CANTIK BIAR YANG ORI

Dapat jumpa perunding kecantikan @ mak andam hari ni. Free consultan. thank you helmi. bagus gak. Kepala otak aku hanya fikir, bagus jugak kalau panggil ke sekolah untuk cerita tentang kerjayanya. Bukan senang nak jumpa orang yang sudi kongsi ilmu secara percuma macam ni. memanglah dia jual product dia, itu kerjaya dialah.



"cuci muka ok. tapi kalau solek-solek tak ok. itu hanya cat muka je, hilang cat muka balik muka asal, muka tak ori. macam anak patung. macam cat tumpah" itulah pendapat suamiku. maka tak payahlah nak beli make up. okla...... tak nak pun tak pe la.....

Aku tanya pendapatnyanya lagi tentang "Perempuan Yang Cantik"

muka licin ori. bersih tak pakai make up.
tak melenyis
tak menggatal
penampilan menarik
kemas, sopan santun, berbudi bahasa.
menutup aurat,
sembahyang,

Tang muka licin dan bersih tu la ada peluang nak beli alat pencuci muka, cuma tak boleh beli make up je. "Gincu boleh tak?" Dia cemek bibir, "tak ori..."

Nasib baiklah dapat suami yang suka tengok muka isteri dia yang ori, maka tak payahlah bersusah payah nak cat muka tiap hari. Alhamdulillah. Origional is Natural Beauty and Beauty is in the eye of the beholder. Macam tulah orang putih kata. Orang Melayu kata, cantik di hati, bukan di mata.

3 comments:

lynn

yo lah cikgu hamzah tuh...yang lawa-lawa muko ponuh ngan cat pun yo suko dio tengok tuh....hihihih

Normah

memang pun, mulut dia kata lain, mata dia pantang tengok dahi yang licin. lelaki sejati la tu. apo buleh buat. tolanjolah buek ubat. he he he.

elynn..

dahi den licin...jerawat kek pipi yo....hehehhe

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.