CAHAYA KASIH

Aku miss tengok cerita "Nur Kasih" malam tadi, pagi ni buka internet tengok. Itulah hakikat hidup berkongsi yang sebenar. Hakikatnya ialah sukar bagi seseorang untuk berlaku adil dalam soal kasih dan sayang, sebab memang perasaan tak boleh dipaksa-paksa. Yang beruntung dan tersangatlah gumbiranya ialah orang yang dapat kasih sayang lebih. Yang dapat kurang tu memanglah tersangatlah sedihnya. Tapi memang Tuhan Maha Adil dan Saksama. Dia jua yang Maha Mengetahui Segala Apa yang ada dalam hati manusia. Selalu-selalulah dekatkan diri padaNya, Insya Allah akan dapat kegembiraan berganda dan tak terhingga. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, itu kan memang adat kehidupan yang telah dijanjikan Tuhan. Kalau buat jahat tapi dapat baik itulah ISTIDRAJ namanya.

DOAKAN KAMI BERTEMU JODOH YANG BAIK

Seronok bila dengar member nak gi menunaikan haji. Sayu dan hiba terasa bila teringat janji yang pernah dimetrai di hadapan Kaabah, bahawa "aku akan datang lagi". Insya Allah suatu hari nanti aku akan berkunjung lagi, ke rumahMu, Tuhanku. Yang akan pergi nanti kalau teringatkan kami, doakan kami di sini. Yang dah berumah tangga, moga terus kekal abadi dan bahagia, yang masih solo semoga bertemu jodoh yang sesuai, yang sakit moga sentiasa dikurnia kesihatan yang baik.

SARDIN GORENG

Padat dan sendat perpustakaan hari ni. Semua pelajar tingkatan 3 berpusu-pusu dan berebut-rebut masuk ke perpustakaan seolah-olah nak menyaksikan sebuah konsert. Kagumnya aku melihat mereka, tak cukup kerusi sanggup duduk di atas lantai.

Guru-guru yang lalu-lalang bertanya, "Ada ape?". Kujawab, "Tengah buat sardin goreng". Cikgu-cigku tu tersenyum dan menjengok ke dalam perpustakaan.

Memang macam sardin, namun semua pelajar seakan tenggelam dalam dunia buku di tangan masing-masing. Setiap 10 minit mereka mencatatkan sesuatu di atas sekeping kertas. Dan begitulah seterusnya selama hampir 2 jam. Pelajar-pelajar SMKIS memang hebat dan dasyat.

JAMUAN AKHIR TAHUN UNTUK SEMUA GBK MELAKA

TARIKH: 12 NOVEMBER 2009
MASA : 2 PETANG
TEMPAT: BOTANIKAL CAFE, BOTANIKAL GARDEN, AYER KEROH

AJK Majlis Jalinan Mesra GBK Melaka:- (9 November 2009 – Mesyuarat AJK )
Pengerusi : Tn. Hj Atan Bin Nordin
Naib Pengerusi : Datin Rafeah Hanim Bte Johari
Setiausaha / Jemputan : Pn. Normah Bte Abdullah
Penolong SU / Jemputan : Pn. Salina Bte Ahmad
Persiapan Tempat & Jamuan : Datin Rafeah Hanim Bte Johari, Pn. Azizah Bte Ahmad
Cenderamata : Pn Ng Gaik Lam, Pn. Norhayati Bte Ahmad, Pn. Norazlida
Dokumentasi : En. Isa, En. Ahmad Suhaizan Bin Pandak
Brosur & Kad Jemputan : En. Mohd Fadzli Bin Idrus
Pengacara Majlis : En Chan Chin Ho
Bacaan Doa : Us. Mohd Anuar Bin Mohd Sidek

ONE MALAYSIA

Dah dua tahun berturut-turut, aku kumpulkan semua salinan KP pelajar yang nak mohon IPTA, baik STPM mahupun SPM. Gi hantar kat BSN. Pastu kerani BSN tu kata biarlah pelajar datang beli sendiri, tak payah kumpul-kumpul macam ni. Nanti ambil masa yang lama. Maka tahun ni akupun bagi tau la kat budak2 SPM tu gi beli sendiri. Ada ke patut kerani BSN tu kata kat budak-budak tu, minta cikgu yang belikan. GERAMnya aku. Sabau normah, sabau. memang macamtulah manusia yang ada lidah. kalau tak ada lidah, tak boleh pulak dia cakap. Kalaulah aku rakam apa yang kerani-kerani BSN tu cakap dua tahun lepas, mahuje aku hebohkan 1 Malaysia. GERAMnya aku.

