Bawa 10 orang lagi gi Dewan Bestari hari ni. Timbalan Pengarah, Cik Hjh Juliah yang rasmikan. Sempatlah kucatat kata-kata peransang Tuan Timbalan untuk budak-budak RK tu.
Pandang dan lihatlah apa yang ada di dalam bilik ini. Dengarkanlah apa yang diperkatakan oleh setiap barang tersebut. Dimulakan dengan En Kipas yang sentiasa menyejukkan. En Kipas berkata, "Bawa Bertenang Selalu" Nak buat apepun jangan terburu-buru. "Be cool"
Kemudian lihat pula En Bumbung yang sering mengatakan, "Sasaran biar tinggi" mesti ada matlamat dan target yang jelas dan tinggi, bukan biasa-biasa je. "Aim high"
Giliran En Tingkap pula berkata, "Lihatlah dunia" janganlah jadi macam katak di bawah tempurung, ikuti peredaran zaman. "See the world"
En Cermin tak kurang hebatnya, dia berkata, "Fikir sebelum bertindak," lihat kelemahan dan kekurangan dan atasi segalanya dengan baik. "Reflect before you act"
En. Kalendar pula berkata, "Sentiasa kemaskini" . "Be up to date"
En Jam pula berkata, "Masa itu Emas", jangan suka tunggu saat akhir, "Time is precious"
dan akhir sekli dengarkan apa pula kata En Pintu, "Berusahalah untuk mencapat matlamat". Kalau bersantai-santai takkan boleh berjaya. "Push hard for the goal"
Selesai Tuan Timbalan rasmi dan bagi sedikit motivasi, tiba giliran En. Ghazali pula. Bercelotehlah dia seperti semalam cuma versi ceritanya diubah sikit memandangkan ada guru-guru yang sama turut hadir hari ni, kekok jugalah dia nak samapaikan cerita yang sama walaupun sasaranya berbeza, cuma sorang dua je guru yang sama. Hari ni dia cerita tentang seorang profesor dengan seorang remaja pendayung sampan.
Setiap hari profesor tersebut berulang- alik dari rumah ke tempat kerjanya dengan menggunakan sampan. Suatu hari profesor telah bertanya tiga soalan pada pendayung sampan itu. Soalan pertama, "Adakah kamu boleh berbahasa selain dari bahasa yang kau gunakan ini?" Pendayung sampan itu berkata dia hanya tahu bahasa yang sedia ada yang telah digunakannya sejak kecil lagi. Maka profesor itupun berkata, "Kamu telah kehilangan 25% daripada nilai hidup kamu."
Profesor itu bertanya lagi, "Selain daripada mendayung sampan, ada tak kerja lain yang awak boleh lakukan?" Pendayung itu menjawab, "Sejak saya pandai berjalan, bapa dah bawa naik sampan, ini sajalah pekerjaan yang saya mahir lakukan." Profesor itu mengatakan bahawa pendayung itu telah kehilangan 25% lagi nilai hidup kerana hanya pandai buat satu jenis kerja sahaja.
Profesor mengajukan soalan terakhir, "Adakah awak pergi belajar kat mana-mana untuk tingkatkan diri awak?". Pendayung tu jawab, "Inilah tempat tumpah darah saya, di sinilah juga saya mencari makan, saya tak terfikirpun nak gi mana-mana tempat selain tempat saya ni lah saja."
Profesor menggeleng-gelengkan kepala, "Ish ..ish...ish..ish... memang betul-betul rugilah awak, awak kehilangan 25% lagi nilai kehidupan sebenar awak."
Pendayung tunduk dan berfikir, "Semuanya 75% lah aku kehilangan nilai kehidupan, sungguh tidak bermakna rupanya hidupku ini......"
Sedang dia melayan perasaan sedih kerana kehilangan 75% nilai kehidupan itu, tiba-tiba perahunya terolang-aling dan air tiba-tiba mula memenuhi dalam perahu. Bila-bila masa sahaja perahu itu boleh tenggelam. Dia memerhati profesor tersebut. Tercetus di mindanya untuk bertanya satu soalan sahaja kepada profesor itu.
"Profesor pandai berenang tak?"
"Tak, saya tak pandai berenang.."
"Haaa.. oleh kerana profesor tak pandai berenang, maka profesor telah kehilangan 100% nilai kehidupan profesor."
Terkulat-kulatlah profesor tu. Tak disangka rupa-rupanya budak pendayung sampan ini lebih hebat dari dirinya yang bergelar profesor.
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan