HIKMAH

Cadangnya nak bertolak pukul 6.30 ke KLIA, sudahnya pukul 7.30 pagi baru bergerak. Ain Nazihah dan Abdullah Azzam dah resah menanti. Manalah pak uda dan makmah tak sampai-sampai lagi ni. Begitulah selalunya, hikmahnya Tuhan saja yang tahu, kenapa lambat atau cepat.

Tiba di KLIA pukul 9.30 pagi. Flight Afiq dah pun tiba pukul 9.24 pagi tadi. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, akhirnya pukul 10.30 pagi baru muncul anakanda kesayangan. Berpeluk ciumlah ayah dan anak, ibu dan anak. Ain dan Abdulla pun turut tersengih-sengih memandang. Lambat sebab beg tak tiba, rupa-rupanya beg tertinggal dan tak ikut kapal terbang yang sama. esok mungkin tiba. Insya Allah. Adalah hikmahnya tu. Tuhan saja yang tahu.

Pukul 2.30 petang mesti berada di Bilik Kesidang, taklimat Penempatan Pelajar KRK Tingkatan 1 2010. Tiba 25 minit lewat, Cik Hjh. Julia sedang menyampaikan taklimat. Tahun ni, SMKIS dapat 109 orang pelajar RK, 70 bakal ditempatkan di asrama puteri. 12 orang pelajar RK sukan.

Pelajar yang nak semak samada berjaya atau tidak ditempatkan di Kelas Tingkatan 1RK boleh melayari laman web SPIM, JPM..... Apahal laman web SPIM??? bukan laman web JPM????? Tahniah SPIM JPM..... Adalah hikmahnya tu. Tuhan saja yang tahu.

Selesai taklimat terus pergi ke sekolah sekejap, ambil surat menyurat, dah seminggu tak menjenguk pigeon hole. Esok kena pergi MITC pulak, ada perasmian Karnival Kerjaya anjuran SPA. Kena contact budak-budak SMKIS yang dah habis sekolah, nantilah malam aku contact, boleh rujuk SMM yang ada dalam labtop aku tu.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.