Ibu dan ayah yang bijaksana
Pagi ini aku betul2 sedih dan kecewa. 11 orang boleh sembahyang, tapi tak mau sembahyang. Aku paksa, maka sembahyanglah mereka dalam keterpaksaan. 11 orang lagi mengaku belum mandi wajib, aku kerahkan mereka mandi dan sembahyang. Mereka akur dalam keterpaksaan.
Memang aku yang salah, tak pandai menelah. Aku kira semua orang faham apa yang sering ustaz perkatakan. Sembahyang itu tiang agama. Amalan pertama yang akan dihisab di padang mahsyar nanti ialah sembahyang. Kanak2 tadika kata, "sape tak sembahyang masuk neraka". Alhamdulillah, itulah juga ajaran ibu dan ayahku. Aku faham dan aku buat. Waktu kecil dan remajaku, ayah akan marah kalau tak sembahyang. Jadi bila aku dah jadi ibu, aku juga ikut seperti ayah dan ibuku buat padaku sewaktu aku kecil dulu. Aku marah kalau anakku tak sembahyang. Aku beli rotan bila umurnya 10 tahun. Alhamdulillah, rotan itu tetap tergantung di tepi dinding. Tak pernah sekalipun rotan itu singgah di tubuh anakku, kerana dia juga akur seperti aku akur pada ayah dan ibuku dulu. Dia anak yang baik dan taat seperti aku juga (he he he masuk bakul, angkat sendirila tu)
Aku kira semua orangpun faham dan akan buat suruhan Tuhan itu. Aku kira tak akan ada orang yang buat2 tak tahu dan tak mahu buat iaitu engkar perintah dan suruhanNYA. Tak rasional betul aku ni. Kalau semua orang ok, taklah Tuhan kata ada Neraka dan ada Syurga. Moga kau tempatkan aku di syurgaMu ya Allah, sesungguhnya aku tak sanggup menanggung siksa nerakaMu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan