Beberapa orang pelajar lelaki yang ponteng kelas kena rotan semalam. Kalau semua cikgu sepakat hantar borang salah-laku pelajar, beratus yang akan kena rotan. Ini baru sorang cikgu je yang hantar, itupun setelah berkali-kali pelajar tu ponteng dan lewat masuk kelas. Ada yang mula nak tunjuk samsing. Semalam kena rotan, hari ni 2 orang tak datang sekolah, 2 orang termasuk sorang ahli baru, ponteng lagi, ada sorang yang tunjuk muka masam mencuka kat cikgu, tapi dah oklah sebab tak ponteng lagi. Yang tunjuk samsing ni, yang mencabar. diorang macam nak tunjuk bahawa diorang tah heranpun dengan hukuman yang cikgu disiplin bagi. kena gantung sekolah pun nanti tak heran kot. kena buangpun ape kesah, nanti minta semula sekolah yang sama. cikgu boleh buat ape. kreatif sungguh pemikiran diorang.
alangkah baiknya kalau tenaga dan kreativiti tu disalurkan kepada perkara yang baik. mesti hebat jadinya nanti orang-orang macam ni. tapi itu lah. kesian diorang ni, orang marah dikatanya orang benci. diorang lupa peribahasa, sayangkan anak, tangan2kan. itu maksudnya bukan setakat marah, kena penampau kali.
Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah - maksud hadis
"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan." Maksud Sabda Nabi SAW
MEMBACA AL-QURAN
Taknak baca sebab tak faham, sampai bila-bilapun takkan dibacalah, sebab terlalu sibuk dan tak cukup masa nak pergi belajar untuk faham. Oleh itu kan baik, bacaje walaupun tak faham, sekurang-kurangnya bila membaca Al-Quran seolah-olah seperti menimba air di sungai dengan raga yang kotor. Nampak macam kerja sia-sia, ambil air dengan raga, budak kecikpun tahu memang tak boleh punya. lama-kelamaan raga yang kotor-bolor menjadi bersih, samalah macam hati kita yang baca Al-Quran, lama-kelamaan hati yang hitam akan menjadi putih bersih. Insya Allah
Bimbingan & Kaunseling
Kadang-kadang meluahkan lebih baik dari memendam, Kadang-kadang berbicara dengan tinta boleh mengurangkan sengsara, Kadang-kadang apabila hati resah, yang mudah menjadi susah. Kalau hati sentiasa gembira, derita tidak terasa, hidup akan lebih ceria dan fikiran lebih terbuka.
HURAY
selepas majlis konvokesyen di UKM @ 2 hari sebelum anakku berangkat ke UIUC,USA
0 comments:
Catat Ulasan