Lepas Maghrib tadi pergi Jaya Jusco dengan suami dan anak bujangku. Jumpalah dengan mesen penimbang berat, check BP ngan lemak. Foooh. Cuti sebulan ni, macam dipam-pam pulak badan.
Dari 53 kg dah naik 57.3 kg. Tinggi 146.5 cm. Jadi BMI 26.7. Berat badan ideal antara 40 kg hingga 53 kg je dengan BMI antara 19 hingga 25. Body Fat Index pulak 42.9% dengan Mass Body Fat 24.6 kg. Ideal Body Fat 18 hingga 27% dan Ideal Body Fat Mass antara 10.3 - 15.5 kg je. Padan muka, makan lagi banyak-banyak, senamannya tidak.
BP pula 116 / 58 mmHg dan pulse rate 69 / ppm. normal Blood Pressure Less then 150 / 90. Jadi aku punya BP normallah tu.
Huuh, tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu. Kalau tidak semakin bertambah lagi nanti. Terkejut doktor yang merawat aku nanti. Dia dah suruh turunkan berat badan, aku termenaikkan pulak.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Ipah dahpun selamat diijab-kabulkan dengan teruna pilihan hati. Gumbiranya dia bukan kepalang. Majlis pernikahan dibuat di Masjid Ansarul Sunnah, Kg. Terentang. Ipah menanti di rumah dengan penuh debaran. Dia tidak boleh naik ke masjid kerana hukum menyatakan demikian. Daripada dia kena menanti di kaki lima masjid, baik dia menanti di rumah dengan penuh terhormat. Pak Uda yang pergi mendapatkan tanda-tangan persetujuannya untuk dinikahkan. Sepupunya, Muhammad Afiq, sempat merakamkan detik dia menanda-tangani borang persetujuan pernikahannya. Pengantin lelaki dan ahli keluarga yang lain menunggu di masjid. Dia hanya dapat mendengar khutbah dan upacara akad nikahnya melalui handphone. Tepat jam 10.30 pagi, 9 Muharram 1431 Hijri bersamaan 26 Disember 2009, rasmilah Ipah jadi Isteri kepada Muhammad Amir Syafiq. Alhamdulillah.
Cuaca cukup baik pada hari tersebut. Semuanya belangsung dengan baik. Siap dengan pukulan kompang, walaupun pasukan kompang tiba tersangatlah lewat dari masa yang ditetapkan. Pengantin dah siap makan, baru pasukan kompang tiba. Akhirnya jadi persembahan kompang sajalah, bukan menyambut dan mengiringi ketibaan pengantin seperti selalunya. OK lah tu, majlis jadi meriah. Timingpun cantik, kompang berhenti sebelum azan Zohor berkumandang. Alhamdulillah. Tidaklah sibuk berkompang ketika azan zohor, berebut-rebut dengan syaitan yang lari lintang-pukang bila dengar azan. Semoga Ipah jadi isteri solehah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
PENYAKIT MISTERI
Tangan kanannya mulai lemah, berjalan puntang-panting. Dulu sering mengadu sakit kepala. Lehernya tak boleh dipusing, kalau menoleh seluruh badannya akan dipusingkan, dah macam robot. Dua kali dibawa kepada tukang urut. Ketika diurut, ternganga-nganga mulutnya menahan sakit, namun dia langsung tidak menangis.
Kaki kanannya semakin lemah, dan selipar yang dipakai sering tercabut, tapak kaki kanannya tidak melekap betul seperti biasa, dia perlu dipimpin bila berjalan. Dia dibawa berjumpa doktor yang memeriksa penyakit melalui mata. Doktor kata anak mata kanannya besar. Terdapat dua tanda bengkak di atas kepalanya, mungkin ada terjatuh, tapi dia tak pernah mengadu. Doktor kata penyakitnya pelik, seakan nak terkena strok, macam penyakit orang tua, padahal dia baru berumur 7 tahun. Doktor beri ubat untuk urut kepala dan juga ubat makan. Seminggu lagi datang untuk doktor lihat perubahan.
Apa yang misterinya ialah bila dipasang kaset mengaji di radio semasa dalam kereta, dia tiba-tiba akan menangis dan mengadu sakit tangan kanannya. Bila ditutup dia berhenti menangis.

