JB YANG TAK KUKENALI

Baru je balik dari JB, menginap di tropical Inn. 3 hari 2 malam. Boleh tahan la jugak, much better dari city villa di KL, walaupun konsepnya sama, hotel budjet. sebenaunya ikut suami menghadiri mesyuarat KPM. daripada kena tinggal sorang-sorang di rumah lebih baik ikut. dapat bilik mengadap selat teberau. paling best boleh nampak jelas bila matahari terbit. macam keluar dari laut je matahari tu. petang semalam sempat pergi ronda2 JB, konon2 nak carilah MPTI, kini IPTI, maktab aku dulu. oleh kerana tak pandai jalan, tak jumpa pun. yang jumpa jb waterfront, ramai orang tengah memancing. tak pelah lain kali datang lagi, bawa peta sekali. sekarang dah ada JB central. cantik gak. terminal bas larkin macam dulula juga, tak banyak beza. nampak angsana, tak singgah pun. lepas makan malam ingatkan nak pergi city square, sekerat jalan tak jadi, sebab terasa nak buang air kecil la pulak, patah balik naik hotel. nak cari tandas kat city squre tu nanti entah berapa lama baru jumpa.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.