
Itu jadual penerbangan anakku untuk cuti akhir tahun ni. cuti pertengahan tahun hari tu dia tak balik sebab selsema babi tengah betul2 kecoh masa tu. satu bulan je dia cuti, tapi sempatlah menghadiri kenduri kahwin kakak sepupunya zaripah pada 26 disember 2009 ini nanti. akhir-akhir ni dia rajin pergi gym. nampak macam dah tegap sikitlah badan yang kurus melidi suatu waktu dulu. dulu suruh minum susu "gain eight" untuk gemukkan sikit badan tu, beli satu tin, minum sekalije, akhirnya dibuang ke tong sampahje susu tu. memang tak sedap pun rasanya. kalau makan nasi boleh tahan banyak, tapi makannya sekali je lah satu hari. orang boleh makan macam2 dalam masa satu hari, dia tak heranpun. suruh rasapun tak nak. tapi macam ayah dia jugaklah, metabolisme tinggi sangat kot, makan apepun tak jadi lemak, sebab tu tak gemuk2. aku juga yang bertambah naik berat badan. doktor dah kata dah nak masuk tahap obes. kena kurangkan 10 kg. banyak tu, 1 kg pun payah benau rasanya nak buang. kenlah disiplin diri nampaknya, tapi perut ni asyik lapau je.
0 comments:
Catat Ulasan