Bubur lambuk
Ya Allah, Inilah anak2 muridku. Umur baru 13 tahun, baru 5 bulan menjejakkan kaki ke sekolah menengah, kebebasan hakiki sudah diberi oleh emak dan ayah. Apa tidaknya. Ayah tidak lagi menghantar atau menjemput ke sekolah seperti waktu sekolah rendah. Semua diurus sendiri dan diberi kepercayaan penuh oleh ibu dan ayah. Kebebasan yang diberi buat mereka lupa diri rupanya. Mereka tertawan oleh keasyikan hubungan berlawan jantina. Mereka sudah berjinak-jinak terhadap tingkah laku sex. Mereka sudah pandai bersms lucah kerana mereka sudah punya handset yang dibelikan oleh ibu dan ayah. Mereka sudah pandai berjanji untuk membuat pertemuan sulit. Cakap dengan ibu ayah nak ke perpustakaan awam, bukan untuk membaca seperti saranan kerajaan, tapi rupa2nya bercumbu2an dan berpeleseran di dalam perpustakaan. Siapa nak disalahkan ya?
Hah kaunselor, buatlah sesuatu supaya gejala tidak berleluasa. Nak buat ape ye? Panggil Polis bagi ceramah? Biar polis tunjukkan statistik betapa ramainya remaja terjebak dengan dengan sex bebas? buang bayi? jadi pelacur? dan macam2 lagi? Untuk ape? sekadar melihat statistik?
Atau panggil Doktor Kesihatan bagi ceramah? Untuk ape? Sekadar melihat kesan dan akibat pergaulan bebas? HIV? AIDS? siflis? dan pelbagai penyakit STD. Berapa ramai yang terkesan?
Atau panggil Pegawai Pencegah Maksiat dari Jabatan Agama? Ceramah tentang dosa? tentang noda? Tentang hukuman? Herankah mereka?
Nasi sudah jadi bubur. Itulah yang kerap diberikan pada kita. Tapi tak apelah, kalau pandai mengolah, bubur nasi itu boleh jadi bubur lambuk yang sangat sedap macam bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru, di Kuala Lumpur. Yang pasti tak boleh buat ape2 ialah bila bubur nasi itu sudah basi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan