HIJRAH

Setiap kali tiba tahun baru, setiap kali itulah buat azam baru. Azam nak lebih baik dari tahun sebelumnya. Semua orang macam tu. Kalau ada yang nak lebih buruk dari sebelumnya, memang gila lah tu.

Tahun ni aku berazam nak khatam Quran tiap-tiap bulan. Tahun sebelum ni hanya tunggu bulan Ramadhan barulah khatam. Aku dah kira dah, setiap juzuk ada lebih kurang 20 muka surat. Jumlah semua ada 604 muka surat. Ini bermakna aku mesti baca sekurang-kurangnya 4 muka surat setiap kali lepas solat fardhu. Kalau tak sempat kena cari masa lain. Setiap hari mesti dapat peruntukkan sekurang-kurangnya 1 jam. Bermakna setiap kali lepas solat aku cuma perlu peruntukkan masa lebih kurang 12 minitje untuk baca minimum 4 muka surat. Kalu ada masa lebih dapatlah baca lebih, paling tidak dapat cover masa yang tak sempat nanti. Insya Allah, mesti boleh. Tengok tv setiap hari, berjam-jam boleh, ini cuma 1 jam je atau 12 minit je sebanyak 5 kali sehari. Mesti boleh.....

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.