Hari ni member yang dapat tunggakan RM8000.00 belanja makan. "Baru seratus lebih yang luak untuk 6 orang", kata dia.
Murah rezeki dia!!! Akupun apa lagi kayuh ajelah. Tiap kali gi makan kat hotel, mesti lupa pesanan doktor. Tapi takpe, balik nanti ikut semula cakap doktor.
Mula-mula, biasalah aku ambil buah dulu, tembikai merah sepotong, tembikai susu 2 potong dan betik 2 potong. Kecik je, potong dadu, 1 inci kot. Lepas tu aku gi amek roti jala 2 gulung, pun kecik gak. Makan dengan kari ayam. Bolehlah.
Habis roti jala aku makan sup cendawan dengan roti bodo. Tak sedap roti dia, sebab bukan ginger bread. Kemudian aku gi amek mee sup pula. Agaknya diaorang letak lada sulah lebih. Boleh tahan pedas.
Macam boleh makan je lagi, gi amek nasi putih, sotong gulung, ulam-ulaman, sambal belacan, telur asin, dan ikan masin. besau jari kelingking akuje ikan masin dia.
Last sekali aku amek kuih-muih. Minum nescafe tarik segelas dan air suam 2 gelas. Alhamdulillah, taklah kenyang sangat, sebab semua sikit-sikit je aku amek.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
2 comments:
sapa tuh...cis tak ajak...heheheh
dio ajak orang kocik2 jo. tokey one drop perfume dio sogan nak ajak.. he he he.
Catat Ulasan