PEWARIS BUMI
Tiga ciri pewaris bumi. Ketiga-tiga ciri ni mesti bagus dan cemerlang. Kalau tak cemerlang ketiga-tiga ciri ini tak layak hidup kat muka bumi ni. 1. Aqidah 2. Syariah 3. Akhlak. Itu yang ustaz dalam rancangan halaqah, episod 100 cakap.
HIKMAH
Cadangnya nak bertolak pukul 6.30 ke KLIA, sudahnya pukul 7.30 pagi baru bergerak. Ain Nazihah dan Abdullah Azzam dah resah menanti. Manalah pak uda dan makmah tak sampai-sampai lagi ni. Begitulah selalunya, hikmahnya Tuhan saja yang tahu, kenapa lambat atau cepat.
Tiba di KLIA pukul 9.30 pagi. Flight Afiq dah pun tiba pukul 9.24 pagi tadi. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, akhirnya pukul 10.30 pagi baru muncul anakanda kesayangan. Berpeluk ciumlah ayah dan anak, ibu dan anak. Ain dan Abdulla pun turut tersengih-sengih memandang. Lambat sebab beg tak tiba, rupa-rupanya beg tertinggal dan tak ikut kapal terbang yang sama. esok mungkin tiba. Insya Allah. Adalah hikmahnya tu. Tuhan saja yang tahu.
Pukul 2.30 petang mesti berada di Bilik Kesidang, taklimat Penempatan Pelajar KRK Tingkatan 1 2010. Tiba 25 minit lewat, Cik Hjh. Julia sedang menyampaikan taklimat. Tahun ni, SMKIS dapat 109 orang pelajar RK, 70 bakal ditempatkan di asrama puteri. 12 orang pelajar RK sukan.
Pelajar yang nak semak samada berjaya atau tidak ditempatkan di Kelas Tingkatan 1RK boleh melayari laman web SPIM, JPM..... Apahal laman web SPIM??? bukan laman web JPM????? Tahniah SPIM JPM..... Adalah hikmahnya tu. Tuhan saja yang tahu.
Selesai taklimat terus pergi ke sekolah sekejap, ambil surat menyurat, dah seminggu tak menjenguk pigeon hole. Esok kena pergi MITC pulak, ada perasmian Karnival Kerjaya anjuran SPA. Kena contact budak-budak SMKIS yang dah habis sekolah, nantilah malam aku contact, boleh rujuk SMM yang ada dalam labtop aku tu.

SEDONDON
Enam jemputan kahwin hari ni dapat dipenuhi. Misi nak keluar rumah pukul 11 pagi gagal, 30 minit lewat. Tapi tak pe, visi tetap diteruskan. Aku pakai baju batik biru, sedondon dengan suami. Orang yang mengenali kami, selalu mengusik dan akan tersenyum memandang bila kami pakai baju sama, tersengih2lah aku dan suami, suka. Paling tidak dapatlah sedeqah senyum hari tu. Bukan susah nak suruh orang senyum. Tak kesahlah apepun jenis senyuman yang dipamerkan, sumbing ke, sinis ke, ikhlas ke, tak ikhlas ke, janji mereka tetap melemparkan senyuman dan kami suka membalasnya. Kata2 yang diberi, "wah ... sehati sejiwa nampak" , merupakan doa buat kami. Ameen.
Mula2 gi rumah kak enab, lepas tu rumah adnan kat BB Jasin, kemudian terus ke Spg kerayong, rumah mantan tukang masak asrama sis, dua orang anaknya kahwin sekaligus, kemudian gi umah maklang tijah, anak arwah tok Jamil, adik beradik dengan arwah atok aku Taha. Hujan lebat masa kat spg kerayong. Dengan kain yang dah basah pergi rumah mak lang tijah. Ada dua lagi jemputan, satu di jalan sena taman maju dan satu lagi di tambak paya. Suami kata jom kita balik rumah dulu, sembahyang zohor, baru sambung. OK...
Tiba rumah pukul 1.30 tgh, sempatlah aku basuh kain yang dah kotor-bolor kena becak. basuh sekerat je, sebab nak pakai semula. lepas sembahyang, gosok kain dan pakai semula. berasap2 bila kain basah kena gosok. Pergilah rumah orang kahwin di taman maju, rumah arwah cikgu Harun Maakip, duduk semeja dengan ustaz salleh dan isteri. Selesai di Taman Maju terus ke Tambak Paya, rumah staff PPD Jasin. Hujan turun lagi masa kami sampai di rumah Norhana. Sempat dihiburkan oleh dua orang Makcik yang berjoget mengikut rentak lagu yang dikumandang oleh DJ. Rupa2nya kedua2 orang makcik tu melatah. Kesian makciktu diusik begitu. Mesti penat dan letih.
Pukul 4 tiba rumah semula, hujan dah mula turun lagi ketika di tambak paya. musim hujan. mudah2an minggu depan masa ipah kahwin hari tak hujan.

IS OK
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita nak rasa kecik hati, maka kecik hatilah kita. kita nak rasa geram dan marah, maka geram dan marahlah yang kita dapat. kita menyampah, maka menyampahlah kita. kita kata kita frust, makan frustlah kita. kalau kita kata is ok. maka oklah kita.
Memanglah bila kita kecewa, kita akan rasa sedih. Tipulah namanya kalau kita tak rasa sedih bila mengahadapi kekecewaan. Gilalah namanya kalau kecewa kita ketawa. Sebab itulah kita kena sentiasa faham perasaan kita sendiri pada setiap detik dan saat, agar kita tak gila dan sewel. Bila kita faham apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku, kita akan jadi manusia yang lebih siuman. Kita tak malu untuk menangis, tapi bukanlah hingga buta macam cerita P. Ramlee yang kehilangan isteri.

HIJRAH
Setiap kali tiba tahun baru, setiap kali itulah buat azam baru. Azam nak lebih baik dari tahun sebelumnya. Semua orang macam tu. Kalau ada yang nak lebih buruk dari sebelumnya, memang gila lah tu.
Tahun ni aku berazam nak khatam Quran tiap-tiap bulan. Tahun sebelum ni hanya tunggu bulan Ramadhan barulah khatam. Aku dah kira dah, setiap juzuk ada lebih kurang 20 muka surat. Jumlah semua ada 604 muka surat. Ini bermakna aku mesti baca sekurang-kurangnya 4 muka surat setiap kali lepas solat fardhu. Kalau tak sempat kena cari masa lain. Setiap hari mesti dapat peruntukkan sekurang-kurangnya 1 jam. Bermakna setiap kali lepas solat aku cuma perlu peruntukkan masa lebih kurang 12 minitje untuk baca minimum 4 muka surat. Kalu ada masa lebih dapatlah baca lebih, paling tidak dapat cover masa yang tak sempat nanti. Insya Allah, mesti boleh. Tengok tv setiap hari, berjam-jam boleh, ini cuma 1 jam je atau 12 minit je sebanyak 5 kali sehari. Mesti boleh.....

RUMAH TANGGA BAHAGIA
Macam mana yang dikatakan bahagia. Banyak duit? Tak juga. Ada orang yang tak punya banyak duit, tapi nampak ok je. bahagia je nampaknya. Banyak anak? Tak juga. ada orang bertahun-tahun kahwin, tak dapat anak, nampak ok je, happy je. Rumah besar? Boleh la kot. tapi ada juga yang rumah dia tak besar pun, tapi tetap maintain bahagia je. Kereta bagus. Oklah kot. habis tu yang ada basikal je tu nampak happy jugak, malah badan sihat walafiat kerana mengayuh basikal adalah senaman yang sangat menyihatkan badan. seribu kali lebih baik daripada orang yang ada kereta bagus tapi banyak penyakit.
Aku teringat seorang ustaz kata dalam ceramah di radio. tak ingat bila, tapi radio IKIM lah. Empat perkara yang memberikan kegembiraan seseorang bernama manusia:- pertama Rumah Besar, kedua Kenderaan yang selesa, ketiga Pekerjaan yang bagus dan keempat Pasangan yang baik. Kalau tak silap macam tulah ustaz tu kata.
Pada pendapat aku memang perlulah rumah besau, patutlah gejala maksiat, sumbang mahram berlaku sebab rumah kecik sangat. kalau rumah pangsa di KL tu, ada yang 1 bilik je. patutlah tak berapa bahagia. anak-anak, nak cari tempat selesa, terpaksa melepak di pasaraya, taman-taman dan sebagainya. jadi macam-macam gejala sosiallah berlaku, hanya kerana rumah kecik sangat. Jadi nasihat aku pada lelaki-lelaki yang dah jadi suami atau yang bakal menjadi suami, pastikan rumah besau disediakan untuk isteri dan anak-anak. Kalau terkahwin dengan perempuan kaya dan dah ada rumah besau, selesailah sikit satu masalah, itupun kalau perempuan tu redhalah, kalau tidak, lu pikir lah sendiri wahai lelaki.
Kenapa ya kenderaan yang selesa menjamin kebahagiaan? Kan memang selesa bawa anak isteri dengan kenderaan sendiri, banyak masa dapat dijimatkan, dan bertambah kemesraan keluarga bila duduk dalam satu kereta. itu pendapat aku yang tak berapa bodoh ni lah.
Pekerjaan yang bagus juga menjamin kebahagiaan seseorang. Bagus tu maksudnya, seseorang tu sangat gembira dan seronok dengan kerjayanya selagi kerjayanya itu tidak menyusahkan orang lain, contohnya merompak dan yang sewaktu dengannyalah.
Pasangan yang baik juga menjamin kebahagiaan seseorang. Sebab tu Nabi kita suruh kita pilih yang ada agama, walaupun itu merupakan pilihan keempat selepas, paras rupa, harta benda dan keturunan. Orang yang tak ada agama ni, biasanya dia pakai kepala otak dia je bila buat sesuatu tindakan atau keputusan. sebab tu lah rumah tangga boleh porak peranda, suami tak tahu tanggung jawab, isteri boleh menduakan suami dan macam-macamlah lagi yang memusnahkan kerukunan rumah tangga.
Paling penting pada aku ialah peranan isteri. Bahagia atau sebaliknya terletak di tangan isteri. Sebab kalau ikutkan sirah, kenapa Nabi Adam dan Hawa terlontar keluar dari Syurga??? sebab Hawa kan!!!!!

BUKU CATATAN
Lama juga tak menulis. Ingatkan bila cuti lagi banyak boleh menulis. Rupa-rupanya bila cuti, minda pun turut bercuti. Hilang mood untuk berbicara. Lebih-lebih lagi bila kerja lain yang diuruskan. Kemas rumah, pergi shopping, jalan-jalan cari makan, membaca novel, dan macam-macamlah lagi. Sebenaunya banyak yang boleh ditulis, tapi semuanya dalam kepala je. Bila tak dicatat, hilanglah dia ditelan masa walaupun tak berapa minit berlalu. Lepas ni kena ada buku catatan lah gamaknya. Barulah idea tak hilang macam tu saja. Bila idea datang je, terus capai buku catatan, tulis ape yang timbul dalam minda, kalau itu pun malas juga. tak taulah nak kata ape. pi mai pi mai tang tu jugak la.
BILA ILMU TIDAK CUKUP DI DADA
Berita TV3 malam tadi melaporkan seorang bekas atlet negara, pelumba basikal, ramli namanya, disabitkan kesalahan memiliki dadah lebih dari 4kg. hukumannya digantung sampai mati. Ish ish ish, kasihannya. mesti dah ada anak isteri tu. kesiannya anak2 dan isteri dia.....
Siapa yang harus dipersalahkan!!! dia nak hidup mewah juga macam orang lain. dia pernah berjasa pada negara, tapi apa yang negara bagi kat dia. dia hanya dapat medal dan tercatatlah namanya dalam sejarah sukan negara. itu saja. dengan berbekalkan medal itu tidak menjanjikan kemewahan untuk dia. hidup perlu diteruskan dan yang diperolehi hanya kemiskinan. suatu ketika dulu, dia sibuk latihan sukan, ada kemungkinan kelulusan akademik tak setinggi mana, kalau tidak mesti dah ada kerja yang baik dan tak perlulah dia cari jalan pintas untuk kaya. memang tak berbaloi dia berusaha gigih suatu masa dahulu untuk mengharumkan nama negara, tapi akhirnya dia dilupakan dan terkapai-kapai sendirian untuk meneruskan kehidupan yang maha mencabar ini. memang tak berbaloi.....

