RM10,000.00 SEBULAN
Hari ni tadi pergi ke Kaprima Prime, Alor Gajah, bawa 25 orang pelajar tingkatan 3. Nak tunjukkan pada diorang bagaimana nak jadi usahawan tani.
Kul 8.40 bertolak dari sekolah. Kul 9.10 pagi tiba di Kaprima Prime.
En. Jasmin Bin Jasin, tuan punya syarikat sendiri yang bagi taklimat. Dah 21 tahun bekerja makan gaji En Jasmin buat keputusan berhenti. Pencen tak dapatpun, tapi dia langsung tak menyesal.
Sebab dia dah tentukan matlamat dia sebelum berhenti kerja sebagai Pegawai Veteriner Kanan di Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Dia nak capai RM10, 000.00 sebulan dalam masa 5 tahun. Dia dapat capai lebih daripada target.
Kalau dia tak berhenti kerja, tak mungkin dia dapat jadi jutawan seperti sekarang ini. Kan memang Tuhan tentukan, rezeki yang diturunkanNya, 90% adalah dari perniagaan.
Makan gaji 10% je. Sebab itulah kalau nak kaya jangan kerja makan gaji. Kalau kerja makan gaji, takkan kaya-kaya.
Materialistik kah itu? Bila dah kaya jangan lupa Tuhan, nanti jadi macam Qarun, tertimbus harta bendanya dalam bumi dik kerana lupanya dia pada Tuhannya apabila dah kaya.
En. Jasmin tak lokek dengan ilmu yang Tuhan bagi kat dia. Dia ajar macam mana nak tot pokok. Semua dapat peluang buat praktikalnya sekali. Seronok!!!!
Dia ajar macam mana nak kira keuntungan kalau tanam 50 batang je pun pokok tebu.
Dia tunjukkan macam mana dari tahi kambing, diproses hingga halus untuk dicampurkan dengan habuk papan yang juga sudah diproses halus untuk jadi makanan cacing, yang akan menghasilkan baja.
Cacing yang diimport dari Bandung, harganya RM600 sekilogram. Sekarang dah murah sikit, RM200 je sekilo.
Tidak sia-sia lawatan harini. Ilmu untuk jadi usahawan berjaya terlalu mahal harganya kalau dibandingkan dengan RM10 yang perlu dibayar oleh setiap orang pelajar untuk mengikuti lawatan tersebut. Memang rugi siapa yang tak pergi. Tahniah kepada dua kumpulan pelajar yang dah pergi pada hari isnin dan hari selasa sebelum ni. Esok kumpulan terakhir pulak pergi. Jadi lebih kurang 50% lah pelajar T3 yang dapat maklumat macam mana nak jadi usahawan tani. pendedahan dah diberi, terpulang pada mereka lah menentukan kerjaya pada masa hadapan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan