BUDI

Pergi rumah orang kahwin hari ni. Pakcik Din kahwinkan anak bujang dan anak daranya. Dua pengantin sekaligus. Jimat belanja. Budi yang diberi budi yang di balas. Begitulah adat Melayu. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Namun budi bukan minta dibalas, ada kalanya memang benar-benar ikhlas, ada ketikanya orang mengata tak beralas. Ada ubi ada batas, dah lama aku tak naik bas.

Memang betul-betul tak ada mood hari ni @ memang malas hari ni. Macamtulah kalau hari cuti. Itupun nasib baik ada rumah orang kahwin, kalau tak lagi lambatlah mandi pagi. Workoholic kah diriku..... oh tidak..... Cuma kalau pergi kerja tu, macam rasa sihat je badan sebab banyak perkara nak buat menjadikan badan dan fikiran aktif. Bila cuti ni. Fizikal dan mental semuanya cuti. Aduhai.... tak lama lagi cuti hujung tahun.

Takpe...takpe... aku sedang merancang sesuatu agar cuti tak boring. Tungguuuuuuu.....

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.