RAJINNYA!!!!!

3RK1 25 orang hadir, 3RK2 20 orang, 3RK3 24 orang, 3RK4 17 orang, 3KW1 25 orang, 3KW2 20 orang, 3KW3 25 orang dan 3KW4 15 orang. Rajinnya diaorang ni datang sekolah. Lebih dari 70% kehadiran pelajar Tingkatan 3 hari ni. Hebat dan Dasat!!!!. Tahun-tahun sebelum ni pernah kehadiran 18% sahaja. Itu tandanya program selepas PMR tahun ni berjaya menarik pelajar hadir ke sekolah. Minggu ni, program lawatan ke tempat buat pizza. Boleh masuk dapur, buat pizza sendiri dan makan, hanya 25 orang je yang pergi. Selebihnya main game di sekolah, Pelajar perempuan main petangue, pelajar lelaki main futsal. cuaca tersangatlah panasnya. yang tak bawa baju PJ pun main sakan, tak kira cuaca punyalah panas. Lepas rehat, main indoor game. Tapi banyak penontonlah dari pemain, sebab alat tak mencukupi. yang tak dapat main memang nampak boring. tapi oraitlah juga.

2 comments:

Tanpa Nama

haha~ sy adlh diantare 30% yg x dtg !!!

Tanpa Nama

aaik!!!!! awak juga yang cadang buat indoor game, tapi tak datang pulak, dah memang dasar kuat memonteng, program memontenglah paling berjaya sebenarnya.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.