KANSER MULUT

"Cikgu kenal saya? Cikgu ajar saya Matematik tahun 97". Mataku terpandang name tagnya, Dr Norlela ... "saya Norlela."

Dah jadi doktor gigi anak murid aku. Katanya dah 3 tahun bertugas sebagai doktor gigi. Tahniah lela!!!!!
Dia datang ke sekolah kerana melaksanakan tugas menyampaikan taklimat tentang pentingnya menjaga kesihatan gigi.

Daripada 139 orang pelajar Tingkatan 3 yang datang hari ni, ada sorang pelajar yang dapat menulis dengan baik tentang input yang diterimanya. Pelajar yang macam nilah yang aku suka. Kalau dia teruskan menulis jurnal belajarnya seperti hari ni, aku percaya dia boleh mencapai kejayaan cemerlang dengan mudah. Ini yang ditulisnya.....

"Saya telah memahami tentang kanser mulut dan juga cara periksa mulut sendiri. Kanser mulut, lelaki : perempuan ialah 2 : 1. Kanser ke 6 terbanyak, 405,318 kes. lebih pada peringkat pertengahan dan ke atas. paling tinggi di India dan Sri Lanka. Di Malaysia 60% pengidap kanser mulut ialah orang India. Di Sabah dan Sarawak, kadazan dusun paling banyak dapat kanser mulut. Tabiat yang membawa kepada kanser mulut ialah merokok, makan sirih, minum alcohol dan sinaran ultraungu matahari.

Kanser mulut bermaksud sel-sel mulut tumbuh secara tak normal. Tanda-tanda kanser mulut, tompok putih/merah, gusi berdarah, gigi longgar, sakit gigi, bengkak di leher dan sakit telinga.

Rawatan, pembedahan-radioterapi, radoterapi, hemoterapi, paliatif terapi.

Amalan baik untuk mengelakkan kanser mulut, makan sayur-sayuran, lawat doktor gigi 6 bulan sekali, periksa mulut sendiri.

Cara periksa mulut sendiri, tengok cermin dengan cahaya terang, jika ada gigi palsu keluarkan, periksa kebengkakan, perubahan warna dan tekstur. Bahagian yang harus diperiksa ialah leher, bibir atas, bawah, kiri, kanan dan juga periksa gigi sendiri."

Haah macam nota sains dia tulis. Macam ni lah baru betul dapat apa yang disampaikan. tak sia-sia kehadirannya ke sekolah hari ini. Tahniah kepada palajar ini !!!!!!!

Yang tak dapat ape-ape hari ni takziah le yer....... tapi tak pe, jangan putus asa untuk menulis lagi. Lama-lama nanti ok la. Kan orang putih kata "practise make perfect"

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.