Laksam

Aku berjaya buat laksam hari ni. Sebelum solat subuh dah keluarkan ikan tenggiri dari peti sejuk. Kul 7.30 rebus ikan. lepas tu terus tenggek kukus, mendidihkan air. Bancuh 1/2 kampit tepung beras dengan 1 sudu tepung gandum. Buang tulang ikan, tumbuk. Lepas tu tumbuk lada hitam, bawang merah dan sedikit halia. Aku masak kuah laksam, sambil kukus tepung beras tadi atas tudung periuk. Mula2 keras sikit kot, dia pecah bila gulung. tebal sangat kot. aku tambah sikit air. dah cair lah pulak. pastu tambah sikit tepung gandum. jadi. seronok gulung dan potong2. untuk ulam, aku hiris timun, lobak dan kacang panjang. taugeh yang aku beli semalam busuklah pulak, tak jadi masuk taugeh. punyalah lama aku masak, pukul 8.45 baru siap. tapi oklah. taklah suami kata masak pagi tapi makan tengahari. lain kali boleh buat lagi. makanan yang cukup lengkap, ada protin, kaborhidrat, serat, mineral dan juga vitamin. aku suka sebab suami suka.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.