PETUA NAK JADI KAYA
Sempat tengok Al Kuliyah petang ni tadi, tajuk dia belanja sakan. doktor kewangan pn hjh rohani salah seorang ahli penalnya. dan sorang lagi ustaz yang sentiasa cool aje, aku lupalah pulak namanya. ustaz tu kata di akhir rancangan kalau nak jadi kaya senang je, TAQWA.......
Pn Rohani cadangkan agar pelaburan dibuat dari muda lagi, dan moleknya dalam jangka masa yang panjang, contohnya 20 - 30 tahun. contohnya mula kerja umur 25 tahun, jadi kalau melabur dalam masa 20 tahun, umur 45 tahun dah dapatlah pulangan. semakin lama kerja tentu semakin bertambah gaji, jadi boleh tambahlah juga pelaburan. jadi tidak mustahillah boleh dapat dekat rm150 ribu kalau bermula dengan rm100 pada tahun pertama, kemudian setiap tahun tambah rm50. apa yang penting ialah istiqamah, dan pastikan melabur pada tempat yang halal.
formula nak tahu kita kaya ke tidak pun diberi oleh pn rohani. formulanya senang je. jumlahkan berapa simpanan yang kita ada dan bahagikan dengan jumlah perbelanjaan kita pada satu-satu bulan tu. kalau positif oklah tu, tapi kalau negatif, tu tanda-tanda perlu sangat berhati-hati supaya tak jatuh muflis, terutama kepada pemegang kad kreditla tu, sebab biasanya orang2 yang ada kad ni lah yang selalu berlagak kaya, tapi sebenaunya pape kedana. apa ke tidaknya, dah tahu duit tak ada, tapi belanja melebihi pendapatan. punca utamanya hanyalah NAFSU semata-mata. sebab itulah ustaz kata kalau kita TAQWA, Insya Allah, semua masalah dapat diatasi, dan kehidupan akan sentiasa bahagia dan mencukupi.

JB YANG TAK KUKENALI
Baru je balik dari JB, menginap di tropical Inn. 3 hari 2 malam. Boleh tahan la jugak, much better dari city villa di KL, walaupun konsepnya sama, hotel budjet. sebenaunya ikut suami menghadiri mesyuarat KPM. daripada kena tinggal sorang-sorang di rumah lebih baik ikut. dapat bilik mengadap selat teberau. paling best boleh nampak jelas bila matahari terbit. macam keluar dari laut je matahari tu. petang semalam sempat pergi ronda2 JB, konon2 nak carilah MPTI, kini IPTI, maktab aku dulu. oleh kerana tak pandai jalan, tak jumpa pun. yang jumpa jb waterfront, ramai orang tengah memancing. tak pelah lain kali datang lagi, bawa peta sekali. sekarang dah ada JB central. cantik gak. terminal bas larkin macam dulula juga, tak banyak beza. nampak angsana, tak singgah pun. lepas makan malam ingatkan nak pergi city square, sekerat jalan tak jadi, sebab terasa nak buang air kecil la pulak, patah balik naik hotel. nak cari tandas kat city squre tu nanti entah berapa lama baru jumpa.
SUATU HARI DI CITY VILLA
Bangun pagi ni dah berada di City Villa. He he macam magic la pulak. sebenaunya semalam petang aku sampai kat City Villa ni, suami aku ada kurus kat sini. suami aku kata ni hotel rakyat. nak pergi hotel macam tak nampak pintu masuknya, kelilingnya penuh gerai jualan. kalau nak membeli belah tudung2, baju2, permaianan kanak2, mudah je, keluarje pintu hotel dah jumpa. yang tengah kursus kalau boring2, keluar rehat jap boleh gi membeli belah. jangan belah langsung dari dewan kurus dah le. kalau sape masuk dewan kurus dengan membimbit beg palastik, itu tandanya baru lepas menangani stresslah tu.
Lepas subuh tadi sempatlah skype dengan anak kesayangan. tempat dia baru je nak masuk maghrib, kul 7 terbit matahari, kul 4 lebih dah terbenam. kalau bulan puasa best kot. tapi yang tak tahan sejuk ajelah, kata semakin sejuk semakin lapau perut jadinya. dia mula exam hari jumaat ni, dan tamat 18 haribulan nanti. esoknya 19 haribulan terus balik kampung.
Hotel ni, aircond tak boleh dikawal sendiri. jadi punyalah sejuk. berbalut selimut la 24 jam. baju tebal tak bawa. tahan ajelah sejuknya. kalau musim panas boleh tahanlah juga, ini musim hujan, bertambahlah kesejukannya. Cerek masak air tak ada, kopi, teh, susu dan gulapun tak ade. kalau nak air panas kena minta. adalah pekerja hotel bawakan air panas, isilah dalam termos flask. memang sangat menjimatkan elekrtik. bagus juga. membazir itu amalam syaitan.

TEMPAT MENGADU
Apapun yang berlaku dalam kehidupan, tempat paling best nak mengadu ialah pada Allah. Dia maha mendengar lagi maha mengetahui, dia maha pengasih lagi maha penyayang, dan dialah segala-galanya. Bila dah mengadu padanya, kita akan rasa sangat lega dan ringan dari segala bebanan. padaNYA kita tak akan terasa malu, padaNYA kita akan terasa syahdu dan sayu. air mata boleh menitik bila kita kemukakan pengaduan padaNYA. kita akan sangat pasti kerana padaNYAlah tempat kita mohon pertolongan, tiada yang lebih berhak dari NYA. sebabtu kalau nak buat pengaduan padaNYA kita kena pilih masa yang sesuai, masa yang semua orang sedang lena dibuai mimpi, tiada hiruk pikuk bunyi entah apa2, suasana nyaman dan hening.
HADIAH PERKAHWINAN
Aku tumpang gembira bila dapat tahu anak saudaraku dapat tawaran Jurutera Elektronik. Gaji permulaan RM2088.00. Wow dasyat tu, aku dulu mula2 keluar maktab perguruan starting gaji tak sampai RM400. Tahniah Ipah, hadiah perkahwinan yang cukup mahal la ni kan. 26 Disember ni kahwin. Kerja tetap pun dah dapat. selama ini dia kerja di syarikat swasta, gaji RM2000 tanpa elaun2 lain dan kemudahn2 lain. Ini kerja dengan Kementerian Kesihatan. kalau campur imbuhan tetap perumahan, elaun khidmat awam, cola dan elaun2 lain lagi, dekat-dekat lah RM3000 sebulan boleh dapat. Nak sambung belajar lagi pun dah mudah. Bolehlah beli rumah lepas ni. Bestnya. Alhamdulillah!!!!
Rezeki Tuhan yang bagi. Bersyukurlah kita di atas pemberianNYA. Susah payah belajar masa di UTeM dulu, sampai menangis-nangis sebab member sekumpulan buat perangai tak nak bantu buat assignment, akhirnya membuahkan kejayaan yang cukup manis. Itulah nikmat kesungguhan dan kerajinan. memang berbaloi. kan pepatah melayu kata, usaha tangga kejayaan. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. syukurlah. itu belum lagi cerita susah payahnya masa belajau di matrikulasi pulau pinang sebagai pelajar ambilan kedua. mana nak sama dengan student ambilan pertama, yang hebat-hebat dan dasyat-dasyat. member sebilik dapat 4 flat, dia dapat cukup2 makan je. Kalau putus asa di pertengahan pendakian tak mungkin sampai ke puncak kejayaan. Tahniah sekali lagi Ipah. Tak sia-sialah duduk dengan pak uda dan makmah masa tingkatan 1 hingga 5 di kuaters guru SMKIS. Budak SMKIS memang hebat.

CHICAGO - HOUSTON - SINGAPORE - KLIA
Berlepas dari chicago airport 19/12/09, sabtu, 10.15 pagi. tiba di houston airport kul 1.06 petang dan berlepas dari houston ke singapore 4.45 petang hari yang sama. tiba di singapore changi airport kul 5.55 pagi isnin, 21/12/2009. dari changi ke KLIA kul 8.35 pagi dan dijangka tiba di KLIA kul 9.30 pagi isnin tu. huhuh mesti sakit badan duduk dalam kapal terbang. Ayah dia kenalah amek cuti hari isnin tu nanti.
