Jam 7 - 8 pagi tadi aku tengok rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9. Sekarang ni ramai suami solehah, kata ustaz. Mula-mula aku ingat ustaz tu salah sebut. Tapi bila dia jelaskan barulah aku faham maksud suami solehah. "Suami yang gajinya lebih rendah dari isteri sehingga tidak berani menegur, membimbing dan menunjuk ajar isteri. Suami begini biasanya mengalami perasaan rendah diri, dan akan menurut saja kata isteri." Rasanya macam dah banyak berlaku je pada zaman ni. Ape tidaknya, kalau dah perempuan yang masuk universiti, tentulah keluar bergaji tinggi daripada lelaki yang belajar setakat T5 je. Kalau nak tunggu jodoh yang setaraf pencapaian akademiknya, jawabnya makin ramailah perempuan tak kawen. Maka tak hairanlah CEO kawen dengan Mat Despatch. Doktor kawin dengan driver ambulance. Pegawai bank kawin dengan jaga.
Tapi, pada pendapat akulah, yang penting ialah suami mesti ada ilmu agama yang tinggi, kalau tak belajar sampai universitipun, tapi taat perintah Allah, Insya Allah, suami begini, akan dapat membimbing isteri dan menundukkan ego isteri yang berjawatan tinggi. Isteri pula, kalau memang yang taat juga pada perintah Allah, tidak akan berlagak dan sombong pada suami sendiri, walaupun gajinya jauh lebih tinggi daripada suami, malah dia rela dan redha berkongsi kekayaannya dengan suaminya yang merupakan bapa kepada anak-anaknya. Kan syurga di telapak kaki suami. Harta benda tak menjanjikan kebahagiaan, sebaliknya isteri solehah adalah harta dunia termahal yang merupakan syurga sesebuah rumah tangga. Sebab itulah kalau perempuan yang berjawatan tinggi nak cari suami yang bergaji lebih rendah, pastikan lelaki itu orang yang tak pernah tinggal solat dan puasa serta baik terhadap kedua orang tuanya, di samping perempuan itu wajib mendalami ilmu agama agar tidak jadi isteri derhaka. He he he... amacam pendapat aku, ada gaya ustazah tak? teorinya senang, praktikalnya memang payah. Hendak seribu daya, kalau nak begaduh tu sebab perkara kecikpun jadi perang besar sampai bercerai-berai..
Ooooo....melawan!!!!
Beberapa orang pelajar lelaki yang ponteng kelas kena rotan semalam. Kalau semua cikgu sepakat hantar borang salah-laku pelajar, beratus yang akan kena rotan. Ini baru sorang cikgu je yang hantar, itupun setelah berkali-kali pelajar tu ponteng dan lewat masuk kelas. Ada yang mula nak tunjuk samsing. Semalam kena rotan, hari ni 2 orang tak datang sekolah, 2 orang termasuk sorang ahli baru, ponteng lagi, ada sorang yang tunjuk muka masam mencuka kat cikgu, tapi dah oklah sebab tak ponteng lagi. Yang tunjuk samsing ni, yang mencabar. diorang macam nak tunjuk bahawa diorang tah heranpun dengan hukuman yang cikgu disiplin bagi. kena gantung sekolah pun nanti tak heran kot. kena buangpun ape kesah, nanti minta semula sekolah yang sama. cikgu boleh buat ape. kreatif sungguh pemikiran diorang.
alangkah baiknya kalau tenaga dan kreativiti tu disalurkan kepada perkara yang baik. mesti hebat jadinya nanti orang-orang macam ni. tapi itu lah. kesian diorang ni, orang marah dikatanya orang benci. diorang lupa peribahasa, sayangkan anak, tangan2kan. itu maksudnya bukan setakat marah, kena penampau kali.
alangkah baiknya kalau tenaga dan kreativiti tu disalurkan kepada perkara yang baik. mesti hebat jadinya nanti orang-orang macam ni. tapi itu lah. kesian diorang ni, orang marah dikatanya orang benci. diorang lupa peribahasa, sayangkan anak, tangan2kan. itu maksudnya bukan setakat marah, kena penampau kali.
Peliharalah alam sekitar kita....
Best..........
Hari Jumaat lepas aku ikut suami balik kampung di Kuala Selangor. Abang Ngah buat kenduri kawen anaknya yang sulung. Malam tu kami bermalam di rumah pusaka keluarga suami. Esoknya pergi rewang. Kenduri mula dari petang Sabtu hinggalah petang Ahad. Malamnya boleh tahan ramai jemputan. Kami balik awal pada hari Ahad sebab suami kena pergi mesyuarat kementerian di Johor Bahru pada hari Isnin.
Semasa dalam perjalanan pergi sempat singgah di hentian rehat jejantas air keroh. ada orang jual buku. aku beli 3 buah buku karangan dr. danial zainal abidin. tak ade diskaun langsung. kedekut. tahi idung masin orang yang jual tu. kalau aku beli kat kampung buku malaysia melaka, mesti dapat diskaun. tapi sebab berkenan puya pasal, aku belilah jugak.
Buku pertama bertajuk "Perubatan Islam dan Bukti sains moden", buku kedua "Quran saintifik, meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains" dan buku ketiga "Terapi Solat Tahajud, Mukjizat Penyembuh Penyakit - Menyingkap keajaiban Tahajud sebagai terapi penyembuhan" Buku ketiga tu hasil tulisan Mohammad Salleh, Ph.D, tapi kata pengantarnya ditulis oleh Dr. Danial.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik, kalau aku tak tertidur, sempatlah aku belek2 buku "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden" tu.
Dalam buku ni Dr Danial mengemukan bukti-bukti melalui pengkaji2 dan menyertakan nas dan dalil dari Quran. Puas rasanya baca buku seperti ini. Kewibawaan penulisnya memberikan keyakinan kepada kita untuk menerima setiap fakta yang diutarakannya. Best.....
Nanti, kalau aku dah habis baca, aku cerita sikit apa kandungan buku ni ya.....tunggu!!!!!!!!
Semasa dalam perjalanan pergi sempat singgah di hentian rehat jejantas air keroh. ada orang jual buku. aku beli 3 buah buku karangan dr. danial zainal abidin. tak ade diskaun langsung. kedekut. tahi idung masin orang yang jual tu. kalau aku beli kat kampung buku malaysia melaka, mesti dapat diskaun. tapi sebab berkenan puya pasal, aku belilah jugak.
Buku pertama bertajuk "Perubatan Islam dan Bukti sains moden", buku kedua "Quran saintifik, meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains" dan buku ketiga "Terapi Solat Tahajud, Mukjizat Penyembuh Penyakit - Menyingkap keajaiban Tahajud sebagai terapi penyembuhan" Buku ketiga tu hasil tulisan Mohammad Salleh, Ph.D, tapi kata pengantarnya ditulis oleh Dr. Danial.
Sepanjang perjalanan pergi dan balik, kalau aku tak tertidur, sempatlah aku belek2 buku "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden" tu.
Dalam buku ni Dr Danial mengemukan bukti-bukti melalui pengkaji2 dan menyertakan nas dan dalil dari Quran. Puas rasanya baca buku seperti ini. Kewibawaan penulisnya memberikan keyakinan kepada kita untuk menerima setiap fakta yang diutarakannya. Best.....
Nanti, kalau aku dah habis baca, aku cerita sikit apa kandungan buku ni ya.....tunggu!!!!!!!!
Juara Siput.......
Tau pulak rasa malu, ingat dah tak tahu malu..... selalunya bila nak diambil gambar, bukan main berposing, hari ni semua tunduk dan memalingkan muka ke arah lain. ha ha ha. malu kunun.
Hari Jumaat lepas, perhimpunan rasmi diadakan. Pukul 7.15 semua pelajar sudah diarah turun ke padang perhimpunan. Biasanya perhimpunan tidak rasmi akan mengambil masa 20 minit sahaja. Jadi kalau semua dah berkumpul pukul 7.20, pukul 7.40 dah boleh bersurai. Tapi biasalah, masing2 cuba menjadi juara siput babi. Yang menang ialah kumpulan pelajar asrama. Hah ape lagi, guru disiplin naik meradang jugak dibuatnya. GPKHEM pun terpaksalah merotan di tapak tangan setiap juara siput babi tadi, termasuklah yang pakai tudung hitam untuk PJ. Dah berbuih diingatkan hanya tudung putih atau cream saja yang dibenarkan, tapi semua "degil", kata bos dan tak mahu mendengar kata. Bos sendiri yang membebel hari ni. Pung-pang, pung-pang, cikgu2 pun kena tegur juga agar dapat beri perhatian dan sama2 memastikan disiplin dipatuhi oleh semua pelajar. Kalau tak reti2 bahasa juga tak tahulah budak2 ni.Agaknya.... sudah tiba masa rasanya mereka ni diberikan kebebasan berpakaian, macam kat negara maju yang lain. Malaysia dah maju kan? Negara maju mana ada pakaian seragam lagi. Pelajar mereka bebas nak pakai ape saja. Malah menurut anakku yang belajar di luar negara, ada yang datang kuliah macam pakai baju tidur je. he he he. mesti diorang suka datang sekolah kalau mereka bebas nak pakai ape saja. paling tidak berlumba2 untuk menayangkan fesyen pakaian masing2. Ciri2 negara maju dahpun mula ada. Ciri negara maju yang pertama ialah, keruntuhan moral yang menjadi2. hah... dah maju la tu. Itulah yang perlu dibayar demi sebuah kemajuan.......
Hari Terakhir Seminar Kecemerlangan SPM 2010
Pelajar Islam T5 SMKIS mengikuti ceramah Cemerlang Pendidikan Islam yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad di Dewan ASPURI.
En. Theigarajah (gambar atas) , Guru Bahasa Tamil turut sama mengikuti ceramah cemerlang bahasa tamil yang disampaikan oleh e. y. theverajan (gambar bawah) dari smk tun mamat
Hari ni hari terakhir seminar kecemerlangan spm untuk budak2 t5. Hari ni budak2 islam ada ceramah cemerlang pendidikan islam oleh ustaz zulkifli ahmad di dewan aspuri dan budak2 yang amek bahasa tamil ada ceramah bahasa tamil oleh en y. theverajan dari smk tun mamat di bilik tayang. diorang dibenarkan rehat pukul 9.45 pagi kerana ceramah bermula jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. ceramah cemerlang bahasa cina je yang tak dapat dijalankan kerana penceramahnya tidak dapat ditemui hingga hari ini. sorilah pelajar2 yang amek bahasa cina. dudukje dalam kelas masing2 eh, nanti cikgu matapelajaran anda masuk seperti biasa mengikut jadual. jangan risu eh, gkmp bahasa anda sedang bertungkus-lumus mencari penceramah. insya allah sebelum tibanya peperiksaan spm pihak sekolah akan cuba memastikan penceramah ditemui. kita sama2lah berdoa eh.
Seminar Kecemerlangan SPM 2010 lagi
Kumpulan pelajar yang mengikuti ceramah Cemerlang Tanaman Makanan yang disampaikan oleh En. Ghazali Husin, di kelas 5MPV dari jam 12.05 - 2.05 petang hari ini, 8 Julai 2010.
Pn. Rosni Hashim (gambar atas) dan En. Mohd Fadhil (gambar bawah), tidak melepaskan peluang mendengar ceramah Cemerlang Katering dan Penyajian yang disampaikan oleh Pn. Hjh Asmah dari SMK Ade Putra, dari jam 12.45 - 3.30 petang, di Bilik Tayang SMKIS.
Antara pelajar Katering dan Penyajian SMKIS yang mengikuti ceramah
Cemerlang Katering dan Penyajian oleh Pn. Hjh. Asmah.
Cemerlang Katering dan Penyajian oleh Pn. Hjh. Asmah.
