SEDONDON

Enam jemputan kahwin hari ni dapat dipenuhi. Misi nak keluar rumah pukul 11 pagi gagal, 30 minit lewat. Tapi tak pe, visi tetap diteruskan. Aku pakai baju batik biru, sedondon dengan suami. Orang yang mengenali kami, selalu mengusik dan akan tersenyum memandang bila kami pakai baju sama, tersengih2lah aku dan suami, suka. Paling tidak dapatlah sedeqah senyum hari tu. Bukan susah nak suruh orang senyum. Tak kesahlah apepun jenis senyuman yang dipamerkan, sumbing ke, sinis ke, ikhlas ke, tak ikhlas ke, janji mereka tetap melemparkan senyuman dan kami suka membalasnya. Kata2 yang diberi, "wah ... sehati sejiwa nampak" , merupakan doa buat kami. Ameen.

Mula2 gi rumah kak enab, lepas tu rumah adnan kat BB Jasin, kemudian terus ke Spg kerayong, rumah mantan tukang masak asrama sis, dua orang anaknya kahwin sekaligus, kemudian gi umah maklang tijah, anak arwah tok Jamil, adik beradik dengan arwah atok aku Taha. Hujan lebat masa kat spg kerayong. Dengan kain yang dah basah pergi rumah mak lang tijah. Ada dua lagi jemputan, satu di jalan sena taman maju dan satu lagi di tambak paya. Suami kata jom kita balik rumah dulu, sembahyang zohor, baru sambung. OK...

Tiba rumah pukul 1.30 tgh, sempatlah aku basuh kain yang dah kotor-bolor kena becak. basuh sekerat je, sebab nak pakai semula. lepas sembahyang, gosok kain dan pakai semula. berasap2 bila kain basah kena gosok. Pergilah rumah orang kahwin di taman maju, rumah arwah cikgu Harun Maakip, duduk semeja dengan ustaz salleh dan isteri. Selesai di Taman Maju terus ke Tambak Paya, rumah staff PPD Jasin. Hujan turun lagi masa kami sampai di rumah Norhana. Sempat dihiburkan oleh dua orang Makcik yang berjoget mengikut rentak lagu yang dikumandang oleh DJ. Rupa2nya kedua2 orang makcik tu melatah. Kesian makciktu diusik begitu. Mesti penat dan letih.

Pukul 4 tiba rumah semula, hujan dah mula turun lagi ketika di tambak paya. musim hujan. mudah2an minggu depan masa ipah kahwin hari tak hujan.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.