Itu jadual penerbangan anakku untuk cuti akhir tahun ni. cuti pertengahan tahun hari tu dia tak balik sebab selsema babi tengah betul2 kecoh masa tu. satu bulan je dia cuti, tapi sempatlah menghadiri kenduri kahwin kakak sepupunya zaripah pada 26 disember 2009 ini nanti. akhir-akhir ni dia rajin pergi gym. nampak macam dah tegap sikitlah badan yang kurus melidi suatu waktu dulu. dulu suruh minum susu "gain eight" untuk gemukkan sikit badan tu, beli satu tin, minum sekalije, akhirnya dibuang ke tong sampahje susu tu. memang tak sedap pun rasanya. kalau makan nasi boleh tahan banyak, tapi makannya sekali je lah satu hari. orang boleh makan macam2 dalam masa satu hari, dia tak heranpun. suruh rasapun tak nak. tapi macam ayah dia jugaklah, metabolisme tinggi sangat kot, makan apepun tak jadi lemak, sebab tu tak gemuk2. aku juga yang bertambah naik berat badan. doktor dah kata dah nak masuk tahap obes. kena kurangkan 10 kg. banyak tu, 1 kg pun payah benau rasanya nak buang. kenlah disiplin diri nampaknya, tapi perut ni asyik lapau je.

BERBULAN MADU DI KUALA LUMPUR
4 hari aku tak menulis. ikut suami mesyuarat di KL. Tak best betul hotel KL International tu. WiFi dia RM6 sejam. Cekik darah betul. Kalau City Villa, boleh tahanlah jugak, baru RM20 untuk 24 jam. Lepas sembahyang subuh tadi balik. Sarapan pagi kat R & R Seremban. Ingatkan pagi2 orang tak ramai, aku lupa rupanya hari sabtu, semua orang ambil peluang bertolak pagi untuk ke destinasi masing-masing. Dah beli makanan dengan kopi dan teh, nak cari tempat duduk punyalah payah, full house. akhirnya dengan muka tak malu gi tumpang duduk kat sorang pakcik yang tengah makan nasi lemak sambil baca The New Straits Times. Suamiku tanya boleh tumpang duduk, takkan dia nak kata tak boleh, dengan muka kelat dia anggok je lah. aku buat2 manis mulut ada orang ke kerusi ni, dia pun jawab, ada lagi sorang je, dia pun toleh kat kawan dia, tengah beli air. aku dan suami pun duduklah makan. sempatlah berkenalan, cuma tak tanya nama, dia dari perak nak gi pasir gudang jemput anaknya.
Hari ni ada dua rumah orang kahwin kena pergi, satu kawan lama masa sekolah menengah dulu, fauziah bujang, yang keja kat JPM, satu lagi anak murid aku di SMKIS, noraini idris, satu lagi member suami, guru besau katanya. siap2kan jelah angpaunya.
Duduk memerap dalam bilik hotel, nasib baik bawa bekal novel-novel yang kupinjam dari anak saudara. sempatlah habiskan 4 buah daripada 7 buah yang kubawa, naik keneneng gak kepala membacanya. berhenti sembahyang, makan dan buang air kecik je, suami mensyuarat kul 8 pagi hingga 11 malam. nak tengok tv pun bukan ada cerita yang best, vision four menayangkan cerita yang berulang-ulang dari pagi sampai petang. boring.
Aku kalau dah baca novel, memang menghayati dengan penuh perasaan, kalau sedih memang menangis, kalau gembira, memang ketawa dan tersenyum2lah aku sorang-sorang. dapatlah kurangkan stress menanti suami habis mensyuarat. cuma macam aku pernah kata sebelum ni, kalau yang menulis tu memang orang yang kuat imannya, penulisannya pun memang memandu kita ke arah memantapkan aqidah dan keimanan, mendidik kita macam mana nak jadi insan sebenar2 insan. daripada 4 buah buku yang aku baca tu, ada sebuah yang aku rasa tak berapa best. watak2 perempuan digambarkan tidak menutup aurat, rambut diwarnakan, tapi punyalah pujian diberikan ke atas baiknya budi bahasa, sopan santunnya pada orng tua dan macam2 lagi gambaran yang baik untuk heroin dan hero cerita. baik ke apa kalau suruhan Tuhan tak dipatuhi, laranganNya tak dijauhi. Untuk remaja yang masih mencari identiti diri, contoh-contoh dalam novel macam nilah yang dijadikan panduan dan teladan. tak ke rosak mereka nanti, kalau panduan dan teladan yang salah yang mereka perolehi.

Langgan:
Catatan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.