Kumpulan pelajar yang mengikuti ceramah Cemerlang Tanaman Makanan yang disampaikan oleh En. Ghazali Husin, di kelas 5MPV dari jam 12.05 - 2.05 petang hari ini, 8 Julai 2010.
Pn. Rosni Hashim (gambar atas) dan En. Mohd Fadhil (gambar bawah), tidak melepaskan peluang mendengar ceramah Cemerlang Katering dan Penyajian yang disampaikan oleh Pn. Hjh Asmah dari SMK Ade Putra, dari jam 12.45 - 3.30 petang, di Bilik Tayang SMKIS.
Antara pelajar Katering dan Penyajian SMKIS yang mengikuti ceramah Cemerlang Katering dan Penyajian oleh Pn. Hjh. Asmah.
Pn Hjh. Asmah, menyampaikan ceramah Cemerlang Katering dan Penyajian untuk pelajar Katering dan Penyajian SMKIS yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2010 ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terimakasih tidak terhingga di atas kesudian cikgu Habibah menyampaikan ceramah cemerlang sains. Cenderamata disampaikan oleh saudari Adibah Mahirah, ketua kelas 5 amanah.
Para pelajar bersungguh-sungguh mencari jawapan untuk latihan yang diberikan oleh penceramah sains.
Para pelajar yang hadir untuk ceramah cemerlang sains.
Insaya Allah, sains "A+"
8.25 pagi hingga 10.45 pagi, Pn Habibah Abdullah menyampaikan ceramah cemerlang sains hari ni, 8 julai 2010. Pelajar 5 amanah, 21 orang dan 5 bestari, 22 orang, hadir semua. Tahniah. 5mpv, 4 orang tidak hadir daripada 32 orang. Jadi peratus kehadiran untuk ceramah cemerlang sains hari ini ialah 94.7%. Cantiklah tu. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Ceramah cemerlang Kimia oleh Tn Hj Rashid dari SMK Tinggi Melaka terpaksa ditangguhkan sebab cikgu Rashid ada mesyuarat di Kementerian. Dia kata dia cuma ada free 5 ogos nanti. orait lah tu.
Pukul 12.05 pula budak2 5mpv ada ceramah cemerlang Tanaman Makanan dan ceramah cemerlang Katering dan Penyajian. ceramah Tanaman Makanan disampaikan oleh cikgu Ghazali dan ceramah cemerlang Katering dan Penyajian disampaikan oleh En Mohd Fadhil dan juga penceramah jemputan dari smk Ade Outra, Pn Hjh. Asmah. Kesian budak2 5mpv. sampai ada yang tertidur keranan keletihan.
"Ngantuklah cikgu, dari pagi sampai petang dengar ceramah". bzzzzzzzz..... "takpe2, janji "A+"
Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah - maksud hadis
"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan." Maksud Sabda Nabi SAW
MEMBACA AL-QURAN
Taknak baca sebab tak faham, sampai bila-bilapun takkan dibacalah, sebab terlalu sibuk dan tak cukup masa nak pergi belajar untuk faham. Oleh itu kan baik, bacaje walaupun tak faham, sekurang-kurangnya bila membaca Al-Quran seolah-olah seperti menimba air di sungai dengan raga yang kotor. Nampak macam kerja sia-sia, ambil air dengan raga, budak kecikpun tahu memang tak boleh punya. lama-kelamaan raga yang kotor-bolor menjadi bersih, samalah macam hati kita yang baca Al-Quran, lama-kelamaan hati yang hitam akan menjadi putih bersih. Insya Allah
Bimbingan & Kaunseling
Kadang-kadang meluahkan lebih baik dari memendam, Kadang-kadang berbicara dengan tinta boleh mengurangkan sengsara, Kadang-kadang apabila hati resah, yang mudah menjadi susah. Kalau hati sentiasa gembira, derita tidak terasa, hidup akan lebih ceria dan fikiran lebih terbuka.
HURAY
selepas majlis konvokesyen di UKM @ 2 hari sebelum anakku berangkat ke UIUC,USA
0 comments:
Catat Ulasan