4 hari aku tak menulis. ikut suami mesyuarat di KL. Tak best betul hotel KL International tu. WiFi dia RM6 sejam. Cekik darah betul. Kalau City Villa, boleh tahanlah jugak, baru RM20 untuk 24 jam. Lepas sembahyang subuh tadi balik. Sarapan pagi kat R & R Seremban. Ingatkan pagi2 orang tak ramai, aku lupa rupanya hari sabtu, semua orang ambil peluang bertolak pagi untuk ke destinasi masing-masing. Dah beli makanan dengan kopi dan teh, nak cari tempat duduk punyalah payah, full house. akhirnya dengan muka tak malu gi tumpang duduk kat sorang pakcik yang tengah makan nasi lemak sambil baca The New Straits Times. Suamiku tanya boleh tumpang duduk, takkan dia nak kata tak boleh, dengan muka kelat dia anggok je lah. aku buat2 manis mulut ada orang ke kerusi ni, dia pun jawab, ada lagi sorang je, dia pun toleh kat kawan dia, tengah beli air. aku dan suami pun duduklah makan. sempatlah berkenalan, cuma tak tanya nama, dia dari perak nak gi pasir gudang jemput anaknya.
Hari ni ada dua rumah orang kahwin kena pergi, satu kawan lama masa sekolah menengah dulu, fauziah bujang, yang keja kat JPM, satu lagi anak murid aku di SMKIS, noraini idris, satu lagi member suami, guru besau katanya. siap2kan jelah angpaunya.
Duduk memerap dalam bilik hotel, nasib baik bawa bekal novel-novel yang kupinjam dari anak saudara. sempatlah habiskan 4 buah daripada 7 buah yang kubawa, naik keneneng gak kepala membacanya. berhenti sembahyang, makan dan buang air kecik je, suami mensyuarat kul 8 pagi hingga 11 malam. nak tengok tv pun bukan ada cerita yang best, vision four menayangkan cerita yang berulang-ulang dari pagi sampai petang. boring.
Aku kalau dah baca novel, memang menghayati dengan penuh perasaan, kalau sedih memang menangis, kalau gembira, memang ketawa dan tersenyum2lah aku sorang-sorang. dapatlah kurangkan stress menanti suami habis mensyuarat. cuma macam aku pernah kata sebelum ni, kalau yang menulis tu memang orang yang kuat imannya, penulisannya pun memang memandu kita ke arah memantapkan aqidah dan keimanan, mendidik kita macam mana nak jadi insan sebenar2 insan. daripada 4 buah buku yang aku baca tu, ada sebuah yang aku rasa tak berapa best. watak2 perempuan digambarkan tidak menutup aurat, rambut diwarnakan, tapi punyalah pujian diberikan ke atas baiknya budi bahasa, sopan santunnya pada orng tua dan macam2 lagi gambaran yang baik untuk heroin dan hero cerita. baik ke apa kalau suruhan Tuhan tak dipatuhi, laranganNya tak dijauhi. Untuk remaja yang masih mencari identiti diri, contoh-contoh dalam novel macam nilah yang dijadikan panduan dan teladan. tak ke rosak mereka nanti, kalau panduan dan teladan yang salah yang mereka perolehi.
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan