PETUA NAK JADI KAYA

Sempat tengok Al Kuliyah petang ni tadi, tajuk dia belanja sakan. doktor kewangan pn hjh rohani salah seorang ahli penalnya. dan sorang lagi ustaz yang sentiasa cool aje, aku lupalah pulak namanya. ustaz tu kata di akhir rancangan kalau nak jadi kaya senang je, TAQWA.......

Pn Rohani cadangkan agar pelaburan dibuat dari muda lagi, dan moleknya dalam jangka masa yang panjang, contohnya 20 - 30 tahun. contohnya mula kerja umur 25 tahun, jadi kalau melabur dalam masa 20 tahun, umur 45 tahun dah dapatlah pulangan. semakin lama kerja tentu semakin bertambah gaji, jadi boleh tambahlah juga pelaburan. jadi tidak mustahillah boleh dapat dekat rm150 ribu kalau bermula dengan rm100 pada tahun pertama, kemudian setiap tahun tambah rm50. apa yang penting ialah istiqamah, dan pastikan melabur pada tempat yang halal.

formula nak tahu kita kaya ke tidak pun diberi oleh pn rohani. formulanya senang je. jumlahkan berapa simpanan yang kita ada dan bahagikan dengan jumlah perbelanjaan kita pada satu-satu bulan tu. kalau positif oklah tu, tapi kalau negatif, tu tanda-tanda perlu sangat berhati-hati supaya tak jatuh muflis, terutama kepada pemegang kad kreditla tu, sebab biasanya orang2 yang ada kad ni lah yang selalu berlagak kaya, tapi sebenaunya pape kedana. apa ke tidaknya, dah tahu duit tak ada, tapi belanja melebihi pendapatan. punca utamanya hanyalah NAFSU semata-mata. sebab itulah ustaz kata kalau kita TAQWA, Insya Allah, semua masalah dapat diatasi, dan kehidupan akan sentiasa bahagia dan mencukupi.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.