BENCINYA AKU DEWAN BERDENGUNG ITU

Taklimat MRSM, masa berbaki 40 minit, Taklimat SMT, masa berbaki 50 minit, hari ni taklimat SBP, 1 jam lagi ke pukul 2.00. Memang banyak yang boleh dibebelkan dalam masa 1 jam. Mikrofon kutangkap, aku mulakan bicara....
"Apa tujuan pelajar sekolah bercinta? Dah nak kahwin ke? Salahkah kalau remaja mula menganyam cinta? Tak salahpun, bercintalah, tapi mesti pandai jaga kesucian diri daripada ternoda oleh nafsu dik cinta melulu."
Aku perhatikan ada yang sangat tertarik dengan topik tersebut, namun ada sorang yang tak heranpun, boleh buat-buat tidur dalam kebisingan suara aku dalam dewan yang berdengung tu. Merdu sungguh suaraku rupanya hingga boleh menidurkan pelajar yang seorang ini. Terlalu terkenakah dengan dirinya atau tiada kena mengena langsung apa yang dibacarakan hari ini. "Tugas utama lelaki ialah melindungi perempuan, dayuslah lelaki itu kalau dia yang merosakkan dan menjahanamkan perempuan. Peranan utama perempuan ialah memelihara kesucian dan maruah diri, kerana perempuan yang baik ialah untuk lelaki yang baik juga." Bla.... bla...bla.....blu...blu...blur...blur...blur..
Maksiat....Dosa.. Pahala..... Neraka....
Habislah satu jam aku berceloteh dalam dewan yang berdengung itu.

1 comments:

Tanpa Nama

agak lambatlah ceramah mrsm ke sbpi tu untuk pelajar pmr sbb masa nak memohon dah tamat kot.lebih baik buat aktiviti yang buat pelajar suka nak pergi sekolah w/pun dah habis exam spt sukan indoor .perlawanan catur ke.main muzik ke atau

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.