LETIHNYA!!!!

16 haribulan keluar rumah kul 6.45 pagi, gi Dewan Bestari hingga kul 12.30 tgh. Tiba sekola dah dekat kul 2 petang, sembahyang zohor, makan bihun campur mee, kemudian meeting guru kali ke4 hingga kul 6.03 petang. Huhhh.. exhausted. Lepas meeting terus hantar 2 orang anak saudara yang kematian ibunya sebelum puasa tahun ni balik asrama sk nyalas. Hujan lebat sepanjang jalan ke nyalas. jadi tak boleh laju. Maghrib dah panjang bila tiba semula ke rumah. Memang habis tenaga untuk hari tu. Satu hari yang sungguh meletihkan.

Semalam, 17 haribulan gi lagi ke Dewan Bestari, tiba sekola kul 2.00 petang. Tiba rumah kul 2.45 petang. Letih semalam belum habis lagi.

Hari ni, kena jadi baby sitter pelajar2 pos PMR. 159 orang yang datang, rajin bebenau diaorang ni. Kumpulkan diorang kat Dewan Asrama. Tayang cerita Harry Porter, macam masuk panggung wayang, sekali sekala baby sitter buat iklan. Mula-mula buat iklan mooney check list, siap buat graf lagi. kemudian iklan tajaan pakej tingkatan 4 tahun depan. Habislah satu hari. esok dan lusa menanti. entah iklan apa nak dibuat. semalam hazlin dah ajar diorang buat blog, hazlin kata punyalah lembab internet. macam SB la tu.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.