Mesyuarat kali ini adalah serampang tiga mata. Pertama menyiapkan KT, kedua Taklimat Program Kaunseling Berfokus oleh Pn Azila dari SMK Munshi Abdullah dan ketiga bidan terjun mengisi masa rehat hari Jumaat dari jam 12 - 2.30 petang, konsultasi kecantikan oleh Pn Zainon yang mempromosi produk kecantikannya. Namanyapun orang enterprising, dengan tak rasa bersalah dan tak rasa malunya, dia tunggu hingga pukul 5 petang dalam bilik mesyuarat tu. Guru kaunseling Jasin memang sporting, kerja siap dalam masa yang sama taklah buat-buat tak tahu je dengan konsultan kecantikan tu. Memang dasyat guru Kaunseling Jasin. Tahniah sekali lagi.
Bila siap dicetak nanti bolehlah buat Kolokium Peringkat Negeri Melaka nanti. Bolehlah bersedia untuk membentangkan di hadapan semua kawan-kawan satu Melaka dan mungkin juga boleh jemput orang Negeri Sembilan dan Johor, jadilah peringkat Kebangsaan Zon Selatan. Cayalah.
2 comments:
ado gak gamba den ha...
gambar pembentang2 untuk kolokuim la tu nanti, he he he
Catat Ulasan