FARDHU KIFAYAH

Berdezzupp rotan menyiggah ke punggung 4 orang budak lelaki!!! Kalau tak malu, mahu menangis rasanya. Seorang bapa yang merotan kerana sayang, bila dewasa nanti jadi orang yang tinggi budi pekerti. Semuanya tidak boleh dapat percuma, mesti dengan harga yang cukup mahal, Ada kala perlu disepak, ada ketikanya perlu diteranjang, ada masanya perlu dipiat, dikutil, dicubit, dibagi penampau, dan macam-macam lagilah yang menunjukkan bahawa pendidikan sedang berlaku. Sesuai dengan peribahasa Melayu, "Sayangkan anak, tangan-tangankan". Namun kalau daripada 4 orang itu ada seorang yang sanggup tampil dan menjadi wakil, nescaya tak menyinggahlah rotan di punggung mereka berempat tu. Itulah fardhu kifayah namanya, peranan seorang boleh menyelamat yang lain daripada ditimpa bencana.

RAJINNYA!!!!!

3RK1 25 orang hadir, 3RK2 20 orang, 3RK3 24 orang, 3RK4 17 orang, 3KW1 25 orang, 3KW2 20 orang, 3KW3 25 orang dan 3KW4 15 orang. Rajinnya diaorang ni datang sekolah. Lebih dari 70% kehadiran pelajar Tingkatan 3 hari ni. Hebat dan Dasat!!!!. Tahun-tahun sebelum ni pernah kehadiran 18% sahaja. Itu tandanya program selepas PMR tahun ni berjaya menarik pelajar hadir ke sekolah. Minggu ni, program lawatan ke tempat buat pizza. Boleh masuk dapur, buat pizza sendiri dan makan, hanya 25 orang je yang pergi. Selebihnya main game di sekolah, Pelajar perempuan main petangue, pelajar lelaki main futsal. cuaca tersangatlah panasnya. yang tak bawa baju PJ pun main sakan, tak kira cuaca punyalah panas. Lepas rehat, main indoor game. Tapi banyak penontonlah dari pemain, sebab alat tak mencukupi. yang tak dapat main memang nampak boring. tapi oraitlah juga.

STRATEGIK

Bangun lewat hari ni. Kul 6.30 pagi, subuh lewatlah jawabnya. lepas sembahyang subuh, buat cucur sayur untuk sarapan suami. Aku memang jarang sarapan subuh-subuh macamtu. Kul 11 dia kata kena beri ceramah kat sekolah agama assyakirin. Ceramah LDP la tu agaknya. Aku pun ada kurus LDP kat sekolah. yang terakhir kot tahun 2009 ni. Minta suami hantar sebab tengahari nanti nak gi rumah mak melah. kenduri kahwin anak perempuan dia.

Mula-mula ceramah Kajian Tindakan, Puan Salwati Othman yang sampaikan. kali kedualah aku dapat dengar ceramah beliau. Bestnya. macam buat ulangkaji. Kajian Tindakan yang baik ialah apabila "tindakan" yang dilaksanakan ada "inovasi", dan tempoh masa terbaik untuk membuat kajian tindakan dari mula sampai tamat ialah 2 bulan. Refleksi berkisar Guru, Murid, Isi kandungan dan Persekitaran. Lepas tu bengkel perancangan strategik. Kelabu dan kelirunya aku. Peniruan yang sangat strategik. Tamat kul 12.30 tengahari. Suami datang amek kul 1.03 petang, terus balik rumah dan sembahyang zohor, tak sempatpun g rumah mak melah. aku janji ngan suami petang nanti balik dari Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru baru pergi. OKlah kata dia. Nasib baik cucur sayur pagi tadi ada lagi. Itulah je yang jadi makanan tengahhari dia, tapi dia kata kat sekolah assyakirin tadi dia dah makan nasi. Alhamdulillah.

Kul 1.30 petang gi Holiday Inn. Makan-makan. Mula-mula aku amek sandwich sepotong, rojak buah dua sudu, sayur tempe dua sudu, ayam goreng berempah seketul. Habis. Bangun lagi g amek biskut kering 1, biskut belanda gulung perasa strawbery 1, dan buah asam 1, semuanya disalutkan dengan coklat cair, cheese cake sepotong, sepotong pai daging dan sepotong roti macam piza. Habis. Bangun lagi gi amek pula ayam panggang sepotong (tak sedappun), ayam goreng berempah 2 ketul kecil, tempora 3 ketul. habis. Bangun lagi g amek cendol. tersangatlah manisnya sebab tercurah air gula melaka lebih. habis. last sekali g amek friut koktail. Air suam segelas selesai. Alhamdulillah.

Lepas tu gi Bintang Printing tengok dummy majalah sekolah. Dah kul 4.50 masatu, tumpang sembahyang asar kat situ. Kul 6.30 baru gi rumah mak melah. tak senonoh punya anak sedara, tapi takpelah juga janji datang walaupun dah petang. Dia nak hidang nasi, aku tak nak. Minum air sirap ngan kuih kek dan kuih bakar je. Bertambah sendat perut. Kat maghrib baru balik. Ternampak jiran tengah cabut rumput kat tepi rumah, tanya khabar anak perempuan yang pergi ke luar negara amek jurusan perubatan. MARA bagi 650 pound, duit sewa bilik dah 300 pound, makan 50 pound, tinggalllah sikit duit sara diri. memang sangat mahal. anak dia pergi dua hari sebelum hari raya, sedihnya.

PUJILAH KAMI.....!!!

Perhimpunan tak rasmi pagi ni. Seorang cikgu sains kata, janganlah marah bila mulakan ucapan, kan baik kalau puji dulu, dah kembang semua kena puji, bila kena marah taklah rasa down sangat. Aku setuju sangat dengan cikgu sainstu. Cikgu bertugas komen dan marah, GPKHEM komen dan marah dan ugut. GPK1 pun komen, marah dan ugut. Itulah hakikatnya, kita mudah mencari kesilapan daripada menyatakan kebaikan dan kehebatan. apatah lagi untuk menyatakan pujian. Kalau hati dah geram, macam mana nak bagi pujian, kejian sajalah yang sesuai. Hahh masa ni nak uji kewarasan dan keprofesionalisman seseorang. Semua cikgu dah belajar psikologi, tapi yang paling mudah digunakan ialah ugutlogi, sebab cuma guna lidah dan gigi, tak perlu guna seluruh pancaindera apatah lagi guna minda.

BENCINYA AKU DEWAN BERDENGUNG ITU

Taklimat MRSM, masa berbaki 40 minit, Taklimat SMT, masa berbaki 50 minit, hari ni taklimat SBP, 1 jam lagi ke pukul 2.00. Memang banyak yang boleh dibebelkan dalam masa 1 jam. Mikrofon kutangkap, aku mulakan bicara....
"Apa tujuan pelajar sekolah bercinta? Dah nak kahwin ke? Salahkah kalau remaja mula menganyam cinta? Tak salahpun, bercintalah, tapi mesti pandai jaga kesucian diri daripada ternoda oleh nafsu dik cinta melulu."
Aku perhatikan ada yang sangat tertarik dengan topik tersebut, namun ada sorang yang tak heranpun, boleh buat-buat tidur dalam kebisingan suara aku dalam dewan yang berdengung tu. Merdu sungguh suaraku rupanya hingga boleh menidurkan pelajar yang seorang ini. Terlalu terkenakah dengan dirinya atau tiada kena mengena langsung apa yang dibacarakan hari ini. "Tugas utama lelaki ialah melindungi perempuan, dayuslah lelaki itu kalau dia yang merosakkan dan menjahanamkan perempuan. Peranan utama perempuan ialah memelihara kesucian dan maruah diri, kerana perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik juga." Bla.... bla...bla.....blu...blu...blur...blur...blur..
Maksiat....Dosa.. Pahala..... Neraka....
Habislah satu jam aku berceloteh dalam dewan yang berdengung itu.

PUTERI TAK DILINDUNGI BULAN

Teringat aku sebuah cerpen karya Fatimah Busu. tentang 10 puteri tak dilindungi bulan, kalau nak baca cerpennya carilah dalam arkib Berita Harian. Kucatatkan dibawah ini puisi yang ada dalam cerpen tersebut:-




10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

BIODATA: Dr Fatimah Busu

PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), Antologi Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006).

MINGGU JOM BERCINTA GAGAL!!!!!!!!!!!!!!!!

Sedih..... hwaaaaaa.......... gagal program aku. gagal mentarbiah anak-anak didikku. akukah gagal atau mereka yang gagal. aku cadangkan bercinta biar suci, tak siapa pun boleh menghalang dua insan nak bercinta, cuma biarlah cinta itu suci, tahu menjaga maruah diri dan tahu malu, bukan ikut nafsu melulu. aku cadangkan bercinta biar dengan ilmu, jangan jadi dungu, membiarkan diri diratah ulat bulu. hwaaa.... akukah yang gagal atau mereka yang sengal. tapi aku sangat pasti aku tidak gagal, yang gagal ialah mereka dan keluarga mereka. hwaaaaaa........ Tuhanku, kau peliharalah diriku dan anak didikku dari segala kemaksiatan dan segala godaan syaitan. Hah, syaitan yang salah rupanya, aku, mereka dan keluarga mereka tak bersalah langsung, yang salah ialah syaitan. Jom kita belasah itu syaitan. Hiiihhhh, geramnya aku kepada semua syaitan itu.

