BILA ILMU TIDAK CUKUP DI DADA

Berita TV3 malam tadi melaporkan seorang bekas atlet negara, pelumba basikal, ramli namanya, disabitkan kesalahan memiliki dadah lebih dari 4kg. hukumannya digantung sampai mati. Ish ish ish, kasihannya. mesti dah ada anak isteri tu. kesiannya anak2 dan isteri dia.....

Siapa yang harus dipersalahkan!!! dia nak hidup mewah juga macam orang lain. dia pernah berjasa pada negara, tapi apa yang negara bagi kat dia. dia hanya dapat medal dan tercatatlah namanya dalam sejarah sukan negara. itu saja. dengan berbekalkan medal itu tidak menjanjikan kemewahan untuk dia. hidup perlu diteruskan dan yang diperolehi hanya kemiskinan. suatu ketika dulu, dia sibuk latihan sukan, ada kemungkinan kelulusan akademik tak setinggi mana, kalau tidak mesti dah ada kerja yang baik dan tak perlulah dia cari jalan pintas untuk kaya. memang tak berbaloi dia berusaha gigih suatu masa dahulu untuk mengharumkan nama negara, tapi akhirnya dia dilupakan dan terkapai-kapai sendirian untuk meneruskan kehidupan yang maha mencabar ini. memang tak berbaloi.....

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.