GHIBAH



Kadang-kadang rasa sedih je tiba-tiba. rasa kosong. rasa sayu. agaknya sebab duduk sorang-sorang, macamtulah perasaan.


tapi bila datang anak sedara yang memang tengah lasak dan keletah bercakap, terus jadi ceria hidup. Moralnya, jangan selalu duduk sorang-sorang, gi jalan cari geng bersembang.

Cakap pasal cari geng bersembang ni, patutlah orang-orang pompuan yang jadi surirumah tangga sepenuh masa, seronok bersembang kat pagar rumah atau kat depan rumah. cuma yang tak sedapnya buat ketupatlah pulak. bila dah berlambak-lambak ketupat jadi musuh lah pulak. tak best jugak.

Ustaz kata orang ngumpat ni macam makan daging busuk orang yang diumpatnya.... hiiih.. yerk.... geligelemannya. berhenti2 la buat ketupat tu.

Aku memang tabik betul kat sorang member ni. tak pernah aku nampak dia berborak2. tekun dia baca majalah atau surat khabar kalau tak ada buku pelajar yang nak disemak. betul-betul dia dapat menahan godaan nafsu mulut dan lidah.... satu dalam seratus pun susah nak jumpa.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.