput panjang sangat.
Hah.. kat laut mana ada rumput...
Aku tak makan ikan laut lah, lagipun aku segan sebab kat tepi laut banyak manusia tak pakai baju, memang diorang tu tak tahu malu.
Laa awakpun malu tengok diorang eh, tapi saya ok je.... he he he
Engkau memang species yang tak tahu malu juga....
Dah diorang yang buat tayangan percuma, saya tengok je la. Eh bangau habis tu awak makan ikan kat mane?
Kat sawah lah
Sawah tu ape bangau, macam zoo ke?
Ish3 kesian betul lah kau ni, sawah pun kau tak tahu?
Apa pula awak kesiankan saya? saya bukan anak yatim piatu.
Bukan itulah maksud aku, aku kesian tengok engkau yang tak kenal sawah.
Ya lah kenape pulak mesti awak kasihankan saya?
Tak pelah, sawah tu tempat orang tanam padi.
Padi tu ape?
La... aku lupalah, kalau sawah kau tak kenal, macam mana nak kenal padi eh. engkau makan nasi tak?
makan...
haah nasi tu asal dia dari padi la..
eh mana pulak, mak saya kata beras...
yelah... beras tu dari padilah yang dah dibuang kulit luarnya......
Oooooo....



Haa amacam, boleh jadi penulis cerita kanak2 tak. Best jugakan kalau tulis cerita, siap dengan ilustrasi lagi. Rasa macam nak jadi kanak2 semula, baca buku cerita ada gambar.





Cuti lagi



Cuti2 malaysia.
Suami dah lama rancang nak gi jenguk mak angkat dia kat penang. cuti tahun lepas ke perlis, lepas tu gi penang, tapi emak angkat dia ikut anak gi jb. tak de rezaki nak jumpa. mungkin kali ni boleh jumpa kot.

Perancangannya, sepanjang perjalanan nanti nak cari masjid, singgah dulu, buat solat tahyatul masjid, pastu bergambar depan masjid tu. boleh buat koleksi gambau2 masjid di malaysia. setiap masjid mesti ada keunikannya yang tersendiri. itupun kalau jadilah.

kalau tak jadi, aku memerap kat rumah je lah nampaknya. boleh gi belajau jahit manik. boleh upgrade mana2 baju yang lama. itupun kalau malas tidak melanda diri. he he he. kalau dah malas, apepun tak menjadi. yang pasti jadinya, tengok tv, makan, tido.

selamat bercuti.



Pembaziran masa

Dah jadi budaya yg aku sangat tidak berkenan. Musim peperiksaan, P&P tak berjalan. Padahal hari ni tak ada peperiksaan. Kan cantik kalau cikgu2 tu mengajar macam biasa. Sukatan belum habis kan? Alasan pelajar tiada mood belajar. Boleh terima ke? atau yang sebenarnya cikgu yg tak ada mood nak mengajar, haah yg ini macam logik je.

Pada akulah, semuanya terletak pada cikgu, kalau cikgu yg tak buat persediaan untuk mengajar, memanglah dia hanya akan masuk untuk duduk2 dan konon2nya beri peluang pelajar buat ulangkaji. Apa yg paling menyedihkan ialah apabila pelajar buat keputusan lebih baik tak payah datang sekolah, buat ulangkaji kat rumah je. Maka dikira pontenglah dia hari tu. Padahal cikgu yang ponteng mengajar!

Aku puji sorang guru ni. Memang layaklah dia dapat anugerah Guru Cemerlang. Dia tetap masuk kelas dan mengajar, kebetulan aku masuk kelas tu nak jumpa pelajar untuk dapatkan tandatangan mereka untuk borang kehadiran KUNTUM. 5 orang yang tak hadir hari ni memang rugilah sebab cikgu tu buat tajuk baru. 29 orang yg hadir memang untung. Tahniah untuk mereka yg hadir hari ni. Itu baru 1 waktu, macamana 9 waktu lagi?

Kadang2 jadual peperiksaan selaras yg dibuat oleh Jabatan inilah yag menimbulkan masalah. Peperiksaan setengah tahun makan masa 3 minggu. Membazir masa betul. Cikgu2 pun ambil kesempatanlah tak payah mengajar walaupun ada masa terluang untuk mengajar, kerana kononnya pelajar tak ada mood belajar. Bila dah membazir masa waktu P&P sebenar, lepas tu sibuklah buat kelas tambahan luar waktu, hingga cutipun tak serupa cuti, sibuk kononnya nak bagi kelas tambahan. Sungguh tak efficient.


Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.