CUTI

Cuti 4 hari sebab sambutan deepavali. hari jumaat mula cuti, tak ada ape-ape perancangan. duduk rumah, melayari internet, tengok tv. tertidur. bangun, masak, makan. huh boring. Suami gi kursus kat JB dari kahmis hingga sabtu. Menyesal tak ikut, tapi nak ikut cam mana, khamis pagi ada taklimat di Hotel Mahkota, petangnya ada mesyuarat di sekolah. Malam gi tidur rumah emak. Hari Ahad g kenduri rumah mantan pengetua kat merlimau sebab dia nak g haji. petang hantar anak arwah faridah balik ke asrama nyalas. hari ni suami g kerja. buang tahi ikan bilis kul 7.30 hingga kul 9.00 pagi. pas tu tengok tv, tak ada ape yang istimewa, cuma pesanan seorang pelakon di dalam rancangan "dunia wanita" kalau jadi wanita jangan lemah dan mudah patah semangat. habis yang bukan wanita camne? yang nak kata wanita bukan wanita, lelakipun bukan lelaki. patutlah diorang tak ada prinsip semangat waja macam wanita sebenar dan lelaki sebenar.

ISTIDRAJ








6.30 pagi, dengar ceramah ustaz zahazan di radio ikim. sambil masak nasi goreng. manusia menyangka dirinya hebat dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hingga lalai dan lupa kepada Allah. bila dah kaya lupa Tuhan, tapi sangka tuhan sayang dia. macam cerita seorang anak nakal yang dimarahi ibu ayah kerana nakkan sesuatu, walau dimarah dapat juga akhirnya, dapat bukan dengan penuh kasih sayang ibu ayah tapi dapat dengan penuh kemarahan dan kegeraman ibu ayah. hah tu lah contoh istidraj.
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ".


DEMI MASA

Demi masa,
sesungguhnya manusia kerugian,
melainkan yang beriman dan beramal soleh,
Demi masa,
sesungguhnya manusia kerugian,
melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.
Gunakan kesempatan yang masih diberi,
moga kita takkan menyesal.
masa usia kita jangan disiakan kerana ia takkan kembali.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:-
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

Tuesday, October 13, 2009

BERPERANG DENGAN LEMAK

















Ini yang dapat aku download daripada internet. Dia tulis orang putih lah pulak. Kalau tak paham, bukale kamus eh.

Almonds

These yummy nuts are high in alpha-linolenic acid, which can accelerate your metabolism of fats. In fact, dieters who ate 3 ounces of almonds daily slashed their weight and body-mass index by 18 percent, while those who skipped the nuts reduced both numbers less— just 11 percent—a study in the International Journal of Obesity revealed. Chomp almonds à la carte (limit yourself to 12 per serving to keep calories in check). I get a pack at Starbucks and nibble throughout my day. Or sprinkle them into a recipe such as Black Bean–Almond Pesto Chicken. Go nuts!

Berries
I tell my daughter, "These are nature's candy!" Turns out they're also your body's best friends. Strawberries, raspberries and other vitamin C–spiked fruit can supercharge your workout, helping you burn up to 30 percent more fat, research from Arizona State University at Mesa has found. If they're not in season, buy the little gems frozen in a bulk-sized bag so you'll always have them on hand to whip up a Berry Bliss Smoothie or Strawberry-Sunflower Pops, regardless of whether berries are in season.

Cinnamon
Adding 1/4 teaspoon to your plate may prevent an insulin spike—an uptick that tells your body to store fat. Sprinkle it on your morning cereal or coffee or on your yogurt in the A.M., or savor it in Apple-Cinnamon-Raisin Oatmeal.

Mustard
It's heaven on a soft pretzel, but mustard may also be a weight loss wonder. Turmeric, the spice that gives mustard its color, may slow the growth of fat tissues, a study in the journal Endocrinology finds. Use it on sandwiches instead of mayo, or sprinkle turmeric on cauliflower pre-roasting to give it a kick. Try it on tuna salad—I promise it adds zest.

Oranges
This citrus fruit, which contains fat-blasting compounds known as flavones, deserves to be your main squeeze. Women who ate the most flavones had a much lower increase in body fat over a 14-year period, a study in The American Journal of Clinical Nutrition notes. Eat oranges sliced or swig fresh OJ (including pulp!) to get the best benefit from the fruit.

Soybeans
Reason to toss a half cup on your salad? Soybeans are rich in choline, a compound that blocks the absorption of fat and breaks down fatty deposits. Oh, and they're addictively delish! But if breast cancer runs in your family, experts suggest you should talk to your doc before adding soy to your diet.

Sweet potatoes
The colorful spuds' high-fiber content means they keep your insulin steadier than their white sisters, which means less fat packed on your hips, research finds. Top a small baked tater with lowfat cottage cheese for a tempting side dish, or whip up Miso Soup With Sweet Potato Dumplings.

Swiss cheese
Calcium-rich foods reduce fat-producing enzymes and increase fat breakdown, and Swiss has more calcium than many of its cheesy peers. Choose the reduced-fat variety, such as Sargento. Slip it into your sandwich, put it on top of high-fiber crackers or use it for a healthier grilled cheese. Yum!

