Ke Lapan2 (8) perkara ini kalau aku cintainya lebih dari aku mencintai Allah dan Rasul, aku tergolong dalam kumpulan orang yang fasik (derhaka).
1. ayah
2. anak
3. saudara
4. suami
5. keluarga
6. harta-benda
7. perniagaan/pekerjaan
8. rumah
Aku memang cinta dan sayangkan semua itu, tapi taklah sampai aku melupakan Allah dan Rasul. Ya ke? Jap, aku check.
Fasik tu maksudnya jahat, yakni orang2 yang melakukan perkara2 yang terkeluar dari batas hukum syarak dan keluar dari tabiat dan adat kebiasaan yang baik, menuju kepada kerosakan dan kebinasaan. Hah aku tengok dalam dalam buku Tafsir Al-Quran oleh Ahmad Sonhadji Mohamad, diterbitkan pada tahun 1992, Pustaka Al-Mizan, Kuala Lumpur.
Aku sayang dunia lebih dari agamaku sendiri, .....macam betul je..... Aku tak ambil kisahpun apa2 yang berlaku sekeliling aku. Janji aku ada kerja, ada rumah, ada suami, ada anak, ada saudara dan keluarga, aku jaga dengan baik ibu aku, aku sentiasa doakan ayahku dipelihara di alam sana, aku ada sebuah rumah kat Selangor dan sebuah lagi ada kat Melaka. .............
Aku tak kisahpun tentang kajian yang menunjukkan bahawa setiap 17 minit ada seorang anak tak sah taraf didaftarkan di jabatan pendaftaran negara. Ada kena mengena dengan aku ke benda tu? Diaorang yang tak pandai jaga diri, lantakla. Orang kata jangan pergi Jom Heboh, nak pergi juga, hah tulah padahnya. Orang dah kata jangan sibuk nak sambut malam merdeka, nak sambut juga, hah tulah bahananya. Orang dah suruh sembahyang, tak nak juga sembahyang. Hah rasakan lah bila Tuhan tak beri perlindungan dan diri jadi mangsa manusia bernafsu binatang. padanlah muka!!! Derhakakah aku kerana tak ambil pusing semua itu?
Ampunkan aku ya Allah.......Tunjukkanlah padaku bagaimana untuk aku berjihad di jalanMu.
0 comments:
Catat Ulasan