Bila Ketua Pengarah Pelajaran kata, "Guru Kaunseling kena celik teknologi", makna yang tersiratnya ialah tak lama lagi semua guru kaunseling akan dibekalkan dengan laptop sorang satu, semua bilik kaunseling akan dilengkapi internet dan berhawa dingin, He he he, Bestnya.
Yang memang dah proaktif tu, tahniahlah, termasuklah guru-guru kaunseling SMKIS, masuk bakul, naik lif. Sape lagi nak angkat, sendiri angkat lah, Jangan marah haa....
1 comments:
lynn
tak pe kak..akak saya angkat..saya akak angkat..ok.gitu?
Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah - maksud hadis
"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan." Maksud Sabda Nabi SAW
MEMBACA AL-QURAN
Taknak baca sebab tak faham, sampai bila-bilapun takkan dibacalah, sebab terlalu sibuk dan tak cukup masa nak pergi belajar untuk faham. Oleh itu kan baik, bacaje walaupun tak faham, sekurang-kurangnya bila membaca Al-Quran seolah-olah seperti menimba air di sungai dengan raga yang kotor. Nampak macam kerja sia-sia, ambil air dengan raga, budak kecikpun tahu memang tak boleh punya. lama-kelamaan raga yang kotor-bolor menjadi bersih, samalah macam hati kita yang baca Al-Quran, lama-kelamaan hati yang hitam akan menjadi putih bersih. Insya Allah
Bimbingan & Kaunseling
Kadang-kadang meluahkan lebih baik dari memendam, Kadang-kadang berbicara dengan tinta boleh mengurangkan sengsara, Kadang-kadang apabila hati resah, yang mudah menjadi susah. Kalau hati sentiasa gembira, derita tidak terasa, hidup akan lebih ceria dan fikiran lebih terbuka.
HURAY
selepas majlis konvokesyen di UKM @ 2 hari sebelum anakku berangkat ke UIUC,USA
1 comments:
tak pe kak..akak saya angkat..saya akak angkat..ok.gitu?
Catat Ulasan