PEMERIKSAAN KESIHATAN















Pagi tadi pergi hospital Jasin. Ambil keputusan ujian gula yang dibuat sebelum bulan Ramadhan. Panjang lebar doktor bagi nasihat. Bacaan yang baik bila ujian gula dibuat sebelum makan ape-ape mesti kurang dari 5.9. Aku punya 6.3, tinggi lah tu. Bacaan kedua lepas minum air gula yang manis nak mampus tu 11.3 lepas tu minum sekali lagi dan bacaan terakhir menyelamatkan aku daripada diconfirmkan sebagai pesakit kencing manis. Alhamdulillah 4.3 je. Doktor kata bila makan, gula telah diproses dengan baik. Bila puasa kena jaga. Amalkan gaya hidup sihat. Makan makanan yang seimbang, kurang gula, kurangkan karbohidrat, bersenam, jalan laju ke ape-apelah, janji sihat. Baik doktor.
Pastu buat papsmear. malunya. tapi jururawat dan doktor memang profesional. Doktor kata aku okje. tak ade ape-ape masalah. Alhamdulillah.

KETAWALAH

Label:

HILANGKAN STRESS















Luangkan masa anda dengan melihat alam yang hijau. Berjalanlah melaluinya. Nikmatilah kedamaiannya dan rasakan nyamannya. Insya Allah, hilanglah stres anda.

Selasa, Oktober 13, 2009

KAJIAN TINDAKAN


8 Oktober 2009

Pagi tadi pergi menghadiri taklimat prosedur kemasukan ke IPTA 2010/2011 di Dewan Bestari, JPM. Kata pengarah datang kul 8.30 pagi, tak jadi sebab ada perhimpunan Jabatan. Dah tau ada perhimpunan dan dah biasapun kalau ada perhimpunan memang makan masa, tak payahlah buat aturcara bersama pengarah, teruskan sajalah dengan taklimat. Terasa terlalu banyak masa yang dibuang percuma. Geram jugak tapi itulah hakikatnya. Kita merancang, Tuhan yang menentukan, tapi takkan tiap kali nak salahkan takdir, kan Tuhan suruh kita usaha dan buat yang terbaik. janji kan wajib ditepati, dosa tau kalau mungkir janji. Hah sape nak tanggung tu.
Taklimat IPTA boleh tahanlah jugak, tapi taklimat Matrikulasi je yang rasa sungguh tidak memuaskan. Alangkah baik kalau yang beri taklimat tu orang dari KPM bahagian Matrikulsi sendiri. Guru-guru kaunseling Jasin dah resah. Dh kul 12.30 taklimat matrikulasi tak habis lagi. Kul 2 kena berkumpul di PPD Jasin, sebab ada kursus Kajian Tindakan di Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Jadi sorang demi sorang keluar, tapi aku sempatlah tunggu hingga pegawai baru memperkenalkan diri. Kan cantik kalau masa tunggu pengarah yang tak kunjung tiba tadi buat sesi memperkenalkan diri dan taklimat ringkas tentang perkhidmatan kaunseling. Anyway, Tahniah En. Muhammad Zulhijri!!!!. Orang muda pastinya penuh idea dan bersemangat waja. Kami sedia memberikan kerjasama. Insya Allah.

Kul 3.15 bertolak ke KL. Tiba di Hotel City Villa kul 6.30, huhh jalan jam di Kuala Lumpur. Malamnya mula kul 8. Hebat guru kaunseling Jasin, tak tau penat dan letih, terus mula kursus lepas makan malam tu. Kagumnya aku dengan Pn Salwati dari SMK Seri Mahkota yang telah berkongsi pengalaman tentang membuat Kajian Tindakan. JU Kebangsaan tu. Dah pernah bentang hasil kajiannya hingga ke peringkat antarabangsa. Wa tabik lu Pn Salwati, yang penuh dedikasi sebagai guru chemistry. Bukan nak puji tapi itulah hakikat nak jadi guru sebenar guru. Sentiasa Muhasabah Diri dan Memberikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Para Pelajar. Barulah kes pelajar ponteng kelas tak akan berlaku, sebab guru sentiasa mencuba pelbagai cara untuk membuat pengajaran menjadi menarik dan tidak membosankan. Kul 10.30 malam baru berhenti. Rasa macam tak puasje nak dengar lagi, termotivasi rasanya untuk buat kajian. Terimaksih Puan Salwati.

