KEPIMPINAN YANG HEBAT

Bila Puan Rokiah dinaikkan pangkat jadi Pengetua, aku ke kedai buku, sebab nak hadiahkan dia sebuah buku tentang bagaimana menjadi ketua yang baik. Aku jumpalah sebuah buku kecil bertajuk "Leadership Smarts - Inspiration and Wisdom from the Heart of a Leader" karya Ken Blanchard (KB) yang diterbitkan oleh Honor Books, Colorado USA tahun 2004. Tapi punya bestnya buku tu aku tak jadi bagi dia, aku bagi hadiah lain, akupun tak ingat aku bagi apa. Dah lama dah...

Buku tu penuh dengan kata-kata hikmat aje pun. tapi sangat mengesankan. Contohnya:-

"The key to develoving people is to catch them doing something right" Menurut KB, inilah konsep pengurusan yang berkesan, sayangnya kebanyakan ketua akan mencari kesalahan orang bawahnya bukan mencari apa yang telah dibuat dengan betul dan baik. Kesian kat semua GKMP sekolah aku hari ni, kena kondem habis pelaporan diaorang, sebabnya pengetua hanya menunjukkan apa yang mereka buat salah, bukan apa yang mereka buat dah betul. ish ish ish... kesian diorang dapat ketua yang macamni, ketua aku jugaklah tu.

"Never punish a learner" Bila dah jadi ketua maksudnya dia lebih pandailah daripada orang bawahannya, kalau tak macam mana dia boleh dipilih jadi ketua. Jadi bila orang bawahan buat salah janganlah cepat menghukum, pastikanlah mereka tahu bahawa apa yang dibuatnya tu salah. Seorang ketua yang baik akan menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu dengan mengatakan "maaf, saya yang salah kerana tak memberi penerangan yang jelas" dan dengan penuh kesabaran tunjukkanlah apa yang betul dan pujilah bila sesuatu itu dah berjaya dibuat dengan betul. betul tak???? Ini tidak, yang pandainya komen dan kondemjelah, kemudian ugut pulak tu nak tengok perubahan, demonya tidak. Aku tak bermaksud nak ngata sesapepun. Sape suruh makan cili, cili kan memang semulajadinya pedas, lebih-lebih lagi cili padi. berasap telinga kalau dimakan.

Apa yang aku tulis ni tidak ada kena mengena dengan orang yang dah mati. semuanya berkaitan dengan orang yang hidup je..... jangan marah .....

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.