Pn Hjh. Asmah, menyampaikan ceramah Cemerlang Katering dan Penyajian untuk pelajar Katering dan Penyajian SMKIS yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2010 ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terimakasih tidak terhingga di atas kesudian cikgu Habibah menyampaikan ceramah cemerlang sains. Cenderamata disampaikan oleh saudari Adibah Mahirah, ketua kelas 5 amanah.
8.25 pagi hingga 10.45 pagi, Pn Habibah Abdullah menyampaikan ceramah cemerlang sains hari ni, 8 julai 2010. Pelajar 5 amanah, 21 orang dan 5 bestari, 22 orang, hadir semua. Tahniah. 5mpv, 4 orang tidak hadir daripada 32 orang. Jadi peratus kehadiran untuk ceramah cemerlang sains hari ini ialah 94.7%. Cantiklah tu. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Ceramah cemerlang Kimia oleh Tn Hj Rashid dari SMK Tinggi Melaka terpaksa ditangguhkan sebab cikgu Rashid ada mesyuarat di Kementerian. Dia kata dia cuma ada free 5 ogos nanti. orait lah tu.Pukul 12.05 pula budak2 5mpv ada ceramah cemerlang Tanaman Makanan dan ceramah cemerlang Katering dan Penyajian. ceramah Tanaman Makanan disampaikan oleh cikgu Ghazali dan ceramah cemerlang Katering dan Penyajian disampaikan oleh En Mohd Fadhil dan juga penceramah jemputan dari smk Ade Outra, Pn Hjh. Asmah. Kesian budak2 5mpv. sampai ada yang tertidur keranan keletihan.
"Ngantuklah cikgu, dari pagi sampai petang dengar ceramah". bzzzzzzzz.....
"takpe2, janji "A+"
"takpe2, janji "A+"
Lagi Seminar Kecemerlangan SPM 2010
Lokasi : Dewan Kuliah ILP Selandar
Tarikh: 6 Julai 2010 (Selasa)
Masa: 8.20 pagi - 5.20 petang
Sasaran: 198 orang pelajar T5 SMKIS
Kehadiran: 194 orang
Bilangan Tidak Hadir: 4 orang
(2 orang menyertai pertandingan silat peringkat negeri, seorang ada temujanji dengan doktor gigi dan seorang lagi memang sering ponteng sekolah)
Input:-
8.20 - 9.50 pagi :
Mencipta Kecemerlangan oleh Datuk Dr. Baba Md Deni
(Doktor Perubatan & Pakar Motivasi)
9.50 - 11.20 pagi:
Cemerlang Bahasa Inggeris oleh Pn Norul Akmar Hj Alang
(GKMP Bahasa, Guru Pakar Bahasa Inggeris SMKIS)
11.40 pagi - 1.10 petang
Cemerlang Matematik oleh En. Neo Kok Theong
(GC Matematik SMKIS)
1.50 - 3.20 petang
Cemerlang Sejarah oleh Pn Khadijah Baharudin
(Guru Pakar Sejarah SMKIS)
3.20 - 4.50 petang
Cemerlang Bahasa Melayu oleh Dr. Mohd Azam Ahmad Ph.D.
(GC Bahasa Melayu SMK Nyalas)
4.50 - 5.20 petang
Perasmian oleh Pn Hamidah Jasmani, GPK1 SMKIS
Para pelajar memberikan tumpuan kepada penceramah Matematik Tambahan.
En Busrah, sedang menyampaikan ceramah Cemerlang Matematik Tambahan.
Tarikh: 6 Julai 2010 (Selasa)
Masa: 8.20 pagi - 5.20 petang
Sasaran: 198 orang pelajar T5 SMKIS
Kehadiran: 194 orang
Bilangan Tidak Hadir: 4 orang
(2 orang menyertai pertandingan silat peringkat negeri, seorang ada temujanji dengan doktor gigi dan seorang lagi memang sering ponteng sekolah)
Input:-
8.20 - 9.50 pagi :
Mencipta Kecemerlangan oleh Datuk Dr. Baba Md Deni
(Doktor Perubatan & Pakar Motivasi)
9.50 - 11.20 pagi:
Cemerlang Bahasa Inggeris oleh Pn Norul Akmar Hj Alang
(GKMP Bahasa, Guru Pakar Bahasa Inggeris SMKIS)
11.40 pagi - 1.10 petang
Cemerlang Matematik oleh En. Neo Kok Theong
(GC Matematik SMKIS)
1.50 - 3.20 petang
Cemerlang Sejarah oleh Pn Khadijah Baharudin
(Guru Pakar Sejarah SMKIS)
3.20 - 4.50 petang
Cemerlang Bahasa Melayu oleh Dr. Mohd Azam Ahmad Ph.D.