9 Oktober 2009
Turun sarapan kul 7 pagi. Ramai member dah mula sarapan. Kul 8.00 pagi masuk dewan kursus. Hazlin dah ada. Orang pertama tiba. Penuh semangat, syabas lin. Sambung slot Puan Salwati lagi, dia tunjuk contoh-contoh kajian tindakan yang pernah dibuat. Kata Puan Salwati, refleksi dibuat pada permulaan, semasa dan selepas kajian. Tajuk Kajian Tindakan mesti menyatakan masalahnya, tindakan atau ubatnya dan kumpulan sasarannya. Dah Faham. Insya Allah boleh buat. Lepas minum kul 10.30 pagi semua bersemangat memulakan kertas cadangan kajian tindakan. Kebanyakannya mendapatkan maklumat melalui soalan kaji selidik yang dah dibuat lebih awal di sekolah masing-masing. Kesian kumpulan yang tak cukup ahli, Kumpulan Zurinah, Rohana dan juga Kumpulan Tan Ai King. Dia orang buatlah sorang-sorangje. Takpe janji boleh tunjukkan hasil cadangan kajian yang nak dibuat nanti. Memang hebat Guru Kaunseling Jasin.
Kul 12.30 berhenti makan tengahari dan lepas tu guru lelaki pg sembahyang jumaat, yang perempuan jalan-jalan shopping. Kul; 3.30 petang sambung menaip lagi. Kul 4.30 berhenti, penyelaras bagi peluang gi shopping sebab esok dah nak balik.
Kul 8.00 malam ada jamuan hari raya. Kul 9.00 mula sambung menaip cadangan kajian tindakan. Dah kul 10.45 malam masih ada yang tak nak berhenti, dipaksa berhenti sebab pekerja hotel nak mengemas.

10 Oktober 2009
Kul 8 pagi, setiap kumpulan menyiapkan slide untuk sesi pembentangan.
Kul 10.30 pagi sesi pembentangan kertas cadangan kajian tindakan bermula. setiap kumpulan diberi masa 5 minit je untuk bentang apa yang telah diperolehi dari soal selidik yang dibuat. 9 tajuk yang dibentangkan ialah:-

1. Mengurangkan kadar ponteng sekolah di kalangan pelajar smk seri mahkota dan smk nyalas dengan kaedah agape love. 10.32 pagi – 10.38
2. Meningkatkan Sikap Mahu Bertanya Soalan Menggunakan Kaedah “SOSO” 10.39 – 10.44
3. Kaedah “DIR” Dalam Menangani Gejala Buli di SMK Jasin, SMK Jasin Dan SMK SDARY. 10.45 – 10.52
4. Kaedah LEMBAGA : Satu Kaedah Untuk Menangani Masalah Ponteng Kelas 10.53 – 10.59
5. Punca-Punca Masalah Pergaduhan Pelajar Sekolah Menengah 11.00 – 11.016
6. Mengatasi Masalah Vandalisme Melalui Kaedah Sekolahku Rumahku. 11.19 – 11.22
7. Menangani masalah bercinta melalui kaunseling kelompok. 11.23 – 11.30
8. “sayang anakku sayang – program khas mengurangkan pengambilan rokok di kalangan pelajar sekolah menengah menengah. 11.35 – 11.40
9. Mengatasi tabiat mencuri melalui kaedah NASA 11.43 – 11.48

Pengaruh Hasil Kajian Tindakan Puan Salwati yang bertajuk “Teknik COMEL”: Satu Kaedah Untuk Menguasai Sifat Kimia Sebatian Karbon, cukup terkesan.
Cuma Tajuk 5 macam bukan tajuk kajian tindakan je. takpelah baru belajar.
Tahniah !!!!!! semua Guru Kaunseling Jasin yang hadir.

TIPS PETAH BERBICARA
















MEMULAKAN UCAPAN
Gaya tersendiri
Berkeyakinan
Berjalan dengan tenang
Adakan hubungan dengan audiens
Tunjukkan Senyuman, ceria
Mulakan ucapan tanpa memandang nota
Mulakan dengan terimakasih kepada pengacara majlis
Perkenalkan diri, kumpulan
Nyatakan perasaan, harapan dan jangkaan terhadap pendengar

KETIKA UCAPAN
Nyatakan kerangka isi ucapan
Mulakan dengan isu hangat / isu semasa
Nyatakan betapa pentingnya audiens mendengar ucapan anda hari ini
Buat jenaka, sekali sekala
Ajukan soalan- kaitkan dengan pendengar
Gunakan kata-kata hikmat
Selitkan contoh, data dan statistik untuk menguatkan hujah anda
Nada suara
Perkatakan sesuatu mengenai majlis
Berklaitan dengan sejarahTunjukkan bahawa kita gemar berucap
Memuji pendengar dengan ikhlas

PENUTUP DAN RUMUSAN UCAPAN
Rumusan apa yang telah disampaikan
Selitkan mutiara kata
Harapan kepada audiens
Ucapan terima kasih pada penganjur
Ucapan terimakasih pada pendengar
Berjalan ketempat duduk dengan sopan dan bersemangat

PANTANG LARANG BERUCAP
Elakkan ungkapan seperti berikut:
“Terlebih dahulu saya minta maaf kalau …”
“Sepatutnya orang lain membentang, tetapi kerana orang itu pergi ke IPTA ..
Ehh..!! “Saya sebenarnya tak pandai berucap..”
Saya tidak bercadang untuk bercakap hari ini.
Inilah kali pertama saya bercakap
Saya hanyalah bidan terjun..
Minta maaf kerana tertinggal nota

