Sabut ke batu?


Ponteng kelas ialah hobi diorang. kata dah insaf, tapi entah le. dirotan? sudah. cakap baik2? sudah. marah2? sudah. bebel? sudah. psikologi sudah, pukullogi sudah. nak buat macam mane lagi? bunuh je yang belum? he he he. tak sabau la tu...... kalaulah dibenarkan bunuh, lama dah mati diorang tu. ha ha ha. mesti yang tinggal yang takut mati je, bukan pasal nak jadi baikpun. cuma sebab nak idup lama sikit je daripada member yang brutal tu.

masa zaman diorang sekolah ni je la yang diorang nak buat perangai. bila dah keluar keputusan spm, bagus pulak. kalau dah memang gagal, tahu pula bawa diri. yang ok sikit keputusannya, pandai pulak mohon sambung belajau. padahal masa zaman sekolah, belajau tu macam phobia je pada diorang. itulah manusia kan. macam pantai juga. sekali air bah, sekali pantai berubah. dulu zaman budak2 sekolah, memang semula jadi nakalnya, sebab ada orang yang tanggung makan minum. bila dah tamat sekolah barulah ada keinsafan sikit. tapi nak tunggu saat keinsafan tiba tu yang paling mengerikan. memang macam kata peribahasa, untung sabut, timbul, untung batu tenggelam. kalau dua2 tak untung?


0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.