(GC Bahasa Melayu SMK Nyalas)
4.50 - 5.20 petang
Perasmian oleh Pn Hamidah Jasmani, GPK1 SMKIS
Alhamdulillah, program hari ini berjalan lancar. Cuaca sangat baik dari pagi hingga petang. Aku punyalah berdoa agar tidak hujan pagi. kalau hujan, alamatnya, basah kuyuplah budak2 tu dan susahlah nak berjalan kaki dari sekolah ke stadium jasin untuk menaiki bas ke ILP. Pengurusan masa pun ok. terlebih 5 - 10 minit tu adatlah. Pelajar nampaknya sangat selesa duduk dalam dewan kuliah yang berhawa dingin tu. ada juga yang tak tahan sejuk, hingga kelihatan biru kukuya. aku suruh dia gesek kedua tangan untuk panaskan tangannya. kesian betul. tak tahan sejuk rupanya. semua ajk guru yang terlibat memberikan komitmen yang sangat baik. terima kasih rakan2 guru semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Para pelajar memberikan tumpuan kepada penceramah Matematik Tambahan.
En Busrah, sedang menyampaikan ceramah Cemerlang Matematik Tambahan.
Para pelajar khusuk mendengar ceramah En. Busrah
Lokasi : Dewan ASPURI SMKIS
Tarikh: 7 Julai 2010 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi
Sasaran: 166 orang pelajar Sains & dan Prinsip Akaun
Input:-
Cemerlang Matematik Tambahan oleh En Busrah Md Seh
(Guru Pakar Matematik Tambahan SMK Jasin)
Tarikh: 7 Julai 2010 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi
Sasaran: 166 orang pelajar Sains & dan Prinsip Akaun
Input:-
Cemerlang Matematik Tambahan oleh En Busrah Md Seh
(Guru Pakar Matematik Tambahan SMK Jasin)
Seminar Kecemerlangan SPM 2010
Hari Isnin, 28 Jun 2010, dah buat teknik menjawab fizik oleh En Abu Kasim Md Jani dan teknik menjawab ekonomi asas oleh En. Mazlan. Hari ni buat teknik menjawab biologi, teknik menjawab prinsip akaun dan teknik menjawab ICT. Biologi jemput penceramah luar, En. Ismail Ali, cikgu SMK Tun Tuah. Nasib baik sekolah dia cuti sebab ada program koku semalam. dapatlah jemput dia pagi. sebelum pukul 8.30 pagi dia dah tiba. pelajar2pun menepati masa. tepat pukul 8.25 semua dah berkumpul di dewan asrama. Helmi pengerusikan teknik menjawab biologi, hazlin pengerusikan teknik menjawab prinsip akaun oleh Pn. Norlaila Nordin kat bilik tayang dan aku sendiri pengerusikan teknik menjawab ICT di makmal komputer. Pelajar2 ICT kata, formal ke ni. Ha baru diorag tahu, majlis formal ke tak formal, mentang2 yang bagi teknik menjawab tu cikgu yang mengajau dia hari2, dia ingat macam hari2 biasa je la. Bagusnya, bila aku mempersilakan cikgu asrul bin seman untuk menyampaikan teknik menjwab ICT, nampak serius muka diorang semua. sejuk hati tengok. Itulah gunanya majlis dibuat secara formal. diorang terasa betapa kita bukan main2 mengadakan teknik menjawab untuk diorang. All the best boys and girls!!!
Unfair!!!!!!
Dari zaman aku sekolah lagi, aku memang tak suka kelas tambahan. kesian kat cikgu2 aku. Tapi anak orang kaya boleh la pergi kelas tusyen. sebab bayaran dikenakan. ayah aku pesara polis biasa. duit pencen tak seberapa. cukuplah untuk menyara makan minum sekeluarga. sebab itulah aku tak pernah mengecekpun nak pergi tusyen.
kalau cikgu buat kelas tambahan, bermakna kena balik lewat. kalau balik lewat bermakna kena bawa bekal utuk makan tengahari, nak dapat duit belanja lebih memang tak adelah. jadi bawala bekal makanan dan minuman. nasib baiklah ibuku seorang surirumah tangga yang rajin bangun pagi dan siapkan sarapan dan bekalan untuk anak2. dapatlah aku bawa bekal.
budak2 zaman sekarang ramai yang tak kisah tentang tentang sarapan dan juga bawa bekal. duit belanja yag dibekalkan oleh ibubapa rasanya cukup untuk makan waktu rehat je. jadi menahan laparlah diorang sampai petang kalau ada kelas tambahan. sungguh kasihan. bos kata keputusan mesti ok. oleh kerana keputusan tak ok, maka kena buat kelas tambahan. so very unfair. subjek yang senang, cikgu2 dia tak perlu datang kelas tambahan. subjek yang susah dan pelajar banyak gagal cikgu2 dia kena datang kelas tambahan. kalau seminggu sekali takpela juga, seminggu 2 kali. 2 kali balik pukul 5 petang. pukul 7 pagi dah keluar rumah. pukul 5.30 petang baru tiba rumah. orang kerja pejabatpun senang. kerja tak payah bawa balik. buku2 bertimbun nak diperiksa. badan dah letih. jadi, hasilpun bukannya bertambah naik, malah menurun. huuuh...
hah itulah, sape suh minta kerja jadi cikgu dulu. ingat senang ke? dah tercebur sekarang baru tahu susah jadi cikgu.
tapi, cikgu2 sekalian. tuhan dah kata. setiap yang kita buat dengan penuh keikhlasan, insya allah ganjarannya cukup besar untuk anak cucu kita nanti. hari ni kita bantu anak orang, esok2 orang bantu anak kita. kan kan kan....... kita tak sedar sebenarnya. Tuhan bayar cash kat atas dunia lagi setiap tindak tanduk dan sikap yang kita tunjukkan. Contohnyalah, kita culas dan cenekel dengan anak2 murid kita, cuba kita check, anak2 kita ok tak? kalau ada yang tak ok, hah, itu tandanya tuhan bagi kita peringatan. kalau memang kita sangat ok, tapi anak kita masih tak ok, itu tandanya tuhan nak uji kesabaran kita. haaa macamtulah ustaz2 selalu kata. he he he.
Sabut ke batu?
Ponteng kelas ialah hobi diorang. kata dah insaf, tapi entah le. dirotan? sudah. cakap baik2? sudah. marah2? sudah. bebel? sudah. psikologi sudah, pukullogi sudah. nak buat macam mane lagi? bunuh je yang belum? he he he. tak sabau la tu...... kalaulah dibenarkan bunuh, lama dah mati diorang tu. ha ha ha. mesti yang tinggal yang takut mati je, bukan pasal nak jadi baikpun. cuma sebab nak idup lama sikit je daripada member yang brutal tu.
masa zaman diorang sekolah ni je la yang diorang nak buat perangai. bila dah keluar keputusan spm, bagus pulak. kalau dah memang gagal, tahu pula bawa diri. yang ok sikit keputusannya, pandai pulak mohon sambung belajau. padahal masa zaman sekolah, belajau tu macam phobia je pada diorang. itulah manusia kan. macam pantai juga. sekali air bah, sekali pantai berubah. dulu zaman budak2 sekolah, memang semula jadi nakalnya, sebab ada orang yang tanggung makan minum. bila dah tamat sekolah barulah ada keinsafan sikit. tapi nak tunggu saat keinsafan tiba tu yang paling mengerikan. memang macam kata peribahasa, untung sabut, timbul, untung batu tenggelam. kalau dua2 tak untung?
Langgan:
Catatan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.