ELAKKAN SEMASA BERUCAP
Bergayut pada rostrum
Berdiri senget,
Menenggek
Berpeluk tubuh,
tangan dalam poket ,
pergerakkan melampau
Terlalu banyak bergerak
Menggaru,
gosok hidung,
patah jari,
menggaru misai/janggut,
memperbetulkan pakaian, rambut, menggaru kepala ,
bermain lidah / bibir
Bermain dengan alatan menulis
Kerap menyelakkan nota

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Hari Konvokesyen UTeM - Tahun 2006
Dari kiri, Farihin, adik Ipah yang bongsu, ayah Ipah, Talib Bin Che Lah, yang pakai jubah Konvo tu Ipah, belakang Ipah, Amirul, adik lelaki, sebelah Ipah emak, Rohaya @ Jaayah Bte Dolah dan kakak Ipah, Nor Azrina. Yang jadi cameraman, kaklong, Bazlin.

Zaripah, itulah nama yang diberi oleh ayah dan ibu. Masa kecil-kecil dulu orang usik dia dengan panggilan zirafah. He he he, jangan marah Ipah. Ipah dulu bersekolah di SK Terantang, Jasin, Melaka. Keputusan UPSR taklah sehebat kawan-kawan lain. Ipah cuma dapat 1A, 2B dan 2C je. Ipah masuk SMK Iskandar ShaH, Jasin, Melaka, tingkatan 1 hingga 5. PMR dapat 3A, 3B 1C dan 1D dan SPM dapat 2A, 5 Kepujian dan 2 subjek setakat lulus. Kemudian Ipah dapat masuk Matrikulasi Pulau Pinang ambilan kedua. Ipah memang pelajar biasa, yang mempunyai usaha yang luar biasa. Ipah berpeluang menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah di UTeM, Melaka dalam bidang Kejuruteraan Eletronik. Alhamdulillah sekarang dah bekerja di Syarikat MRE di Shah Alam. Insya Allah akhir tahun 2009 akan mengakhiri zaman bujangnya. Tahniah Ipah. Mak Mah kagum di atas usaha gigihmu.

Label:

THE WINNERS VS THE LOSERS
















The winner is part of the answer;
The loser is always a part of the problem.
The winner always has a plan;
The loser always has an excuse.
The winner says ‘let me do it for you’;
The loser says ‘that’s not my jobs’.
The winner sees an answer in every problem;
The loser sees a problem in every answer.
The winner sees a green near every sandtrap;
The loser sees a sandtrap near every green.
The winner says ‘it may be difficult but it’s possible’;
The loser says ‘it’s may be possible, but it’s difficult’.

HITAM PUTIH KEHIDUPAN SENDIRI YANG MENENTUKAN



















Lihatlah sekitar alam dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana sini beburung riang menyanyi
Bebunga aneka warna sumber kedamaian jiwa
Ku syukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan untukmu
anak tersayang
Hitam putih masa depan
Sendiri yang menentukan
Hidup ini usah persiakan

Jom Bercinta 2009

Bercinta biar suci.

Isnin, Oktober 12, 2009

MENGGAPAI AWAN 2008



















Label:

AKTIVITI TAHUN 2009
















Program Kecemerlangan Tingkatan 4 telah diadakan di Dewan SMKIS pada 4 Julai 2009.
Pembelajaran Koperatif dengan menggunakan strategi STAD.

Tahniah kepada semua pelajar yang hadir.


Label:

Isnin, Julai 10, 2006

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Salam sejahtera,
Kepada semua pengunjung amnya dan para pelajar SMKIS khasnya,

Anda bahagia?
Anda derita?
Apa saja........
Andalah yang menentukannya.
posted by Normah @ 10:14 PM

Monday, October 12, 2009

RAYA DAH SELAMAT































Sunday, October 11, 2009

PEMBELAJARAN KOPERATIF

MENINGKATKAN KECEMERLANGAN MURID SECARA MENYELURUH MENGGUNAKAN STRATEGI STAD
Oleh :
Normah Abdullah
Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah
77000 Jasin, Melaka

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam Peperiksaan PMR 2009 secara menyeluruh. Kajian ini melibatkan 112 orang murid tingkatan 3 Kelas Rancangan Khas dan 131 orang murid tingkatan 3 Kelas Kawalan. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan ujian pengesanan bulan Mac, peperiksaan pertengahan tahun dan ujian pengesanan bulan Julai 2009. Daripada analisis ketiga-tiga ujian tersebut memberikan gambaran bahawa wujudnya jurang yang sangat ketara di antara murid yang memperolehi markah tertinggi dan murid yang memperolehi markah terendah dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Geografi dalam kedua-dua kumpulan pelajar tersebut. Kaedah pembelajaran Koperatif dengan menggunakan strategi STAD telah didedahkan kepada semua guru yang terlibat. Diharapkan dengan kaedah ini dapat merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid dalam peperiksaan PMR 2009 nanti.

