Best..........

Hari Jumaat lepas aku ikut suami balik kampung di Kuala Selangor. Abang Ngah buat kenduri kawen anaknya yang sulung. Malam tu kami bermalam di rumah pusaka keluarga suami. Esoknya pergi rewang. Kenduri mula dari petang Sabtu hinggalah petang Ahad. Malamnya boleh tahan ramai jemputan. Kami balik awal pada hari Ahad sebab suami kena pergi mesyuarat kementerian di Johor Bahru pada hari Isnin.

Semasa dalam perjalanan pergi sempat singgah di hentian rehat jejantas air keroh. ada orang jual buku. aku beli 3 buah buku karangan dr. danial zainal abidin. tak ade diskaun langsung. kedekut. tahi idung masin orang yang jual tu. kalau aku beli kat kampung buku malaysia melaka, mesti dapat diskaun. tapi sebab berkenan puya pasal, aku belilah jugak.

Buku pertama bertajuk "Perubatan Islam dan Bukti sains moden", buku kedua "Quran saintifik, meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains" dan buku ketiga "Terapi Solat Tahajud, Mukjizat Penyembuh Penyakit - Menyingkap keajaiban Tahajud sebagai terapi penyembuhan" Buku ketiga tu hasil tulisan Mohammad Salleh, Ph.D, tapi kata pengantarnya ditulis oleh Dr. Danial.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik, kalau aku tak tertidur, sempatlah aku belek2 buku "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden" tu.

Dalam buku ni Dr Danial mengemukan bukti-bukti melalui pengkaji2 dan menyertakan nas dan dalil dari Quran. Puas rasanya baca buku seperti ini. Kewibawaan penulisnya memberikan keyakinan kepada kita untuk menerima setiap fakta yang diutarakannya. Best.....

Nanti, kalau aku dah habis baca, aku cerita sikit apa kandungan buku ni ya.....tunggu!!!!!!!!

1 comments:

Tanpa Nama

Mak mah nanti bagi review buku yang mak mah beli tu,.... :)

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.