SUATU HARI DI CITY VILLA

Bangun pagi ni dah berada di City Villa. He he macam magic la pulak. sebenaunya semalam petang aku sampai kat City Villa ni, suami aku ada kurus kat sini. suami aku kata ni hotel rakyat. nak pergi hotel macam tak nampak pintu masuknya, kelilingnya penuh gerai jualan. kalau nak membeli belah tudung2, baju2, permaianan kanak2, mudah je, keluarje pintu hotel dah jumpa. yang tengah kursus kalau boring2, keluar rehat jap boleh gi membeli belah. jangan belah langsung dari dewan kurus dah le. kalau sape masuk dewan kurus dengan membimbit beg palastik, itu tandanya baru lepas menangani stresslah tu.

Lepas subuh tadi sempatlah skype dengan anak kesayangan. tempat dia baru je nak masuk maghrib, kul 7 terbit matahari, kul 4 lebih dah terbenam. kalau bulan puasa best kot. tapi yang tak tahan sejuk ajelah, kata semakin sejuk semakin lapau perut jadinya. dia mula exam hari jumaat ni, dan tamat 18 haribulan nanti. esoknya 19 haribulan terus balik kampung.

Hotel ni, aircond tak boleh dikawal sendiri. jadi punyalah sejuk. berbalut selimut la 24 jam. baju tebal tak bawa. tahan ajelah sejuknya. kalau musim panas boleh tahanlah juga, ini musim hujan, bertambahlah kesejukannya. Cerek masak air tak ada, kopi, teh, susu dan gulapun tak ade. kalau nak air panas kena minta. adalah pekerja hotel bawakan air panas, isilah dalam termos flask. memang sangat menjimatkan elekrtik. bagus juga. membazir itu amalam syaitan.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.