KURSUS KAJIAN TINDAKAN


Bersama Puan Salwati, JU Kajian Tindakan Kebangsaan. Cenderamata tanda penghargaan disampaikan oleh Tn Hj. Zaki bin Baki, Pengerusi MGK Daerah Jasin.




















Di bilik seminar, hotel city villa.
Guru-guru kaunseling Daerah Jasin.
8 - 10 Oktober 2009.

Guru Kaunseling Daerah Jasin Mengorak Langkah....

Tahniah kepada semua Guru Kaunseling Daerah Jasin kerana telah berjaya mengikuti kursus Kajian Tindakan yang telah diadakan di Hotel City Villa, Kuala Lumpur, dari 8 hingga 10 Oktober 2009. Kesudian Pn Salwati, JU Kajian Tindkan Kebangsaan, untuk berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada semua guru kaunseling Jasin, amat bermakna, dan sangat dihargai. Komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua guru kaunseling sepanjang kursus. 9 tajuk telah berjaya dicadangkan pada hari terakhir kursus. En. Yusof Ahmad, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin telah berkesempatan menyempurnakan majlis penutup kursus. Turut hadir ialah En. Masud Marzuki, pegawai Latihan Dalam Perkhidmatan, PPD Jasin.

WUDUK

Semalam satu soalan diajukan kepadaku oleh seorang teman ketika ngeteh di kedai farah. "Kalau orang takde rambut macam mana dia nak sapu rambut dia masa ambil wuduk?"
Setahu aku tak ada la pulak kena sapu rambut, sapu kepala adalah, nanti aku check dalam buku Ismail Kamus "Indahnya Hidup Bersyariat".
Hari ni akupun tengoklah buku Ismail Kamus tu. Hah kan dah betul, Bab Solat, muka surat 75, Fardu Wuduk:- 1. Niat 2. Membasuh muka 3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku 4. Menyapu sedikit air di bahagian kepala (Memadailah dengan menyapu sedikit sahaja air ke atas mana-mana bahagian kepala. Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca: "Ya Allah, tutupilah akan daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku keberkatan Engkau, naungilah akan daku di bawah naungan Arasy Engkau pada hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau.") 5. Membasuh kaki hingga dua buku lali dan akhir sekali yang ke 6. Tertib iaitu didahulukan mengikut giliran yang ditentukan. Ikut nombor 1 hingga 5 tu lah.

JOBSMALAYSIA

Hari ni g taklimat jobsmalaysia di hotel mahkota. kul 9.30 pendaftaran. kul 10 mula. anjuran KSM, Jabatan Tenaga Kerja. Best. banyak maklumat dapat, nasib baik pgi, sape tak pegi memang rugi.
taklimat tamat kul 1.05 minit. makan . kul 2 balik tumpang kaunselor Kolej komuniti Jasin, sakinah namanya.
kul 2.30 tiba rumah. sembahyang zohor. g sekolah ada mesyuarat guru kali ketiga untuk tahun 2009 ni. kul 4.58 mesyuarat habis. bilik yang sangat panas dan tidak kondusif. rasanya banyak yang tidak mendengar daripada mendengar.


KEKENYANGAN















jamuan makan di St Meredian, Melaka. RM24.00 seorang. PIBG yang bayar. lunch/hi tea. untuk pelajar2 yang telah mencapai kejayaan dalam kokurikulum pada peringkat negeri dan berjaya menjadi wakil ke peringkat kebangsaan. alhamdulillah.
Aku tumpang sekaki sebab pengetua tak datang dan pn hamidah, gpk1 minta tolong teman. bab makan mana boleh tolak.
mula-mula makan popia 2 keping dan waffle suku dan air oren segelas. kemudian amek pula mee jawa yang rasanya macam mee kari, nasib baik guna mangkuk sup, taklah banyak sangat. pastu amek pula bebola sotong 2 ketul dan udang goreng tepung 6 ketul kot. tak ada sos. gi amek sos popia. doremon buatkan rojak petis. makan rojak sepiring, ada timun, mangga muda, sengkuang, nanas, jambu batu. kemudian gi amek buah tembikai susu 3 potong, tembikai merah2 potong, kuih abuk-abuk yang dikukus dalam talam dan dipotong2, aku amek sepotong dan sepotong kuih pulut campur kacang merah, entah ape namanya akupun tak tahu. habis. gi amek cendol semangkuk kecil. habis. last sekali makan tembikai susu lagi septong, tembikai merah sepotong dan sepotong buah betik. alhamdulillah. kenyang.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.