SELAMAT PENGANTIN BARU






Ipah dahpun selamat diijab-kabulkan dengan teruna pilihan hati. Gumbiranya dia bukan kepalang. Majlis pernikahan dibuat di Masjid Ansarul Sunnah, Kg. Terentang. Ipah menanti di rumah dengan penuh debaran. Dia tidak boleh naik ke masjid kerana hukum menyatakan demikian. Daripada dia kena menanti di kaki lima masjid, baik dia menanti di rumah dengan penuh terhormat. Pak Uda yang pergi mendapatkan tanda-tangan persetujuannya untuk dinikahkan. Sepupunya, Muhammad Afiq, sempat merakamkan detik dia menanda-tangani borang persetujuan pernikahannya. Pengantin lelaki dan ahli keluarga yang lain menunggu di masjid. Dia hanya dapat mendengar khutbah dan upacara akad nikahnya melalui handphone. Tepat jam 10.30 pagi, 9 Muharram 1431 Hijri bersamaan 26 Disember 2009, rasmilah Ipah jadi Isteri kepada Muhammad Amir Syafiq. Alhamdulillah.

Cuaca cukup baik pada hari tersebut. Semuanya belangsung dengan baik. Siap dengan pukulan kompang, walaupun pasukan kompang tiba tersangatlah lewat dari masa yang ditetapkan. Pengantin dah siap makan, baru pasukan kompang tiba. Akhirnya jadi persembahan kompang sajalah, bukan menyambut dan mengiringi ketibaan pengantin seperti selalunya. OK lah tu, majlis jadi meriah. Timingpun cantik, kompang berhenti sebelum azan Zohor berkumandang. Alhamdulillah. Tidaklah sibuk berkompang ketika azan zohor, berebut-rebut dengan syaitan yang lari lintang-pukang bila dengar azan. Semoga Ipah jadi isteri solehah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.


0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.