Malam tadi buat email baru. guna gmail pula. buka account fb sekali. selama ni tumpang fb suami je. got carried away juga bila melayari internet ni. kul 1 pagi aku tidor.
pagi ni buat sarapan. french toast dan cucur udang. bagi kat jiran sebelah sikit.


Haa ... inilah salah satu aktiviti wajib sepanjang cuti ni, boleh menulis dalam blog banyak sikit daripada biasa. Ikutilah penulisanku ya. Cita-cita dulu masa sekolah, waktu tingkatan 2 kot, memang nak jadi penulis. tapi masa tu bukan cita-cita kot, masa tu angan-angan je. tulis pun pada kertas-kertas buku. lepas tu dah hilanglah entah ke mana. rupa-rupanya nak jadi penulis ni mesti rajin jugalah merantau, macam pepatah melayu kata jauh berjalan luas pengalaman. kalau tak boleh berjalan2 ke sesuatu tempat, sekarang ni dah banyak maklumat yang boleh dicapai tanpa berjalan. namun mengalaminya sendiri tidak sama dengan mendengar ceritanya sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan