Macam mana yang dikatakan bahagia. Banyak duit? Tak juga. Ada orang yang tak punya banyak duit, tapi nampak ok je. bahagia je nampaknya. Banyak anak? Tak juga. ada orang bertahun-tahun kahwin, tak dapat anak, nampak ok je, happy je. Rumah besar? Boleh la kot. tapi ada juga yang rumah dia tak besar pun, tapi tetap maintain bahagia je. Kereta bagus. Oklah kot. habis tu yang ada basikal je tu nampak happy jugak, malah badan sihat walafiat kerana mengayuh basikal adalah senaman yang sangat menyihatkan badan. seribu kali lebih baik daripada orang yang ada kereta bagus tapi banyak penyakit.
Aku teringat seorang ustaz kata dalam ceramah di radio. tak ingat bila, tapi radio IKIM lah. Empat perkara yang memberikan kegembiraan seseorang bernama manusia:- pertama Rumah Besar, kedua Kenderaan yang selesa, ketiga Pekerjaan yang bagus dan keempat Pasangan yang baik. Kalau tak silap macam tulah ustaz tu kata.
Pada pendapat aku memang perlulah rumah besau, patutlah gejala maksiat, sumbang mahram berlaku sebab rumah kecik sangat. kalau rumah pangsa di KL tu, ada yang 1 bilik je. patutlah tak berapa bahagia. anak-anak, nak cari tempat selesa, terpaksa melepak di pasaraya, taman-taman dan sebagainya. jadi macam-macam gejala sosiallah berlaku, hanya kerana rumah kecik sangat. Jadi nasihat aku pada lelaki-lelaki yang dah jadi suami atau yang bakal menjadi suami, pastikan rumah besau disediakan untuk isteri dan anak-anak. Kalau terkahwin dengan perempuan kaya dan dah ada rumah besau, selesailah sikit satu masalah, itupun kalau perempuan tu redhalah, kalau tidak, lu pikir lah sendiri wahai lelaki.
Kenapa ya kenderaan yang selesa menjamin kebahagiaan? Kan memang selesa bawa anak isteri dengan kenderaan sendiri, banyak masa dapat dijimatkan, dan bertambah kemesraan keluarga bila duduk dalam satu kereta. itu pendapat aku yang tak berapa bodoh ni lah.
Pekerjaan yang bagus juga menjamin kebahagiaan seseorang. Bagus tu maksudnya, seseorang tu sangat gembira dan seronok dengan kerjayanya selagi kerjayanya itu tidak menyusahkan orang lain, contohnya merompak dan yang sewaktu dengannyalah.
Pasangan yang baik juga menjamin kebahagiaan seseorang. Sebab tu Nabi kita suruh kita pilih yang ada agama, walaupun itu merupakan pilihan keempat selepas, paras rupa, harta benda dan keturunan. Orang yang tak ada agama ni, biasanya dia pakai kepala otak dia je bila buat sesuatu tindakan atau keputusan. sebab tu lah rumah tangga boleh porak peranda, suami tak tahu tanggung jawab, isteri boleh menduakan suami dan macam-macamlah lagi yang memusnahkan kerukunan rumah tangga.
Paling penting pada aku ialah peranan isteri. Bahagia atau sebaliknya terletak di tangan isteri. Sebab kalau ikutkan sirah, kenapa Nabi Adam dan Hawa terlontar keluar dari Syurga??? sebab Hawa kan!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan